Bil makan RM2,780??

Wednesday, August 17, 2011

Bil makan sampai RM2,780? Actually perkara ni dah diceritakan oleh my Kakak Cantek at one of her entry tapi kita nak jugak cerita kat sini. Hmmm .. berbuka puasa dengan geng seramai 10 orang di Restoran De' Chiengmai satu hari di bulan puasa tahun 2011 .. bill kitorang cuma RM236 je tapi masa 'q' nak bayar tu, terkejut tengok bill kakak kat depan - RM2,780. Mak aihh .. apa yang diaorang makan ye? Hmmm .. camtu la persoalan yang bermain di minda kami berempat  bila tertengok bill dia. Kakak tu pun terkejut kot dengan bill dia sebab dia dok 'menebeng' kat Kaunter Cashier dengan kawan dia sambil merenung bil ribuan dia tu. Tapi yang herannya, bill kitorang biasa-biasa jer. Kenapa eh?? Alahai .. kan dah tertanya-tanya .. aritu awat takmo jadi 'ala-ala FBI gi investigate'? Ataupun suruh jer si Yanti@Pinky yang dah tentu berkelulusan 'Master in Forensic Accounting and Financial Criminology' gi audit bill akak tu. Kan senang ... Hihi.

OTW menjemput Dr. Rozzana kat rumah dia yang duduknya belakang rumah kita jer. Bukan senang nak 'date' dengan dia ni. Sokmo bizi dengan kerja le .. outstation le .. dan tentu kena book dia awal-awal.


Restoran De' Chiengmai, Kg. Melayu, Sg. Buloh. 

Air Longan 2 tin = RM18.00

Bubur manis campur-campur ni RM5.00 semangkuk

Ayam Pandan kat sini tersangatlah sedap. Memang feveret Aiman sejak dulu lagi. Satu = RM3.00

Kerabu mangga kat sini pun sedap. Tiap kali datang sini mesti kita order. 'Medium' saiz ~ RM25.00.

Ikan Siakap De'Chiengmai ~ Seekor ikan saiz sederhana ni RM45. Kita order 2 ekor. First time try menu ni. Sedap jugak.

Tomyam Campur bersaiz 'M' ~ RM35.OO. Eh .. kita ada Sayur Campur jugak lah. .. tapi 'missing in action' pulak fotonya. Hihi.

Sepanjang bulan puasa ni, baru sekali ni dapat berbuka dengan Dr. Rozzana dan Yanti. Almaklumlah .. diaorang bizi. Ai dan Kak Nani pulak 'super bizi' .. Kaum kerabat 'superman'. Hihi. All in .. all in .. for me harga makanan kat sini tak lah mahal sangat .. tak jugak murah. OK la tu .. bersesuaian la dengan kualiti makanan dan kualiti tempat ni. 





















You Might Also Like

21 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail