Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dolla lancarkan single terbaru “Look at This”

Hai pembaca kesayangan,

Masih ingat akan gabungan 4 orang anak muda yang bergabung dalam satu kumpulan bernama Dolla? Kumpulan Dolla kekal unggul sebagai kumpulan nyanyian wanita era ini setelah mencapai kejayaan demi kejayaan.

Pada 28 Januari 2023 yang lalu, Dolla telah memeriahkan Seen Festival in Kuala Lumpur 2023 bersama bintang sensasi K-pop antarabangsa iaitu NCT Dream, WayV, KARD dan ALICE.


Dolla yang turut baru muncul berduet dengan Naim Daniel dengan lagu “Mungkin ini adalah lagu paling sedih pernah aku buat” kini munncul dengan single terbaru mereka, “LOOK AT THIS”

Pencipta lagu “LOOK AT THIS” berasal dari Sweeden dan pada awalnya ditulis dalam bahasa Inggeris namun telah diterjemahkan ke bahasa Melayu khas buat peminat-peminat Dolla di sini.


“LOOK AT THIS” yang berirama rancak serta “catchy” ini berkisar tentang keyakinan diri. Menurut Tabby, salah seorang ahli kumpulan Dolla, lagu ini memberi gambaran tentang keperibadian seseorang yang yakin dengan penampilan dirinya yang menarik. Antara lirik positif yang menarik adalah “kau pandang di sini mata memerhati but I ain’t worry bout that”

Proses menulis lirik lagu juga memakan sedikit waktu kerana lirik asal lagu adalah di dalam bahasa Inggeris. 

Kami bekerja berbulan-bulan bersama Cikgu Syafi sambil dibantu oleh SYA yang membantu menyempurnakan lirik tersebut. Untuk bahagian RAP, kami dibantu oleh Yonnyboii dan ASYRAF NASIR untuk mengindahkan lagi bahagian tersebut.

Menurut Syasya pula, lagu ini menampilkan sisi Dolla yang berbeza. 

Dolla berharap agar “LOOK AT THIS” diterima oleh semua termasuk pasaran antarabangsa kerana ianya berbeza dari apa yang kerap mereka tampilkan sebelum ini.

Single “LOOK AT THIS” boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Muzik, KKbox, Deezer dan juga YouTube Muzik mulai 17 Februari 2023, pukul 12 tengah malam yang lalu manakala muzik videonya pula telah berada di laman YouTube Dolla mulai 17 Februari 2023 jam 9 malam.

Selamat mendengar dan enjoy!

0 comments: