Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pertanyaan dan Jawapan

Bila persoalan bermain di minda .. maka harus dan wajib lah kita bertanya. Dalam waktu yang sama, minda juga harus bersedia andai kata jawapan yang diterima bukan di pihak kita. Kecewa? Hampa? Sapa suruh tanya at the 1st place .. betul tak? Tu pasal ai penah cakap .. Jangan lawan kalau tak cukup kuat. Gi 'provoke' orang ingatkan boleh menang walhal diri sendiri yang merana. Nasib ler ..

Phewwww ..

Phewwww ..penat. Phewww ... padat. Phewwww ...  ketat. Hmmm .. macam tu la cerita hujung minggu kita.

Sambal Sotong

Sayur Campur

Sambal Udang + Petai

Kari Ayam + Kentang

Pulut Panggang dan Karipap

Lompat Tikam

Pengat Keledek

Kueh Sagu dan Seri Muka

Sambal Belacan dan Ulam tak dilupa

Dessert Omputeh pun ada .. 'Belated Potong Kek day for Aiman'

OK. Sekian entry mengenang makan-makan hari Sabtu dengan kesayangan. Balik rumah mama dengan adik beradik ber 'pot luck' kan makanan di atas. Dan entry ini ditulis dengan rasa penat + nak bantal sebab sampai rumah semalam jam 12:30 malam. Have to drive 98% of the journey cos Kakak Cantek mengalami sindrom mata pejam tahap melampau. 

Route : Sg Buloh-Bukit Jelutong-Sabak Bernam-Sg. Besar-Sabak Bernam-Bukit Jelutong-Sg. Buloh, 3:30pm-12:30 am. Alhamdullillah .. Selamat pergi dan kembali. 


Intai-intai

Mengintai apa yang ada di Intai-intai. Disebabkan teruja nak tau apa ada di sana dan di mana tempatnya, saya sahut pelawaan Kakak cantek saya untuk berbuka bersama-sama keluarganya hari Sabtu lepas. 12 orang rombongan kami bersamaan dengan 3 kereta. Dah macam 'Rombongan mini Cik Kiah. Eh .. Rombongan Mak Nani lah!! Cik Kiah tak da kena mengena dlm entry ini. Sori Cik Kiah' Hihi. Jom intai entry ini ..



Buffet Ramadhan kat Restoran Intai-intai ada Segmen makanan kampung, makanan Thailand, makanan goreng-goreng, bakar-bakar dan macam-macam lagi. Fuhhhh .. sedap gila masakan dia. Yang saya ambek ni ialah Nangka masak lemak, Telur itik masak lemak, Kerabu Mangga, Paru Sambal, Kentang + Tempe goreng. Masakan di sini "ada rasa". Ada jugak Laksam, Nasi Kerabu, Mee, Bihun, Kuetiaw goreng yang khabarnya sangat sedap tapi saya tak dapat nak rasa kerana sudah ketat dan padat perut saya tau. Sian perut terdera. Hihi.

Roti Jala dan kari ayam yang ada rasa. Sayangnya gambar tersangatlah 'blurr' sebab diambil menggunakan Henfon cap Ayam yang walaupun Ayam, banyak berjasa kepada kita. Ailebiulah Henfon 'N'.

Berbagai dessert yang 'hot' termasuklah Pulut Durian, Aneka Bubur, Kueh mueh tempatan, Sandwich, Mini cupcake serta buah-buahan yang tak ada dalam gambar disebabkan tahap kelaparan yang melampau kerana cuaca sejuk, dingin sebab hari hujan. Tambah lagi, Restoran ni lokasinya dekat dengan hutan. So, kedinginan membuat kami makan, makan dan makan lagi. Lupa dunia seketika menghayati makanan yang enak dan 'ada rasa' disini.

Tomyam Udang yang cukup rasanya.  

SomTam ~ Kerabu Betik yang memang kena dengan selera.

Cempedak Goreng ~ Asal jumpa je teringin. Asal terbau je nak.
 'Sure' berangin satu badan lepas ni. Hihihi.

Ini 'dessert' entah apa nama tapi ada laici dan buah naga. Sedap.

Kerang bakar, Kambing panggang, Ayam percik dan Otak-otak pun ada.  Dengan makanan yang sedap, harga yang berpatutan dan suasana yang tenang dan mendamaikan, i dont mind to include this restaurant in my "Makan-makan List". Will definitely repeat this restaurant again.

Memang patut la nama Restoran ni Intai-Intai sebab restoran ni tak dapat dilihat dari jalan besar. Harus mengintai di balik deretan kedai-kedai baru jumpa. Pandai Tokey kedai carik nama. Hihi.





Unrecorded

Was given unrecorded leave today sebab kerja hari Ahad lepas. Amboi .. ceria muka sume yang terlibat. Masing-masing mula panjangkan langkah. Sopink, salun dalam senarai. Ai tak ketinggalan .. yang bestnya 'qada tidur is part of it'. Haha ..

Balik rumah tidur. Petang kuar gi salun, pastu berbuka dengan opismet kat luar. Dengan tak ada 'reservationnya' .. sume restoran kat Shah Alam 'full house'. Nasib baik Restoran Cili Merah masih ada 1 meja kosong, cukup lah buat kami bertiga. Dashyat orang Melayu Malaysia .. bulan-bulan posa ni, sume pakat makan luar walaupun kita dengar ramai yang main masak-masak kat rumah. 

Hmmmm .. persiapan raya camna? Surprisingly, this year langsung tak beria-ia. Entah lah kenapa .. 'mood nak beraya hilang entah ke mana' .. Kalau tahun lepas menempah baju beria-ia, tahun ni lima jari di tangan masih berlebih. Kueh raya order kat Kakak Cantek je. Paling penting .. segala-galanya sudah tersedia buat Aiman, anakanda kesayangan. 

Raya di mana? Taiping, Kelantan, Johor, Sg. Buloh? Entahlah .. tiap-tiap raya pening, tiap kali raya penat. Apa nak buat .. famili kita besar. Tiap kali raya meriah .. tiap kali raya bizi. Hihi. Apapun, redha dan rela je. InsyaAllah kuat .. InsyaAllah selamat.

Selamat Hujung Minggu korang. Kita keja Sabtu ni. Sunday also .. maybe? Alahai .. sokmo bizi. Entah bila ada masa untuk diri sendiri. Pavillion .. Jusco 1U .. dalam list ni. Entah bila lah bisa ku jejaki.

Sesekali berduaan

Sesekali dapat berjalan hanya berdua dengan My Bodyguard,, 'heavennn' sangat-sangat. Sapa cakap rugi tak da anak perempuan. Ai oke jer .. anak sedara perempuan ai ramai dan dah macam anak sendiri. OK la tu .. sikit pun tak rasa rendah diri. After all, rezeki Tuhan bagi. Perempuan ke .. lelaki ke .. tetap Alhamdulillah.

Memandangkan abah Aiman 'outstation' kerja-kerja menyopink baju raya terpaksa ai uruskan sendirian. Tak de hal .. dah biasa. Janji 'budget' nya udah siap sedia. Hihi. Lega rasa hati bila semua persiapan raya Aiman selesai sudah. Almaklumlah .. ai kan superbizi. Hihi.

Bila penat, kita cari 'port' untuk rehat ..

Merenung jauh anakku. Penat ke? Lapar ke? Sabar eh .. Posa!! Hihi

Aik?? Tetiba ada makanan? Kata posa tapi makan? Hihi. Owh .. yang ni ialah aktiviti selepas pulang dari bersopink dengan anakanda kesayangan. "Main masak-masak di dapur sendiri seorang diri"  ~ Sayur buncis + carrot dan udang. Sedap weih ai masak. Tak caya sudah ... Hihihi.

Paru goreng berlada + kentang

 Kari Tulang dengan kentang

Cokodok bawang + carrot dan udang kering. Memang tak kena dan tak cukup bahannya tapi dah tu je yang ada dalam peti es. Nak kuar gi kedai malas. So, kita 'On' je la projek cokodok bawang kita dengan apa yang ada. Eleh .. kurang bahan pun licin apa diaorang makan .. Hihi.


Taksub

Saya tak nafikan dalam diri tiap insan wujud sikap minat, suka dan 'admire', pada seseorang. Mahu jadi seperti dia .. mahu jadikan dia Idola. Tapi .. janganlah kita terlalu taksub kepada dia yang kita sukai atau minati itu sehingga kita meng 'iya' kan semua perbuatannya. Gunakan akal fikiran untuk menilai. Rasional bukan emosional. Jangan ikut emosi tapi guna pintu hati. Mereka juga manusia biasa ciptaan Tuhan. Ada kelebihan .. ada kekurangan. Mereka tak sempurna. Mereka juga lakukan kesalahan. Jangan terlalu taksub pada mereka. Hmmm .. memang patut kata-kata "Berpada-pada .. Jangan Over" dijadikan pegangan hidup kita semua.

Bil makan RM2,780??

Bil makan sampai RM2,780? Actually perkara ni dah diceritakan oleh my Kakak Cantek at one of her entry tapi kita nak jugak cerita kat sini. Hmmm .. berbuka puasa dengan geng seramai 10 orang di Restoran De' Chiengmai satu hari di bulan puasa tahun 2011 .. bill kitorang cuma RM236 je tapi masa 'q' nak bayar tu, terkejut tengok bill kakak kat depan - RM2,780. Mak aihh .. apa yang diaorang makan ye? Hmmm .. camtu la persoalan yang bermain di minda kami berempat  bila tertengok bill dia. Kakak tu pun terkejut kot dengan bill dia sebab dia dok 'menebeng' kat Kaunter Cashier dengan kawan dia sambil merenung bil ribuan dia tu. Tapi yang herannya, bill kitorang biasa-biasa jer. Kenapa eh?? Alahai .. kan dah tertanya-tanya .. aritu awat takmo jadi 'ala-ala FBI gi investigate'? Ataupun suruh jer si Yanti@Pinky yang dah tentu berkelulusan 'Master in Forensic Accounting and Financial Criminology' gi audit bill akak tu. Kan senang ... Hihi.

OTW menjemput Dr. Rozzana kat rumah dia yang duduknya belakang rumah kita jer. Bukan senang nak 'date' dengan dia ni. Sokmo bizi dengan kerja le .. outstation le .. dan tentu kena book dia awal-awal.


Restoran De' Chiengmai, Kg. Melayu, Sg. Buloh. 

Air Longan 2 tin = RM18.00

Bubur manis campur-campur ni RM5.00 semangkuk

Ayam Pandan kat sini tersangatlah sedap. Memang feveret Aiman sejak dulu lagi. Satu = RM3.00

Kerabu mangga kat sini pun sedap. Tiap kali datang sini mesti kita order. 'Medium' saiz ~ RM25.00.

Ikan Siakap De'Chiengmai ~ Seekor ikan saiz sederhana ni RM45. Kita order 2 ekor. First time try menu ni. Sedap jugak.

Tomyam Campur bersaiz 'M' ~ RM35.OO. Eh .. kita ada Sayur Campur jugak lah. .. tapi 'missing in action' pulak fotonya. Hihi.

Sepanjang bulan puasa ni, baru sekali ni dapat berbuka dengan Dr. Rozzana dan Yanti. Almaklumlah .. diaorang bizi. Ai dan Kak Nani pulak 'super bizi' .. Kaum kerabat 'superman'. Hihi. All in .. all in .. for me harga makanan kat sini tak lah mahal sangat .. tak jugak murah. OK la tu .. bersesuaian la dengan kualiti makanan dan kualiti tempat ni.