Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang face mask. Sejak virus covid-19 menyerang dunia dan menjadi musuh kita, kita semua telah terbiasa dengan norma baru yang mana salah satu antaranya adalah memakai face mask ataupun pelitup muka.
Nak keluar rumah mahupun ke mana-mana, face mask jangan sesekali kita lupa kerana tanpa face mask, bukan sahaja kita tidak melindungi diri kita dari musuh atau bakteria yang tidak kita sedari ini, malah kita turut terdedah kepada risiko kena saman oleh pihak berkuasa. RM1,000-00 saman dikenakan kepada mereka yang tak pakai face mask di tempat awam.
Baru-baru ini Misz-ella telah dikenalkan dengan empro - hijab surgical face mask. empro adalah face mask yang dibuat lengkap dengan ciri-ciri keselamatan. empro hijab surgical face mask memberi perlindungan yang sangat tinggi dan sesuai digunakan di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti hospital.
Misz-ella pun dah cuba empro hijab surgical face mask ini. Menarik dan senang digunakan kerana ianya boleh dililit terus ke kepala (tak perlu guna extender). Malah Misz-ella suka pada kualiti empro hijab surgical face mask ini kerana ianya tahan lasak berbanding dengan sesetengah face mask yang pernah Misz-ella cuba. Ada yang mudah koyak dan talinya senang putus .. tapi empro hijab surgical face mask tak begitu. Ia betul-betul berkualiti.
Ciri-ciri empro Hijab surgical face mask
Ia adalah produk peralatan perlindungan peribadi (PPE)
Ia adalah 3-ply mask yang memberi perlindungan sehingga tahap 3
Ia menyediakan perlindungan filtrasi bakteria sehingga 99%
Ianya flexible dan boleh dilaras mengikut saiz dan bentuk muka
Ia memberi perlindungan yang tinggi terhadap debu-debu di udara, habuk dan titisan cecair jangkitan
Ia bersifat hypoallergenic, bebas dari getah dan gentian kaca - dimana ianya akan meminimumkan tindakbalas kepada mereka yang allergik terhadap bahan tersebut
Ia dibuat menggunakan bahan yang selesa membolehkan kita mudah bernafas
lembut, tidak menyakitkan kulit dan ringan.
2 comments:
Assalamualaikum
Hello sweetie.... Stay safe, stay sweet sokmo.
ye saya pun pakai mask mcm ni.. memang sangat menyenangkan orang berhijab
Post a Comment