Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Khasiat buah zaitun - untuk kesihatan dan kecantikan

Hello pembaca kesayangan,

Perkongsian kali ini adalah mengenai khasiat dan keistimewaan buah zaitun buah yang sangat istimewa sehinggakan disebut 7 kali di dalam Al-quran. Buah zaitun dikatakan buah yang sangat barakah. Malah Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, Minumlah minyak zaitun dan sapulah ia ke wajahmu kerana ia datang dari pohon yang diberkati.

Minyak zaitun juga telah menjalani banyak kajian sains sehinggakan ianya digelar minyak sihat kerana ia memberi banyak kebaikan kepada pengamalnya. Dunia barat turut mengiktiraf kebaikan minyak zaitun. Malah, penggunaan minyak zaitun dalam masakan Barat adalah tidak asing lagi.


Misz-ella sendiri sekarang ini telah turut menjadikan minyak zaitun sebagai amalan harian sejak diperkenalkan oleh khasiat dan keistimewaannya oleh pihak Arabian Village.




Secara amnya, kebanyakan masyarat Malaysia menggunakan minyak masak  berasaskan kelapa sawit tetapi tahukah anda bahawa minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Ini adalah amat berbeza dengan minyak zaitun kerana meskipun jika ianya digunakan berulangkali,minyak tersebut tidak akan mengalami proses pengoksidaan,tidak akan menjadi tepu serta warna dan baunya turut kekal sama. 

Makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun juga dikatakan akan membuat perut merasa ringan dan puasa sehingga menyebabkan kita cepat kenyang. Ini adalah akibat dari kesan penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Minyak zaitun juga mengandungi lemak tidak tepu atau juga dikenali sebagai monounsatured fat. Ini kerana minyak tersebut diperah secara langsung dari buah zaitun segar. Monounsatured fat ini mengandungi oleic acid  yang mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. 

Satu kajian yang melibatkan 841,000 orang mendapati monounsaturated fat di dalam minyak zaitun mengurangkan risiko mendapat stroke dan sakit jantung kerana ianya mampu merendahkan radang dalam tubuh, merendahkan kolesterol jahat 'LDL', memperbaiki sel-sel dalam saluran darah dan menghalang pembentukan darah beku.


TIPS CARA PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN

Pengambilan minyak zaitun secara berterusan juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Anda disarankan mengambil 30-40ml minyak zaitun setiap hari.

Bagi mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi, ada disarankan inum 2 sudu makan minyak zaitun setiap hari.

 Buat mereka yang mengalami masalah Sembelit, anda boleh cuba merawatnya dengan mengambil 30ml minyak zaitun setiap hari.


KHASIAT MINYAK ZAITUN DALAM KECANTIKAN




Tahap antioksida di dalam minyak zaitun adalah sangat tinggi dan ini ianya terbukti baik untuk penjagaan kulit. Pada masa ini, minyak zaitun telah digunakan secara meluas oleh kebanyakan syarikat kosmetik sebagai bahan asas utama dalam pembuatan produk-produk kecantikan. 



Minyak zaitun mengandungi Vitamin E yang bersifat anti-penuaan. Gunakan minyak zaitun 2 atau 3 kali seminggu untuk merawat tanda-tanda penuaan pra-matang seperti kedutan di sekeliling mata.


Vitamin E yang ada di dalam minyak zaitun adalah emolien yang berat dan adalah pilihan yang baik untuk menghilangkan kotoran dan pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan minyak kulit anda. 



Anda juga boleh menjaga kesuburan kesihatan kulit anda dengan cara mengurut wajah menggunakan sesudu minyak zaitun selama 5 minit setiap hari sebelum tidur.


Bagi mereka yang mempunyai masalah bibir kering, pecah dan merekah, gunakan setitik minyak zaitun bagi melembapkan bibir anda secara semulajadi.


Misz-ella dah cuba minyak zaitun baik di dalam masakan mahupun kecantikan dan saya sarankan anda turut jejak langkah saya dengan mencubanya.


Buat anda yang ingin merasai manfaat dan khasiat minyak zaitun, ianya boleh didapati di www.arabiavillage.my pembekal makanan sunah yang serba lengkap.


2 comments:

Cik Min said...

Memang bagus minyak zaitun ni. Kte sendiri mmg tak boleh tak ada minyak zaitun kat rumah

Nur haura afeeya said...

Salam