Antara baju raya dan dapur kita

Wednesday, August 24, 2011

Hiiiii ... Terkejar-kejar kita hari Selasa tu. Lagi beberapa hari nak raya, baju raya tak beli lagi. So, pukul 5 keluar ofis sempat lagi kita singgah kat one of the small mall nearby my house untuk beli sepasang baju kurung. Ekceli dah skodeng awal-awal pun baju tu .. tinggal nak beli je. Too bad. Size 36 (S) still big for me. Furthermore, the colour orange that i have been aiming for 2 weeks ago was sold out. Padan muka. Sapa suruh tangguh-tangguh? Hmmm .. sudahnya lain dicari, lain yang dapat. Beli jugaklah. Asalkan berbaju raya di pagi Aidilfitri yang mulia itu. Pengajarannya .. Lain kali tempah baju awal-awal, idak la hidup ala-ala 'Emejing Res' nanti. Hihi.

Sampai rumah pukul 6:45, sempat lagi kita masak Lauk feveret family ~ Ikan Siakap Tiga Rasa. Senang sangat-sangat cara membuatnya. Goreng garing Ikan tu. Kalau takut ikan tu hancur masa digoreng, salut dulu Ikan tu dengan tepung ubi ye. Potong dadu bawang besar, hiris halus serai, daun limau purut, cili api.  Tumis bahan-bahan tu dengan sedikit minyak sampai naik bau. Pastu masukkan Sos Thai Mae Pranom dan Thai Cili paste. Buh garam sikit. Pastu potong dadu tomato dan nenas*beli dalam tin jer .. cepat dan senang*. Pastu taburkan sedikit serbuk lada hitam. Kacau-kacau, angkat dan sedia untuk dimakan. Senang, kan.

Owhhh .. yang ni kita suruh abah Aiman beli sebab kita tak da stok sayur dalam Peti Es. Mahukan Kailan Ikan Masin atau Kangkung Belacan tapi lain yang dapat. Bolehlah .. In life we can't get all at one time, right.

Sotong Celup Tepung. Lagi la tersangat senang dan cepat membuatnya. Gaulkan aje dengan Tepung Ubi dan goreng sampai rangup. Kalau nak sedap, beli sotong yang saiz sederhana ye. Kalau yang terlalu besar, nanti 'liat.' Mau tercabut geraham bongsu. Hihi.


You Might Also Like

23 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail