Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2022 RM59 sahaja di I'dahlia Corner

Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang satu lagi lokasi menarik untuk berbuka puasa iaitu di I'dahlia Corner yang terletak di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur.


Berkonsepkan berbuka puasa dalam taman, pengunjung akan disambut oleh pokok-pokok hijau di pintu masuk I'dahlia Corner.

 

Dan sebaik melangkah masuk ke I'dahlia Corner, wow .. ibarat berada di sebuah taman yang sangat indah ~ luas, selesa dan dekorasinya sangat menarik.


Antara sudut menarik di I'dahlia Corner


Feeling Ramadan betul, kan


Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, I'dahlia Corner menyediakan lebih dari 50 juadah berbuka puasa 'Ala-kampung' bagi mengubati kerinduan warga kota berpuasa di perantauan dan rindukan masakan ibu di kampung. 


Antara juadah yang Misz-ella dah cuba adalah Nasi lemak Stonor, Paru goreng berempah, Ayam goreng berempah, Rendang Minang, Sambal Sotong, Asam pedas Ikan Pari, Ikan goreng bercili wow .. semuanya sedap-sedap .. rasa Melayu Asli sungguh!

Ramai kawan-kawan Misz-ella (baik Melayu ataupun Cina) yang sukakan Masak Lemak Siput Sedut tu .. masing-masing ambil seorang semangkuk .. enjoy betul tengok diaorang makan Siput Sedut. Saya hanya mampu memandang sebab tak pandai makan (rugi ehh).

 

Yang pasti di Sup tulang di I'dahlia Corner ni adalah menu yang wajib korang cuba. Menurut Puan Dahlia, Sup tulang ini adalah resepi turun temurun yang diwarisi dari ibu mertua beliau. Menggunakan rempah ratus yang digiling khas, Sup tulang ni memang juadah yang meletop di awal perniagaan I'dahlia Corner dan masih kekal favourite sehingga hari ini.


Di bahagian pemanis mulut, ada aneka jenis kuih-muih Melayu, ada bubur, goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi goreng dan berbagai lagi. Macam-macam ada. 


Sambil berbuka puasa, pengunjung akan dihiburkan dengan LIVE BAND. Surau turut disediakan.

Untuk makluman, I'dahlia Corner adalah premis makanan di dalam kategori A (sangat bersih) dan pernah muncul di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.



Buffet Ramadan Buka Puasa dalam taman di I’dahlia Meletop hanya berharga RM59 (Dewasa) dan RM29 (Warga Emas dan kanak2) dan akan bermula dari 5hb April 2022 sehingga 29hb April 2022 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam.


So pembaca kesayangan, Misz-ella dah kongsikan tentang  Buffet buka puasa dalam taman di I'dahlia Corner. Jom kita ramai-ramai bawak mak, ayah, adik abang dan kawan-kawan buka puasa di I'dahlia Corner ~ lokasi yang strategik (lepas shopping di KLCC boleh buka puasa di sini), suasana yang selesa, juadah yang buatkan 'tummy kita happy' dan harga yang sangat 'wallet friendly' RM59 sahaja you alls .. mana nak dapat, kan.

Jangan lupa book awal-awal, k. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 0123526397 atau 0122585162.

Jangan lupa ikuti Instagram I'dahlia Corner di: https://www.instagram.com/idahlia.corner

































0 comments: