Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dalam hidup kena lalu macam-macam

Ya Allah cepat betul masa berjalan. Tau-tau dah bulan Februari 2021. Masa tak tunggu kita, meskipun dalam kita sibuk-sibuk menguruskan kehidupan sambil kebimbangan dengan virus covid yang sedang berkeliaran di dalam komuniti kita mencari 'perumah' seterusnya, masa tetap berjalan, kan. Misz-ella tak pernah lupa doa agar Allah lindungi kita dari virus corona yang jahat ni. 

Dalam hidup ni, kita kena lalu macam-macam. Sedih, suka, duka, ketawa, menangis, marah, geram, kecewa .. semua ada. Ini lah yang kita panggil ujian kehidupan. Kita kena banyak sabar, banyak dengar, banyak diam, banyak fikir, banyakkan doa dan redha dengan tiap ujian yang datang. Bila kita redha, itu tandanya kita berdamai dengan takdir yang Allah tulis untuk kita. Bila kita berdamai dengan takdir, kita akan tetap tenang meskipun badai melanda. Misz-ella selalu ingat kata-kata dari Bonda Muhaya ini .. Orang yang tenang, selalu menang. So kalau kita kena selalu didik diri kita supaya selalu tenang. Jangan hati tu melompat, melonjak melayan amarah, melayan stress atau sedih. Jalani setiap ujian itu dengan tabah dan percayalah walau bagaimana pahit pun ujian itu, kalau kita sabar, dipenghujungnya ada kemanisannya yang tersendiri.

Every cloud has a silver lining.

0 comments: