Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hari ini hari raya ..

Semalam, Atuk comel kat TV tu cakap hari ini hari raya. Yeay .... Sume orang bersuka ria. Almaklumlah .. dah boleh makan siang. Hihihi.  Kita semalam sibuk. Sibuk sangat-sangat dengan persiapan raya. Nak tengok apa yang kita buat???

Tolong mak kita rebus ketupat ..

Ingatkan nak tolong dia masak rendang .. tengok-tengok Rendang Ayam dia dah siap. Cekap betul mak kita kat dapur. No wonder la i pun camtu. Hihihi .. Memang kuah tumpah ke nasik ..

Rendang Dendeng ni memang kepakaran mak kita. Dalam setahun, dua kali je dapat makan Rendang best camni. Yeay .. sib baik ada raya. Hihi.

OK. Memandangkan hari ini hari raya .. kita nak mintak maaf lagi sekali ni. Kot la ada tulisan-tulisan kita yang terkasar bahasa .. terguris rasa .. sesapa yang membacanya. Selamat Hari Raya ye korang. Kita tengah siap-siap nak bali Kg. Sungai Siput ni. Ayahanda Ismail dan Bonda Zabedah udah menunggu. Balik kampung .. ooooo .. balik kampung .. lalalala*dgn nada hepi gila* Hihi.






Hari Ahad, 28 Ramadhan

Semakin hampir kita dengan hari raya.  Ramai kawan-kawan dah mula cuti. Banyak pintu rumah yang sudah mula bermangga dan berkunci. Kuala Lumpur bakal senyap dan sunyi. Trend menyepikan rumah sendiri di pagi Aidilfitri adalah perkara biasa di Kuala Lumpur ni. Nampak sangat separuh KL ni orang luar daerah. Hihi ..

Pagi-pagi lagi dah sibuk .. pegi pasar rebut-rebut .. Haaaaa .. camtu la situasi kita pagi tadi.  Pasar pagi Kg. Paya Jaras sangat hot dan happening menjelang AidilFitri. Memang rasa berkobar-kobar nak raya lah bila menjejakkan kaki kat sini. Gerai paling 'hot' dah tentu gerai jual daging dan jual ayam. Dalam ramai-ramai tu, adalah sorang makcik 'kiut' menyelit*kita la tu ..*Hihi. Dalam berebut-rebut, dapat la kita membeli ayam kampung 2 ekor, daging 2 kilo, tulang sekilo dan bahan-bahan untuk dimasak Rendang nanti.

Menjamu famili kecik kita ni dengan Ketupat dan Rendang di pagi 1 Syawal adalah perkara wajib sebelum Solat AidilFitri dan seterusnya ke rumah Bonda tercinta di Sg. Buloh yang jaraknya hanya 20 minit dari rumah kita. Dan kepulangan kami tidak lengkap tanpa "buah tangan" iaitu Rendang hasil tangan sendiri dan kueh raya yang tiap tahun memang kita beli.  Maka, bakal meriahlah meja bonda tercinta dengan hidangan dari setiap rumah di pagi raya.  Serius meriah beb time tu. Wajib jamah hidangan tiap rumah walaupun hanya sesuap dua. Nama pun raya, kan. Dan biasanya pertemuan kami bakal berakhir dengan Sessi Fotografi bersama famili. Waaa .. harus melaram ni. Hihi.  Selepas makan tengahari, maka akan ke Selatan pulak kami bertiga. Kg. Sungai Siput, Jementah destinasi kami. Issshhhh .. tak sabar sungguh nak bertemu dengan Bonda Zabedah, ayahanda Ismail dan 6 lagi adik beradik kita kat sana. Maklumlah .. kami kan 'Big Famili'. Pastu tengahari raya kedua .. bakal pulang ke pangkuan Bonda mertua di Utara. Wahhh .. Utara Selatan bakal ku jejaki raya ini. Itu la dia .. tiap kali raya, penat .. tiap kali raya, padat. Sib baik tahun ni tak balik Kelantan. Kalau tidak ... Fuhhhh .. pengsan!! Ek eleh .. macam tak biasa. Hihi.

Ketupat, Ayam dan Daging sedia untuk dimasak esok pagi. Petang dan malam esok dan 'free'. Serbu Jalan T.A.R. jom kawan-kawan. Ada pesta lelong melelong kat sana. Jom .. jom . ..



Selamat Pulang Berhari Raya ..

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari. Berat rasa hati meninggalkan Ramadhan pergi.  Sebak, sayu. Terkenangkan Arwah Ayah mertua yang pergi meninggalkan kami tanggal 27 Ramadhan yang lalu. Esok 27 Ramadhan, genap setahun (kalender Islam) Arwah Ayah meninggalkan kami. Betul kata orang ... kalau kita kehilangan orang tersayang di hari-hari istimewa seperti ini, kita akan terasa kesannya tiap kali hari tersebut menjelma. Hmmm .. Moga Arwah Ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jauh disudut hati, saya seperti tidak mahu Ramadhan pergi dan menyambut Aidilfitri. Pertama kali saya tidak menempah baju raya dan walau sudah membeli baju raya .. walau kuih raya sudah siap sedia, kehangatan Aidilfitri masih belum saya. Tetapi saya tahu saya harus berpijak di bumi nyata. Walau masih bersisa sedih dan pilu ..saya tetap bersyukur. Ramadhan kali ini datang dengan seribu pengajaran, memberi saya sejuta pengalaman .. mengajar saya erti kesabaran, ketabahan, kekuatan. Alhamdulillah. 

Buat yang membaca entry ini .. Selamat Hari Raya kawan-kawan. Buat yang pulang ke kampung halaman, moga selamat tiba ke destinasi. Dengan rendah diri, saya memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa .. terguris rasa sepanjang membaca entry-entry saya. Raya saya camni .. malam raya di rumah sendiri. Tengahari raya pertama, bakal pulang ke kampung bertemu ayahanda dan bonda di Johor. Raya ke 3 mungkin bakal berkonvoi ke Pahang. Korang macamana?



Kueh raya buat tetamu dan ada yang bakal dijadikan buah tangan. Sedap kueh-kueh raya pilihan saya tahun ini. Korang .. hati-hati ye makan kueh raya. Dah turun ber kg-kg bulan puasa ni  tetiba naik berdouble triple mati la kita nanti. Hihi.








Antara baju raya dan dapur kita

Hiiiii ... Terkejar-kejar kita hari Selasa tu. Lagi beberapa hari nak raya, baju raya tak beli lagi. So, pukul 5 keluar ofis sempat lagi kita singgah kat one of the small mall nearby my house untuk beli sepasang baju kurung. Ekceli dah skodeng awal-awal pun baju tu .. tinggal nak beli je. Too bad. Size 36 (S) still big for me. Furthermore, the colour orange that i have been aiming for 2 weeks ago was sold out. Padan muka. Sapa suruh tangguh-tangguh? Hmmm .. sudahnya lain dicari, lain yang dapat. Beli jugaklah. Asalkan berbaju raya di pagi Aidilfitri yang mulia itu. Pengajarannya .. Lain kali tempah baju awal-awal, idak la hidup ala-ala 'Emejing Res' nanti. Hihi.

Sampai rumah pukul 6:45, sempat lagi kita masak Lauk feveret family ~ Ikan Siakap Tiga Rasa. Senang sangat-sangat cara membuatnya. Goreng garing Ikan tu. Kalau takut ikan tu hancur masa digoreng, salut dulu Ikan tu dengan tepung ubi ye. Potong dadu bawang besar, hiris halus serai, daun limau purut, cili api.  Tumis bahan-bahan tu dengan sedikit minyak sampai naik bau. Pastu masukkan Sos Thai Mae Pranom dan Thai Cili paste. Buh garam sikit. Pastu potong dadu tomato dan nenas*beli dalam tin jer .. cepat dan senang*. Pastu taburkan sedikit serbuk lada hitam. Kacau-kacau, angkat dan sedia untuk dimakan. Senang, kan.

Owhhh .. yang ni kita suruh abah Aiman beli sebab kita tak da stok sayur dalam Peti Es. Mahukan Kailan Ikan Masin atau Kangkung Belacan tapi lain yang dapat. Bolehlah .. In life we can't get all at one time, right.

Sotong Celup Tepung. Lagi la tersangat senang dan cepat membuatnya. Gaulkan aje dengan Tepung Ubi dan goreng sampai rangup. Kalau nak sedap, beli sotong yang saiz sederhana ye. Kalau yang terlalu besar, nanti 'liat.' Mau tercabut geraham bongsu. Hihi.


Kebaikan dan Kelemahan

Buat baik berpada-pada .. Buat jahat jangan sekali. Pepatah lama yang sangat bermakna dan patut dijadikan amalan kita semua.

Dalam waktu yang sama ... berhati-hati kerana ada kalanya "Kebaikan kita adalah Kelemahan diri kita sendiri tanpa kita sedari". Terlalu baik membuatkan kita susah  berkata "Tidak". Takda hati kering dalam diri. Kalaulah "hati kering" ada dijual di kedai mamak ... 

Ada kalanya terlalu baik, menyebabkan orang lain ambil kesempatan. Hmmm .. baik susah .. tak baik rasa bersalah. Camna tu?

Pada saya, baik atau terlalu baik seseorang itu datang dari dalam. Bukan lakonan. Berkelakuan baik pada seseorang yang lain lahir dari perasaan sayang. Bila wujud perasaan sayang, maka timbullah rasa ingin menjaga yang disayangi lalu kita berbuat baik dan melayani yang disayangi itu dengan baik. 

OK. Sekarang dah habis baca sume boleh tengok sekeliling. Tengok mereka-mereka di sekeliling kita. Baikkah mereka dengan kita? Atau hanya kita yang baik dengan dia? Good .. kalau kedua-duanya menjaga satu sama lain dengan baik. But if one way .. is it worth? Life is two way traffic .. not one way. Memberi dan menerima. Tak da makna kalau kau hanya memberi tanpa menerima. Mula-mula rela ... akhirnya?? Dah ramai yang penat saya jumpa.

Buat diri saya pulak, saya sangat-sangat baik dengan orang yang saya sayangi. Saya tabur bakti dengan ikhlas seikhlas-ikhlasnya tanpa mengharap balasan. I always told myself not too expect too much. Too much expectation will leads to frustation. Itu yang saya belajar sepanjang hidup ini. Kalau hari ini kita baik dengan "A", esok-esok bila kita susah, belum tentu "A" menjadi "Wira" kita meskipun kita terlalu baik dengan dia. Mungkin "B" .. orang yang tidak disangka-sangka? Walaupun begitu .. jangan berhenti dan merasa penat untuk terus berlaku baik. Percayalah pada rahmat Tuhan pada hambaNya. Sesungguhnya orang yang baik itu disayangi ....

p/s :~ Entry motivasi buat diri sendiri...



Lagi-lagi tentang makan ..

Lagi-lagi tentang makan dan makanan. Ada yang bosan tak membacanya? Jangan bosan ye. Ada maklumat lebih baik dikongsi bersama, jangan kedekut, Tuhan tak suka. Hihi.

I just want to share with you .. in case if u berada di 1Utama and looking for tempat berbuka, perhaps u can try Set Berbuka di Restoran Old Asia. RM39.90 for 2 persons, RM69.90 for 4 persons. The Set come with Sirap Bandung. Cubalah .. tak rugi sebab masakannya sedap.

Ayam Goreng which comes with Sotong, Wantan, little bit vege and Sambal belacan

Sayur Goreng ~Terung, Bendi and Kacang Panjang with Prawn

Soft Shell Crab. 
Owhh .. ini "Add-On". Not included in the Set.

Seafood Tomyam is part of the Set.

Kerana kasih sayang ..

Bila si Tuan Bodigad a.k.a. Anakanda kesayangan menyebut-nyebut mahukan Aiskrim McDonald di bulan puasa, sebagai ibu yang perihatin dan penuh dengan kasih sayang*Chewah ..* maka di satu malam yang cerah .. *tak hujan ler ...* si ibu dengan rela hatinya men'drive' SUV kesayangan yang banyak berjasa kepada keluarga ke McDonald Giant Seksyen 13, Shah Alam .. semata-mata untuk memenuhi keinginan anakanda tercinta. Amboi .. Mukadimah entry macam nak berpuisi!! Hahaha ..

Padahal nak buat entry tentang macamana taksub dan feveretnya Aiman pada McFlurry Oreo McD sampai bulan puasa pun nak juga. Tak dapat siang .. nak malam. Esok-esok bila Mama dah tak da, Aiman baca balik entry ni .. mesti Aiman akan ingat kenangan antara kita. Ye la .. Aiman kan tak da adik beradik lain nak kongsi kisah suka duka keluarga kita, kan. So, entry ni khas untuk Aiman.

Feveret Aiman

Feveret Mak Aiman*ai le tu*