Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Save Our Rainforest Race (SORR 2018). Lets together we green the earth!

Hello lovely readers ..

Remember my entry about Save Our Rainforest Race or SORR 2018? In case if you do not remember, kindly click this entry to refresh your memory.


Save Our Rainforest Race 2018 (SORR 2018)

Saturday, March 24, 2018

Event Category:
Venue:
Hutan Simpan Kekal Gading, Kuala Kubu Bharu, Selangor

s

Save Our Rainforest Race (SORR 2018) is back for 6th consecutive years. Join us for jungle trekking, tree planting and other eco-activities this 24th March 2018 at Hutan Simpan Kekal Gading, Kerling, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Organised by PEKA Malaysia and sponsored by Toyota, SORR 2018 is limited to 2,000 participants only (2 persons in a team).

Lets join PEKA's good cause readers. We are going to have a lot of eco-activities together while protecting the oldest rainforest in the world. Register online today at www.peka.org

"Loh Sang" for Prosperity at Concorde Hotel Shah Alam

Hello lovely readers ..


Gong Xi Fa Cai! Happy Chinese New Year !


Concorde Hotel Shah Alam is ready to usher the year of dog with magnificent Feast of Prosperity at RakuXin Restaurant and this include the Concorde's all-time favourite Yee Sang.



RakuXin Restaurant presents a selection of delicious Yee Sang, from the ever-popular Salmon Yee Sang, Scallop Yee Sang, Pear & Salmon Yee Sang and Pacific Clam Yee Sang, to the extravagant Abalone Yee Sang. 

Looking for something special? Opt for Fish Maw Yee Sang or the resilient Disney Yee Sang. Various ingredients like shredded white radish, young ginger, yam chips, pomelo, preserved papaya gherkins, red and white ginger, plum sauce, ground peanut, sesame seeds and lots more are added into this special 'appetizer' which signifies good luck, good health and longevity for the coming lunar new year. Available in various sizes (small and large portions) and are prized from RM88nett, this delicious Yee Sang are served during lunch and dinner.

Other than that, RakuXin Restaurant also offers delightful Celebratory Masterpiece Set Menus for your Chinese New Year Reunion. 

With 3 set menus to choose from, you can now indulge in the RM888nett set menu, RM988nett set menu or RM1188nett set menu. Each 8-coursed which is available during lunch (12:00 noon to 2:30pm) and dinner (6:30pm to 10:30pm) from 1st February to 2nd March 2018. All set menus are for a table of 10 persons.

MENU 3 ~ RM1188nett @ 10 persons

Prosperity Yee Sang
(Fresh Salmon & Baby Octopus)
Start your meal with A-MUST traditional 'appetizer' ~ Yee Sang. Prosperity Yee Sang with fresh salmon & baby octopus ~ fresh and delicious!


Dried Scallop & Crabmeat Soup
Thick, starchy soup ~ the crabmeat are sweet and enjoy the intense flavour of the dried scallop

Duo Roasted Chicken & Duck with Traditional Chinese Herbs
Perfect option for 'meat lovers' ~ The roasted chicken are juicy, crispy and served with a sesame sauce while the crispy roasted duck are served with Soy Sauce.


Steamed Tiger Garoupa in Hong Kong Style
Fresh & sweet Tiger Garoupa with Soy Sauce ~ the traditional and all-time favourite Chinese Steamed Fish!


Brocolli and Black Mushroom served with Butter Dried Oyster
Delicious and fresh!


Wok Fried Prawn with Mango & Oat
Fresh Prawn Fried and Coated with Oat served with Mango & Crackers .. 



Fried Rice with Garlic Prawn, Shimeji Mushroom & Salted Egg
The traditional 'Nasi Goreng Cina' .. 


Chilled Soya Bean with Sea Coconut & Rambutan
Healthy dessert *not too sweet*

 
New Year Egg Tart & Lotus Mochi
I love the Lotus Mochi! Fine texture, soft and sweet lotus filling ~ a perfect dessert to end your Chinese New Year gathering with your love one .. only at RakuXin, Concorde Hotel Shah Alam.


Amy (second from left), Fareena (fifth from letft) and Haliza (nineth from left) with other medias during RakuXin Chinese New Year Preview (photo from Concorde Hotel Shah Alam's FB)

Thank you to our Host, Concorde Hotel Shah Alam. Good food, great accompany .. I always love Concorde's hospitality.

For more information or reservation, please call 03-5512 2200 or visit Concorde Hotel Shah Alam's website at shahalam.concordehotelsresorts.com














HAEL HUSAINI JAMPI 6.1 JUTA PENONTON DI MALAM AJL 32

Hello pembaca kesayangan,

Industri seni muzik tanahair minggu lalu berakhir dengan sangat meriah apabila 6.1 juta penonton telah di JAMPI oleh Hael Husaini sehingga berjaya menjadi Juara AJL 32!

Lagu Jampi ciptaan Azra Wong dan disampaikan oleh Hael Husaini ini memang istimewa. Lirik mudah difahami dan iramanya sangat dinamik dan disampaikan oleh Hael Husaini pada malam itu tanpa cacat cela. Penonton bagai dijampi dan Juri sebulat suara telah memilih Jampi sebagai Juara AJL 32!Tahniah!





AJL 32 berjaya mendominasi separuh penonton dengan 56.3% market share mengatasi pelbagai program menarik yang bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain!  (sumber: Nielsen)

Hael Husaini dan Ezra Kong menerima hadiah RM50,000 berserta trofi dan baucar CH Wow Shop berjumlah HRM10,000


Platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, tonton, yang menyiarkan AJL 32 secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD) turut mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lepas apabila menarik 350,000 pelawat (peningkatan unjuran lebih dari 121%) berbanding 2017 dicatatkan menonton menerusi  portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my), tonton Facebook (Live), serta aplikasi tontonmy di tablet dan telefon bimbit (android/iOS). tonton menyiarkan siaran langsung AJL 32 bermula dengan acara Karpet Merah Pop TV, jam 8.30 malam selain turut mengisi kandungan istimewa `tonton Backstage Live’ serta 4 kapsul  semasa tayangan slot iklan bersama hos Zulin Aziz istimewa buat pelanggan VIP tonton. 


After Party Rated Xtra

tonton turut buat pertama kalinya menganjurkan acara pasca parti `After Party Rated Xtra’ yang berjaya menarik hampir 73,000 penonton menerusi laman Facebook @tontonmy yang disiarkan bermula jam 12.00 tengah malam, selama satu jam. Acara Karpet Merah dan tontonan 15 minit pertama AJL 32 di laman Facebook yang sama turut berjaya menarik tontonan hampir 80,000 penonton. Satu kejutan bagi portal terbaharu xtra.com.my apabila berjaya mencatatkan 160,000 tontonan video di laman Facebook tonton Xtra Viral! Paparan halaman pula menghampiri 200,000 unit di laman xtra.com.my manakala bilangan pelawat unik mencecah 110,000 pengunjung!

Selain itu, AJL 32 turut trending nombor 1 di Malaysia dan di seluruh dunia! Mengikut statistik atas talian (online), #AJL32 telah digunakan sebanyak 3.5 juta di laman sosial (Facebook, Instagram & Twitter) sepanjang tiga jam AJL 32 bersiaran langsung. 

Wow Wow Wow .. hebat, kan AJL 32! Setiap tahun ada peningkatan dan tahun ini paling mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Almaklumlah .. lagu-lagu di malam AJL adalah yang terbaik dan semua penyanyi yang bertanding di malam tersebut sangat dekat di hati peminat-peminat seni tanahair. AJL sentiasa memastikan hanya yang terbaik dan berkualiti kepada peminat-peminat tegarnya!


Naib Juara AJL 32 adalah lagu Sejati oleh Azmi Caliph Buskers (nyanyian asal Faizal Tahir) yang menerima hadiah RM35,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000. 

Serius 'feeling' gila dengar Azmi menyanyi. Sebutan jelas dan lancar .. penghayatan Azmi penuh perasaan. Vokal Azmi? Tak perlu kita cerita panjang lebar lah, kan .. memang terbaiklah!

Manakala Tempat Ketiga pula adalah lagu hit Tergantung Sepi yang disampaikan oleh penyanyi muda Haqiem Rusli. Tergantung Sepi oleh Komposer & Penulis Lirik Ibnu & Gouffran membawa pulang RM20,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000. 

Misz-ella kagum lah dengan penyanyi muda seperti Haqiem Rusly ni. Vokal bagus, penghayatan tak kurang. Penonton di dewan ramai yang yang menahan sebak kerana Haqiem menyampaikan lagu tersebut dengan 'jiwa' .. tiba-tiba teringat kat penyanyi Hafiz bila tengok dia ni .. macam seiras, kan ..

 Vokal Terbaik AJL 32 dimenangi oleh Syamel & Ernie Zakri melalui lagu Aku Cinta yang dihasilkan oleh Syamel sendiri. Mereka menerima hadiah RM12,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000.

 Menarik gabungan vokal mereka berdua dan mendapat tepukan gemuruh serta sorakan dari penonton!


Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung): Amboi - Altimet, Komposer & Penulis Lirik: Navigator/Altimet menerima Hadiah RM12,000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2,000 & telefon pintar Samsung A8.

Meriah sungguh Arena Axiata gara-gara persembahan Altimet. Boleh rasa Altimet enjoy dalam persembahannya sampaikan kami rasa bagai menonton Konsert *terlupa sekejap ini AJL .. haha! Tambah meriah bila Altimet membawa sekumpulan Dikir Barat ke pentas AJL 32! Best kan ...


Manakala penyanyi muda Khai Bahar yang persembahannya dinanti-nantikan oleh peminatnya baik yang muda mahupun yang tak berapa muda *teringat kata-kata Khai Bahar pada Misz-ella .. peminat saya semua makcik-makcik Kak .. Aishhh .. kawan-kawan akak yang muda pun minat awaklah Khai .. hehe* menerima Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung. Persembahan Khai di malam AJL 32 langsung tak menghampakan .. semua gimik yang dirancang menjadi malah bak kata Khai .. Saya dah buat yang terbaik dan berpuashati dengan malam ini. Khai membawa pulang sebuah Trofi dan telefon pintar Samsung A8+ Syabas Khai Bahar kerana menjadi pilihan penaja AJL 32 iaitu Samsung!

Khas buat peminat Khai ..

Secara keseluruhannya, AJL 32 memang sangat best! Penonton terhibur dengan lagu-lagu terbaik sepanjang tahun 2017, pentas cantik, kualiti muzik terbaik, lampu semua 'on point'! Tahniah TV3 dan semua krew-krew yang bekerja keras bagi memastikan hanya yang terbaik dari produksi AJL 32.



Tahniah buat semua pemenang dan buat yang tidak menang .. Misz-ella nak kongsi sikit apa yang Azmeer (Ketua Juri AJL) katakan kepada kami di Sidang Media malam tu ~ Semua peserta telah beri yang terbaik, malah tak ada seorang pun yang menyanyi 'sumbang' pada malam itu. Hebatlah korang semua .. terutama sekali penyanyi muda yang baru pertama kali ke pentas gah AJL.


Misz-ella di AJL 32

Antara rakan media di Malam AJL 32


Terima Kasih kepada unit Perhubungan Awam TV3 kerana menjemput Misz-ella ke AJL 32 .. tahun depan jemput lagi ye. OK dah habis berkongsi dengan you all semua. ByeBye. Jumpa lagi di AJL tahun depan.














Nutella Glazed Brownies & Kole Kacang


Hello pembaca kesayangan,


 Nutella Glazed Brownies

Time to share some good food with you *thats what I usually did, anyway .. haha* 

I spent my time wisely during the weekend - learned how to bake Aiman's favourite Nutella Glazed Brownies and Malay's favourite Kuih Kole Kacang from Mek Yang.

Yeah .. Mek Yang's brownies and Kuih muih Melayu are always our favourite. Mek Yang's Kuih Koci, Kuih Talam, Kuih Lopes, Kuih Kasui Pandan, Kole Kacang, Brownies .. just to name a few .. are always the best choice for 'Kenduri', gathering ..etc ..etc .. Click here on my previous entry about Mek Yang's kuih muih



And we ended with 5 trays of Nutella Glazed Brownies (1 for me 4 for others) and 4 trays of Kuih Kole Kacang.

Mek Yang's Nutella Glazed Brownies is freshly bake upon orders *no ready stock* and can be specially-made according to your choice or taste ~ with walnut? with nuts only? with cheese topping? sugar-less? *price varies according to your choice*

Interested with Mek Yang's brownies or Kuih Muih Melayu? Whatsapp her at 012-6556199!





unifi kini berwajah baru ~ unifihome, unifiwifi, unifimobile dan unifiTV!


Hello pembaca budiman,


unifi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, kini sudah berwajah baru lantas membuka era baharu dalam sambungan, ke arah Mempercepatkan Konvergens dan Pemerkasaan Digital. 


unifi kini menawarkan 4 perkhidmatan kepada kita semua iaitu :-


unifihome
  • “The unifi Perfect Squad” atau ‘Skuad Sempurna unifi’ #pasangsekarang (#installnow) diperkenalkan bagi mendekati isi rumah yang berada dalam radius optimum port sedia ada untuk membolehkan mereka menikmati pelbagai pakej istimewa seperti unifi Advance dari hanya RM139 sebulan.
  • Skuad ini akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan membuat temu janji bagi anggota pemasangan datang ke kediaman mereka dan melengkapkan proses bagi mengaktifkan perkhidmatan tersebut. 
  • Pakej ini hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan pelan panggilan. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari www.unifi.com.my atau kunjungi laman social unifi di www.facebook.com/weareunifi (dahulunya Everyone Connects), www.twitter.com/unifi (dahulunya @TMCorp) dan www.twitter.com/HelpMeunifi (dahulunya @TMConnects), serta unifi.com.my/youtube.   

So you all kalau jumpa abang awesome ini di sekitar kawasan anda, jangan malu-malu .. dapatkan mereka untuk #pasangsekarang unifi di rumah anda


 unifimobile 
  • dahulunya dikenali sebagai webe
  • unifi mobile #BEBAS – produk pertama yang memenuhi kebebasan kehendak pelanggan dan apa yang mereka mahukan daripada sesuatu produk mudah alih.
  • Bukan produk prabayar atau pasca bayar, tetapi ia adalah hibrid yang memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan penggunaan data mereka tanpa sebarang kontrak dan komitmen
  • unifi mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati; segalanya ada pada aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan iaitu mobile@unifi.
  • unifi mobile #BEBAS membolehkan pengguna menikmati sambungan tanpa gangguan pada bila-bila masa.
  • Sempena pelancaran unifi mobile #BEBAS, unifi akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia!
  • Cara-cara mendapatkannya? Muat turun aplikasi mudah alih @unifi di AppStore atau PlayStore, dan buat pesanan.
  • Setelah mendaftar, dapatkan kad SIM di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara atau kita boleh memilih untuk dihantar ke rumah dengan bayaran hanya RM10.60 (termasuk GST).
  • Untuk maklumat lanjut mengenai unifi mobile #BEBAS, layari www.unifi.com.my/mobile atau laman social unifi mobile di www.facebook.com/unifiMobile

unifi wifi
  • Jangan bazirkan Data Mudah Alih anda!
  • Muat turun aplikasi i-foundit! secara PERCUMA dan akses masuk kepada lebih daripada 9,000 hotspot wifi unifi di seluruh Malaysia

unifiTV
  • unifi TV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara LANGSUNG yang pertama di Malaysia, iaitu Teka Tekan, yang membolehkan penonton berinteraksi dengan permainan ini dengan penuh keselesaan ketika mereka berada di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.
  • Maklumat lanjut mengenai Teka Tekan, ada di blog Misz-ella ini atau layari www.tekatekan.unifi.com.my.
  • HyppSensasi HD (116) turut diberi secara PERCUMA bagi membolehkan penonton menyertai rancangan Teka Tekan dan menikmati program-program hiburan tempatan yang tersedia secara eksklusif di saluran tersebut.
Selain penjenamaan semula unifi TV, aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere juga kini dikenali sebagai unifi PlayTV. Dengan ini, pelanggan boleh terus menikmati hiburan bertaraf antarabangsa dan program yang pernah memenangi anugerah menerusi pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD sepenuhnya sama ada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran Interaktif sambil menikmati perkhidmatan ini tanpa gangguan cuaca. Untuk maklumat lanjut mengenai unifi TV, layari www.unifi.com.my/tv dan lawati laman media sosial unifi TV di www.facebook.com/unifiTV (Facebook).



Bersempena dengan pelancaran wajah baru unifi tersebut, majlis penuh meriah telah diadakan pada 24 Januari 2018 lalu dan telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Datuk BazlanOsman, Pengarah Eksekutif / Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM; bersama-sama Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif, unifi; Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, unifi TV; Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif, unifi mobile serta barisan pengurusan kanan TM.



Meriah sungguh majlis meraikan wajah baru unifi ini dan Misz-ella.blogspot.com pun turut ada. Best! Memang best! *tak sabar nak muat turun aplikasi i-foundit  .. *hehe*

OK .. Misz-ella dah habis berkongsi dengan pembaca semua. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak unifi, jangan lupa layari www.unifi.com.my

Save Our Rainforest Race 2018 ~ 24 Mac 2018 di Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, Selangor

Hello pembaca budiman,

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia) telah melancarkan secara rasmi Save Our Rainforest 2018 atau SORR 2018 iaitu edisi SORR kali ke 6 di Concorde Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini. 



Dengan motto 'CUT THE GREED NOT THE GREEN' SORR 2018 akan diadakan di Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, Selangor pada Sabtu, 24 Mac 2018.


President PEKA Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dalam ucapan beliau menyeru orang ramai menyertai SORR 2018 yang bertujuan untuk mendidik masyarakat agar menghargai dan mencintai hutan di negara kita. Dengan sasaran seramai 2,000 orang peserta untuk menanam sebanyak 1,000 batang pokok hutan pelbagai jenis, SORR 2018 yang melibatkan laluan sejauh 15km akan bermula dan berakhir di Kem Pelangi Hill Resort.

Sepanjang laluan tersebut, peserta bukan sahaja akan menikmati kehijauan Hutan Simpan Gading dan melalui kawasan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor, malah peserta akan diuji di beberapa 'check point' dengan 'fun interactive' aktiviti menarik yang bakal memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan hutan hujan tropika di negara ini.  

Ini adalah bersesuaian dengan visi utama SORR iaitu untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada peserta berkenaan penjagaan dan pemuliharaan hutan di negara ini. Untuk makluman, SORR sebelum ini telah diadakan di beberapa negeri iaitu di Hutan Lipur Chamang, Bentong pada tahun 2013, Hutan Simpan Sg Besi, Kuala Lumpur (2014), Hutan Lipur Kuala Woh, Perak (2015), Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan (2016) dan Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, Pulau Pinang (2017). 

Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil juga berharap agar SORR 2018 akan menjadi platform kepada masyarakat khususnya golongan muda agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hujan tropika di negara ini. Beliau turut menyatakan kebimbangan PEKA Malaysia mengenai aktiviti pembalakan tidak terkawal di hampir keseluruhan negara sehingga menjejaskan kawasan tadahan air yang menjadi sumber air mentah dan kepupusan habitat dan hidupan liar di negara ini. 

Atas kesedaran tersebut, PEKA Malaysia akan terus memperjuangkan isu kemusnahan khazanah alam di negara ini dan dalam masa yang sama turut melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok-pokok hutan seperti acara SORR 2018 ini dan edisi-edisi yang lepas. 



Majlis turut diserikan dengan persembahan pentomin bertajuk “Cut Your Greed, Not The Green” oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Cempaka yang merupakan kemuncak gimik pelancaran SORR 2018. 




Turut hadir pada majlis pelancaran SORR 2018 ini adalah wakil-wakil dari para penaja SORR 2018 seperti UMW Toyota sebagai Penaja Utama, Y Bhg Tan Sri Syed Mohd Yusuf Tun Syed Nasir, Pengerusi Concorde Hotel Shah Alam juga selaku Penaja bersama, Tanah Aina Sdn. Bhd. dan Women’s Sports And Fitness Foundation Malaysia, Pembinaan C W Yap Sdn. Bhd. dan beberapa para penaja sebagai Penaja Sokongan SORR 2018. 

Turut hadir di majlis pelancaran ini adalah Pengarah Perhutanan Taman Eko dan Hutan Taman Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Pengasas dan Mentor Sekolah Cempaka, Dato’ Freida Mohd Pilus. 

Seperti edisi SORR yang lalu, setiap pasukan yang ingin menyertai SORR2018 akan terdiri dari dua orang peserta dengan bayaran sebanyak RM80.00/seorang atau RM160.00/pasukan. Dengan hanya RM160.00 sepasukan, peserta akan mendapat Tshirt SORR, sebatang pokok untuk ditanam bersama, medal penamat, sarapan pagi, makan tengahari dan berpeluang untuk menikmati keindahan kehijauan Hutan Simpan Gading sambil mengikuti aktiviti-aktiviti menarik di dalam hutan bersama rakan-rakan yang lain.


Dan buat Misz-ella sendiri .. the mother nature has message for your ~ Love me or lose me *crying*

So macamana pembaca semua? Menarik, kan SORR 2018? Cepat-cepat .. jangan tunggu lagi kerana tempat adalah sangat terhad. Daftar 'online' hari ini di www.peka.org atau hubungi Haikal di talian 017 9019920, Andy (017 3302633), Bazlinda (019 2422625) atau Rahman (017 9019920). Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat melalui email sorr2018@gmail.