Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2022 : Sajian Nostalgia Kampungku di Menara Kuala Lumpur

Hai pembaca kesayangan, 

Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang semakin menghampiri, Menara Kuala Lumpur membawakan Buffet Ramadan Sajian Nostalgia Kampungku yang akan bermula dari 4hb hingga 24hb April 2022 dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.



Antara yang menarik di buffet Ramadan Nostalgia Kampungku ini adalah Kambing panggang yang diperap khas dengan rempah-rempah terpilih.



Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan dan pelbagai lagi juadah antarabangsa dan tempatan turut disediakan.



Menariknya tentang berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur adalah, pengunjung dapat berbuka puasa bertemankan pemandangan yang sangat indah pada waktu malam pada ketinggian 288 meter.

Pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu 'The Sky Band' yang akan memeriahkan suasana iftar pada setiap malam.













Harga buffet Ramadan Nostalgia Kampungku di Menara Kuala Lumpur adalah :-

Hari Biasa
RM125 (Dewasa) RM70 (Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun)

Hujungi Minggu
RM160 (Dewasa) RM72 (Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun)

Buat masa ini, Menara Kuala Lumpur sedang mengadakan promosi 'EARLY BIRD' iaitu :-

RM88 (Dewasa),  RM49 (Kanak-kanak) pada hari biasa 
RM128 (Dewasa) dan RM72 (Kanak-kanak) pada hujung minggu

Bagi setiap belian buffet Ramadan Nostalgia Kampungku sebelum 25 Mac 2022.


Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke SKY DECK bagi setiap pembelian pada hari yang sama iaitu hanya RM20 (Dewasa) dan RM10 (Kanak-kanak). 




Tiket tambahan ke tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur iaitu TOWER WALK 100 pula boleh didapati pada RM15 (Dewasa) dan  RM10 (Kanak-kanak).

So, pembaca kesayangan, jangan lepaskan peluang untu berbuka puasa bertemankan pemandangan langit Kuala Lumpur yang indah di Menara Kuala Lumpur. Hanya RM88 sahaja seorang untuk belian awal sebelum 25 Mac 2022.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi nombor telefon 03-20205499 atau layari www.menarakl.com.my

Jangan lupa ikuti :

Instagram Menara Kuala Lumpur dan

Facebook Menara Kuala Lumpur


0 comments: