Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

#KamiCaring Run 2019 di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, 17 November ini

Hello pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang #KamiCaring Run 2019 anjuran Caring Pharmacy yang akan diadakan di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada 17 November 2019 ini.

Dah lama Misz-ella tak cerita pasal 'run .. run and run' ni kan. Dah lama jugak Misz-ella menyepi dari menyeru you all semua agar sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat, kan.




Sebagai salah satu cara untuk menyeru orang ramai agar mengamalkan kehidupan yang lebih sihat, Caring Pharmacy baru-baru ini telah melancarkan #KamiCaring Run 2019 yang akan diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019 nanti. #KamiCaring Run 2019 dengan slogan "Hidup Sihat, Hidup Gembira" ini menawarkan dua (2) kategori larian yang boleh kita sertai iaitu 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run.

5KM Fun Run 
Dibuka kepada dewasa (13 tahun ke atas) dan kanak-kanak berumur antara tiga (3) hingga 12 tahun.
Bayaran penyertaaan :-
RM50/seorang (Dewasa)
RM30/seorang (Kanak-kanak)

12KM Competitive Run
Dibuka untuk dewasa sahaja (13 tahun ke atas). Peserta di bawah 13 tahun diwajibkan untuk mendapat kebenaran dari ibu, bapa dan penjaga terlebih dahulu
Bayaran penyertaan adalah RM60/seorang

Hadiah akan diberikan kepada pemenang kategori 12KM Competitive Run ini iaitu :-
Tempat pertama :- Wang tunai RM600 berserta piala
Tempat kedua :- Wang tunai RM400 berserta piala
Tempat ketiga :- Wang tunai RM200 berserta piala
Hadiah saguhati : Baucar tunai RM100 berserta piala (kepada pemenang tempat ke empat hingga ke sepuluh)

Acara Cabutan Bertuah turut disediakan bagi memeriahkan lagi acara #KamiCaring Run 2019 ini. Setiap peserta akan mendapat T-shirt larian, pingat penamat dan beg cenderahati.




#KamiCaring Run 2019 mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila mendapat penyertaaan dari penaja-penaja seperti Abott, Vita-Health and Herbs of Gold, Hello March, Fisol, SalonPas, Flexijoint, L'Oreal, Sunsense, Betadine, Cap Kelapa Laut Afrika, Kao, FitNesse, Milo, Oreo dan Atria Shopping Gallery.

Disamping itu, pihak Milo dan FitNesse akan mengedarkan minuman percuma kepada peserta dan orang ramai yang hadir pada hari tersebut manakala Grab pula menjadi rakan kongsi pengangkutan rasmi #KamiCaring Run 2019 ini dengan menawarkan diskaun sebanyak RM5.00 kepada mereka yang pergi dan balik ke lokasi acara dengan menggunakan perkhidmatan Grab. Terhad kepada 400 orang pengguna yang terawal sahaja.

So buat pembaca sekalian yang berminat untuk menyertai #KamiCaring Run 2019 ini, pendaftaran telahpun dibuka sekarang dimana anda boleh berdaftar di http://bit.ly/KamiCaringRun2019. Sila daftar cepat-cepat kerana buat masa ini, tawaran Early Bird special sedang berlangsung dimana diskaun sebanyak RM5.00  akan diberikan. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Oktober 2019.

Sebarang pertanyaan untuk #KamiCaring Run 2019 ini, bolehlah disalurkan kepada  :-

Email ke register@score.my
Telefon nombor berikut iaitu 03 - 7726 4277

0 comments: