Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2023 - Sentuhan Ramadan di Hotel Tenera

 

Hai pembaca kesayangan,

Ramadan semakin dekat menghampiri kita dan Hotel Tenera sekali lagi membawakan Buffet Ramadan 2023 dengan tema Sentuhan Ramadan bagi memeriahkan sambutan Ramadan 2023 ini.









Lebih dari 30 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nenas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Tetel Gulai, Sambal Petai Siseh dan banyak lagi.
















Tidak lupa juga variasi makanan di Gerai Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, Shell-out, Bubur Lambuk Bangi, Sambal Saodah, Oden Celup Celup, Dim Sum, Best in Town Fried Noodles, Pasta World dan bermacam lagi.







Manakala di kaunter pemanis mulut pula, gabungan kuih melayu tradisional seperti Bahulu yang dibakar panas. kuih Serabai dan kek-kek moden turut disediakan.


Disamping hampir 200 juadah serba mewah yang disediakan oleh Chef Eksekutif Hotel Tenera, Chef Sahisal Azrul Mat Said, Hotel Tenera turut melantik seleriti popular, Datin Alyah sebagai "Wajah Buffet Ramadan Hotel Tenera 2023". Menurut Datin Alyah, beliau bersetuju dengan perlantikan tersebut kerana tertarik dan suka dengan kelazatan juadah-juadah di Hotel Tenera.



Harga buffet Ramadan Sentuhan Ramadan di Hotel Tenera adalah RM118 (Dewasa) dan RM58 (Kanak-Kanak). Promosi '"Early Bird' RM88 seorang sedang berlangsung sekarang hingga 28 Februari 2023 ini. Promosi harga bilik istimewa dengan buffet Ramadan dan hidangan bersahur turut disediakan. Kemudahan dewan solat turut disediakan kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan.  Ruang parkir yang boleh memuatkan sehingga 700 kenderaan turut ada manakala parkir adalah percuma.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 03-89299600 ATAU whatsapp 019-3854796/019-3592796. Sila juga layari :

https://www.instagram.com/hoteltenerabangi/ dan

 https://www.facebook.com/hoteltenerabangi

0 comments: