Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Daging Harimau Menangis NIASE - sekali cuba terus tergoda

 Hai pembaca kesayangan,

Sebelum ni Misz-ella pernah kongsikan tentang beberapa jenama makanan frozen Daging Harimau Menangis yang Misz-ella dah cuba.

Kali ini Misz-ella nak kongsikan sekali lagi tentang Daging Harimau Menangis NIASE. Dalam banyak-banyak daging harimau menangis, jenama NIASE adalah yang paling Misz-ella suka dan kerana tersangat lah suka, Misz-ella pun terus buat keputusan untuk menjadi agent Daging Harimau Menangis NIASE ni. 

Dalam satu peket Daging Harimau Menangis NIASE ni ada beberapa 'item' yang di 'individually pack'. Semuanya dibungkus berasingan bagi memastikan kebersihannya. Ada satu peket Daging harimau menangis NIASE yang telah siap diperap, ada sos istimewa NIASE dan jugak bijan serta beras sangai.



Begini lah rupa sos istimewa NIASE. Istimewanya NIASE ni ialah ianya 100% produk keluaran Muslim. Setiap satu bahan diproses sendiri oleh pihak NIASE (bukan produk OEM ye). Misz-ella paling suka tengok sos tu, dibuat dari cili api Thailand dan bahan-bahan lain termasuklah daun ketumbar yang banyak khasiat tu. So bila you all beli daging harimau menangis NIASE, dalam setiap bungkusan tu ada 1 peket sos istimewa NIASE yang semua pelanggan suka sangat ni.

Bila dah bukak, boleh la you all masak dengan cara you all sendiri. Guna grill pan boleh, guna kuali leper pun boleh .. nak masak well done boleh, separuh masak atau 3/4 masak pun boleh.

Lepas tu you all hiris nipis-nipis dan tabur bijan. Wow! half cooked ke tu?


OK yang ni baru betul-betul Misz-ella punya. Saya suka sangat sos istimewa NIASE tu, walaupun pedas tapi sangat sedap .. buat cicah daging dan ulam-ulaman. Untuk daging nya pulak, terus terang Misz-ella cakap .. lepas kita potong kita akan dapati dagingnya sangat sedap,  fresh, lembut dan juicy.


ummmm .. tetiba lapar! So you all semua, kalau nak nikmati daging harimau menangis NIASE ni, jangan lupa roger/Whatsapp Misz-ella di 0166223138. 


0 comments: