Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang majlis pelancaran cawangan ke dua (2) salun CPS Skin Love di Persiaran Bangi, Seksyen 9, Bangi yang Misz-ella hadiri pada 17hb Ogos yang lalu.
Ellyn Jamyn
Pembukaan cawangan ke dua (2) salun CPS Skin Love telah dirasmikan oleh Ellyn Jamyn iaitu pengasas dan pemilik syarikat Airellyn Beauty Care yang mengeluarkan produk kecantikan berjenama CPS Skin Love.
Kalau you all nak tau, salun kecantikan CPS Skin Love yang pertama dibuka pada tahun 2010 di Shah Alam Selangor dan pembukaan cawangan ke dua merupakan salah satu dari usaha Ellyn untuk mengembangkan perniagaan beliau. Bangi diplilih kerana terdapat permintaan yang tinggi dari orang ramai berdasarkan daripada iklan FB Ads yang dijalankan. Rata-rata wanita mahukan CPS Skin Love dibuka di Bangi dan impian mereka direalisasikan oleh Ellyn dengan pembukaan salun ini.
Menurut Ellyn, CPS Skin Love adalah singkatan kepada Cantik Persis Selebriti kerana kebanyakan wanita sering terpikat dengan kecantikan selebriti dan menjadikan mereka sebagai idola, mahu cantik persis selebriti, kan.
CPS Skin Love menawarkan kira-kira 56 jenis rawatan kecantikan bagi memenuhi kepelbagaian permintaan pelanggan. Pelbagai rawatan ada dan sesuai untuk semua peringkat umur baik untuk remaja hinggalah kepada mereka yang lebih dewasa.
Meskipun harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah mampu milik (bermula dari RM78), kualiti perkhidmatan di CPS SKin Love sangat dititikberatkan. Selain menggunakan produk semulajadi yang diimport, CPS SKin Love juga menggunakan mesin terkini yang berteknologi tinggi. Antara rawatan yang popular adalah Spa Coklat, Detox Spirulina, High-intensity Focused Ultrasound (HIFU) dan Sulam Bedak.
Ellyn turut berkongsi kisah suka duka bagaimana beliau memulakan perniagaan salun kecantikan. Ellyn berpengalaman dalam bidang kecantikan sejak dari umur 18 tahun lagi. Menariknya ialah wanita cantik ini mempunyai jatidiri yang sangat tinggi kerana kesungguhan dan minat beliau mengatasi segala-galanya. Bukan sedikit cabaran yang terpaksa beliau hadapi.
Berikutan dari kekangan modal, Ellyn membuka spa secara kecil-kecilan dengan menyewa ruang kecil di sebuah rumah kedai yang terletak berhampiran dengan sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam dan menjadikan pelajar wanita di pusat tersebut sebagai sasaran pelanggan beliau. Selain dari terpaksa 'menyusup' masuk ke asrama pelajar wanita untuk mempromosi produk yang ditawarkan, beliau turut turun padang mengedarkan risalah perniagaan di mana sahaja.
Usaha beliau berjaya dan mula mendapat pendapatan sekitar RM200 hingga RM300 sehari dan promosi tersebut diteruskan. Dengan pendapatan tersebut, Ellyn mengumpul modal bagi memasang papan tanda perniagaan dan membeli peralatan untuk melengkapkan lagi salun beliau. Semangat juang yang tinggi untuk terus berjaya dalam bidang yang dicintainya memaksa beliau menjual kereta Perodua Kelisa miliknya bagi menjana modal yang lebih besar.
Hampir dua tahun saya terpaksa meminta bantuan rakan untuk ke sini sana sehinggalah saya berjaya mengumpul modal dan membeli kereta secara tunai ~ kata Ellyn.
Misz-ella tertarik dengan suasana di dalam salun CPS Skin Love yang sangat sweet, tenang dan mendamaikan. Ruang menunggu sangat luas dan selesa.
Bilik rawatan juga bersih dan selesa ~ Ada bilik untuk yang datang berpasangan.
Dan ada juga bilik perseorangan bagi pelanggan yang mahukan lebih privacy. Misz-ella berpeluang mencuba rawatan Sulam Bedak yang sedang semakin popular sekarang ini.
Sulam bedak adalah rawatan kecantikan dimana sejenis serum khas dimasukkan ke dalam kulit dan menjadikan kulit kita lebih glowing dan berseri tanpa cela, ibarat memakai bedak meskipun kita tidak memakai apa-apa.
Terima Kasih Ellyn. Berseri-seri Kak Ella balik petang tu. Tahniah diatas pembukaan salun CPS Skin Love yang ke dua dan Selamat Maju Jaya!
So buat you all yang berada di Bangi dan kawasan sekitarnya, jangan lupa ke salun CPS Skin Love. Jom kita jumpa Ellyn untuk jadi Cantik Persis Selebriti!
CPS Skin Love
No. 57-1 Jalan Medan Pusat 2D
Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. 57-1 Jalan Medan Pusat 2D
Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. tel :- 011-51202090
Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 8 malam.
Jangan lupa ikuti Instagram CPS di sini untuk update tentang promosi terkini dan layari laman wev www.cpsskinlove.com
0 comments:
Post a Comment