Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

100 jenis sambal di Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) Mac ini!

Hai pembaca kesayangan,





Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dengan kerjasama KL Gateway Mall akan mengadakan Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) pada 10, 11 dan 12 Mac 2023 ini.

TOSFE bakal menemui penggemar-penggemar sambal dengan lebih dari 100 jenis sambal yang bakal dipamerkan oleh usahawan-usahawan sambal juga produk berasas serta berkaitan sambal.

Selain sambal-sambal dari Malaysia yang merupakan 'highlight' utama, pencinta sambal turut berpeluang untuk menikmati dan membeli sambal-sambal dari Pavillion negara Asia seperti Indonesia, Korea, Vietnam, Pakistan dan Thailand.

“Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan kepelbagaian makanan. Antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah Sambal Belacan, sambal yang wajib menjadi Hero Menu di setiap hidangan di rumah mahupun di restoran-restoran di Malaysia. Memang tak boleh lari orang kata dari sambal ni kalau dah orang Malaysia, tidak kira sebagai sambal dalam masakan ataupun pencicah” kata Azmi Jaffry, Pengerusi PSWAD.

Sambal yang diiktiraf sebagai Sambal Warisan oleh Jabatan Warisan Negara bakal menjadi teraju utama di TOSFE antaranya Sambal Tumis, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Sambal Rong, Sambal Biji Getah, Sambal Hitam Ikan Bilis dan Sambal Taun.



Antara rakan-rakan strategik yang turut memeriahkan TOSFE  adalah Sambal Mak Jenny, KL Gateway Mall, Product Ayu Damit Usahawan Cili, Seniman, PGDM, Chicken Royale, My Pentas, Benang Emas Bridal House, Sambal Mak Esah-Sharifah Shahirah dan Wan Det sebagai Penaja Streaming.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung TOSFE seperti Demo Masakan Sambal oleh Cef Selebriti, pertandingan makan sambal, pertandingan fesyen tradisional, cabutan bertuah, Award Menu Inovasi Sambal, Pertandingan Sambal Tik Tok, persembahan artis dan busking. 

Selain itu, bengkel-bengkel memperkasa usahawan sambal PKS seperti “Seminar Penjenamaan dan Media”, “Bengkel Digital Media”, sharing session bersama Ikon Sambal, peluang jaringan perniagaan di dalam dan luar negara juga akan diadakan di TOSFE.

Pihak PSWAD mengalu-alukan penyertaan dari pihak swasta dan agensi kerajaan bagi memeriahkan lagi TOSFE. Sebarang pertanyaan berkenaan TOSFE, sila hubungi Azmi Jaffri di 019 7688420 dan Haleeda di 019 2585844.





0 comments: