Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ar-Radhi Oud Amber Perfume ~ Kekal wangi sepanjang hari


Hello pembaca kesayangan,

Harini Misz-ella nak kongsikan tentang perfume ataupun minyak wangi.

Hukum memakai wangian termasuklah minyak wangi adalah sunat. Ianya adalah tradisi yang sangat digalakkan dalam kehidupan masyarakat Islam malah Rasulullah SAW sendiri dikatakan mencintai bau-bauan wangi.

Sejujurnya, Misz-ella adalah peminat apa sahaja yang berbau wangi ~ baik pati aromaterapi untuk mewangikan rumah mahupun minyak wangi yang dipakai pada diri sendiri ~ dari bangun tidur sampai lah mahu tidur semula, sentiasa mahu mewangikan diri. Koleksi botol-botol minyak wangi terpakai banyak dalam rumah ni, membuktikan betapa obsessed nya saya pada minyak wangi. Satu perkara yang Misz-ella perasan ialah minyak wangi yang digunakan sentiasa berkait dengan keperibadian seseorang.

Masa muda-muda dulu, Misz-ella suka minyak wangi yang baunya 'manis' sweet-sweet gitu .. sebaik usia mencapai tahap kematangan yang berbeza, Misz-Ella mula memilih minyak wangi yang lebih kuat aromanya ~ a bit manly but still appealing and sexy *LOL* Ye betul .. saya peminat minyak wangi lelaki.

Baru-baru ini Misz-ella telah diperkenalkan dengan minyak wangi Ar-Radhi Oud Amber Perfume, minyak wangi tanpa Alkohol keluaran tempatan.


Ar-Radhi Oud Amber Perfume mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 2017 oleh pengasasnya, Dato' Radzi Mansor yang juga merupakan  CEO untuk A&M Berkat Travel & Tours. Kembara Dato' Radzi ke Kota suci Mekah telah menimbulkan rasa cinta beliau terhadap koleksi minyak wangi Arabian Oud.

Beliau telah mengambil inisiatif untuk mencipta minyak wangi beliau sendiri yang diinspirasikan dari pati oud dengan menggabungkan citarasa masyarakat Asia dan Barat.

 Perkara pertama yang terdetik di hati sebaik menerima minyak wangi ini ialah ~ wow cantik nya packaging .. nampak mewah dan berkualiti.



Mula-mula sedikit ragu kerana minyaknya berwarna biru *jarang saya jumpa minyak wangi berwarna biru*



Ar-Radhi Oud Amber Perfume adalah perfume unisex yang menggunakan oud sebagai bahan utamanya. Oud adalah pati minyak yang dihasilkan dari kayu gaharu. 

Pokok gaharu atau agarwood hidup subur di Hutan Hujan Tropika dan antara pokok paling berharga kerana hampir kesemua bahagian pokok gaharu iaitu dari batang, dahan, ranting, kulit, daun dan bunga digunakan secara meluas dalam industri kecantikan, ubat-ubatan, sabun, losyen, wangian dan pelbagai lagi. Kayu gaharu menghasilkan minyak pati gaharu dikenali sebagai Oud. Oud dikatakan minyak yang paling mahal di dunia dan sentiasa menjadi pilihan golongan bangsawan. Oud juga digelar liquid of gold dan harga oud mencecah 1.5 kali ganda dari harga emas semasa.

Oud sangat terkenal di Timur Tengah malah digelar minyak dari Syurga. Rasulullah SAW juga dikatakan sering menggunakan oud.


Selain dari itu, Ar-Radhi Oud Amber Perfume juga diperkayakan dengan aroma amber yang terkenal dengan kehangatan dan kemanisan baunya persis madu.

Mula-mula spray .. wangi! Pada pendapat Misz-ella, aroma segar Ar-Radhi Oud Amber perfume ini sangat unik - bau-bauan segar dari alam semulajadi seperti dedaun, kayu *earthy smell* dan ada sedikit aroma manis di penghujungnya *sweet lah perfume ni* ..

Makin lama guna makin suka. Ar-Radhi Oud Amber Perfume adalah BEBAS ALKOHOL, tahan lama (hampir 12 jam) dan meninggalkan bau yang menenangkan  minda. 

Ar-Radhi Oud Amber Perfume sentiasa menjadi pilihan Misz-ella untuk 'outdoor' iaitu ketika menjalankan aktiviti riadah dan lasak kerana aroma wangi nya kekal segar meskipun  tubuh badan kita mengalami perubahan suhu akibat perpeluhan dan sebagai nya.

Harga sebotol Ar-Radhi Oud Amber Perfume 30ml ini adalah RM150 sahaja *termasuk pos*. Buat sesiapa yang sedang mencari perfume yang lain dari yang lain, baik untuk diri sendiri mahupun untuk dijadikan hadiah kepada kesayangan, Misz-ella recommend perfume ni. Unisex Ok .. sesuai digunakan baik lelaki atau perempuan. Jimat, kan!

Ar-Radhi Oud Amber Perfume boleh didapati secara online di Instagram Arradhi Parfumes atau WhatsApp no telefon 017-7539106 ataupun boleh juga beli dari Misz-ella di no telefon 016-6223138. 

Ar-Radhi Oud Amber Perfume Unik dan Best! Gunakan tanpa was-was, ok.

0 comments: