Featured Post
Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise
Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...
Piloxing @ Concorde Shah Alam Hotel
Rebecca as good as Tina and SIMPLY THE BEST
Thursday ended perfectly with SIMPLY THE BEST, remembering Tina by Rebecca O’Connor concert.
Moment raya di blog
Pejam celik pejam celik .. dah berbelas tahun blog ni. Tak sedar masa berlalu. Niat asal tulis blog sebab nak tinggal kenangan untuk anak tunggal kesayangan, almaklumlah dia takda adik beradik untuk berkongsi moment-moment indah bersama keluarga, maka blog ini nanti bakal jadi pengubat rindu Aiman bila mama dah takda nanti *sobs*
Dari zaman dia sekolah kita menulis, sampai Aiman dah kahwin dan punya anak. Maka puan blog naik pangkat. Alhamdulillah, ahli keluarga makin bertambah.
Kami raikan Hari raya Haji 2024 di Taiping. 3H/2M di sana, sarapan pagi, makan tengahari, makan malam bersama .. seronok tak terkata, terutama buat insan bernama Misz-ella yang selalunya sendirian, besar makna bila makan ramai-ramai. Terima Kasih tuan rumah dan keluarga kerana melayan kami semua dengan baik. Makanan yang sedap-sedap, ‘games’ dan hiburan-hiburan lain seperti tonton Netflix bersama .. i do appreciate our quality times together.
Lepas makan pagi raya, kami ber sessi fotografi di Taman Tasik Taiping. Bukan mudah nak berkumpul ramai-ramai macam ni, kena rancang betul-betul.
Buat pembaca-pembaca blog yang masih setia, Terima Kasih selalu datang baca. Kisah hidup biasa-biasa buat kenangan hari tua.
Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. Seronok, kan.
Butang baju melayu Swarovski murah-murah
Hai pembaca kesayangan,
Misz-ella nak warwar kan di sini bahawa saya ada 3 kotak butang baju melayu bertatah Swarovski untuk dijual pada harga murah-murah.
Cantik, kan. Siapa berminat sila wasap 0166223138. Cantik, murah dan limited. Siapa cepat dia dapat, ye. Ok Bye.
‘Tamparan’ yang menyedarkan
Kita takkan diuji jika perjalanan hidup kita ni lancar sahaja.
Kita takkan nampak ‘dia’ yang sebenar jika kita tak diuji.
Rebecca 'jelmaan' Tina Turner di konsert SIMPLY THE BEST - CELEBRATING TINA
Julai ini, Milestone Production akan membawakan Konsert Simply The Best : Celebrating Tina, the Queen of Rock & Roll yang bakal dipersembahkan khas oleh Rebecca O'Connor.
Selama tiga malam berturut-turut dari 11 hingga 13 Julai 2024, Rebecca O’Connor bakal mengubat kerinduan peminat-peminat mendiang Tina Turner apabila Rebecca O'Connor akan beraksi di sebuah konsert khas penghargaan buat mendiang Tina Turner dalam konsert SIMPLY THE BEST, REMEMBERING TINA.
Rebecca yang telah hampir 15 tahun mengelilingi dunia dengan persembahan SIMPLY THE BEST, mempunyai perwatakan hampir menyamai mendiang Tina Turner baik dari segi tenaga serta karisma beliau, lengkap dengan rambut lebat mengerbang, suara yang bertenaga serta pakaian yang berkilauan, persis mendiang Tina Turner. Suara beliau ketika mendendangkan lagu hits Tina seperti “What’s Love Got To Do With It” “Private Dancer” dan “Simply The Best” sangat mempersona dan memikat hati penonton. Rebecca merupakan satu-satunya penyanyi yang diakui kehebatannya oleh Tina yang pernah mengatakan “Rebecca is so good, it’s scary”
Berbakat semulajadi, Rebecca
yang berasal dari Cobh, Cork juga mempunyai darah Jamaican. Perjalanan Rebecca
dalam bidang muzik bermula setelah mendapat inspirasi dari ayah angkat beliau
yang memperkenalkan lagu-lagu Tina Turner kepada beliau sejak dari kecil lagi.
Bagaikan dilanda letupan gunung berapi di dalam hati itulah yang saya rasa sejak kali pertama saya mendengar lagu Tina Turner. Mendiang merupakan seorang wanita yang sangat hebat dan banyak mempengaruhi saya.
Dibesarkan di dalam keluarga
yang mencintai muzik bersama tiga orang adik beradik angkat, minat Rebecca
dalam bidang muzik dipupuk sejak dari kecil menjadikan beliau memilih seni
sebagai karier diiringi restu dan sokongan berterusan dari keluarganya. Beliau
mula mempelajari seni tarian Irish
pada umur tiga tahun dan pernah menduduki tangga ke lapan terbaik di dunia
sebelum menjadi penyanyi utama untuk sebuah kumpulan muzik pada usia 17 tahun. Rebecca
mempesonakan 33 juta penonton dan satu-satunya artis dari Irish yang telah
memenangi European TV show “Stars in Their Eye”. Rebecca turut mempersembahkan
bakat beliau dalam rancangan “The Voice Australia” untuk Rita Ora dan Keith
Urban.
Karier Rebecca berkembang jauh dibawah pengurusan syarikat Fleetwood Mac dimana suara dinamik beliau, minat dan kesungguhan dalam bidang muzik dan penampilan pentas penuh karisma persis Tina Turner telah menyebabkan beliau mendapat peminat dari UK, Australia, Barbados, UAE dan Afrika Selatan.
Rebecca telah bersedia untuk menggegarkan Kuala Lumpur dengan persembahan yang tidak mungkin anda lupakan. Ibarat menonton jelmaan mendiang Tina Turner di pentas, anda akan dihiburkan dengan lagu-lagu popular sepeti Nutbush City Limits, Proud Mary, River Deep dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang menonton Rebecca dengan penampilan, gaya dan persembahan persis mendiang Tina – rambut lebat mengerbang, pakaian yang glamour dan berkilauan dan gincu bibir berwarna merah yang sangat sinonim dengan mendiang Tina Turner. Rebecca bakal menghilangkan kerinduan anda pada Tina Turner dengan membawakan semangat dan tenaga Tina di pentas Zepp KL dari 11 hingga 13hb Julai ini!
Premium RM638
VIP RM538
Cat B RM198
Platinum Box RM4,800 untuk 6 orang
*Tidak termasuk Fee process tiket RM4 seorang dan SST 8%
* Sebarang tempahan untuk Platinum Box/ Korporat / Berkumpulan atau Orang kurang upaya, sila hubungi 012 332 3024 atau email sha@milestone-entertainment.com
Diskaun eksklusif untuk pemegang kad Maybank. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milestone-entertainment.com. Terma dan syarat-syarat
Your kindness is your weakness
Last time, a friend of mine told me :
Your Kindness is Your Weakness
Without I realised, what she said is TRUE. People love me because I am kind. People ask me instead of others because of my kindness. People scold me, talk about me because they know that I won’t argue or fight. Not because of I am right or wrong but because I chosed to be kind to my heart.
It is good to be kind. The kindnest soul come from a strong heart. A heart which has been hurt and healed on it’s own many times. A heart which is still in a good shape instead of all hurts that she faced. A heart that stands on her own because she believes that only she understands her heart. A heart which always CHOOSE KIND no matter what.

I'm Misz Ella. I am a Lifestyle Blogger. I share my thought about the Beauty products that I used, my travelogue, the food that I enjoyed and my healthy living routine. Email me at kakchik_ella@yahoo.com if you have any enquiries
Followers
POPULAR POSTS
-
Ya Allah sungguh aku rindu pada blog yang ditulis dengan jari-jari halusku. So many things happened bermula dari akhir tahun lepas. Menekan...
-
Dear Frens, as promised here, hari ini dgn rasa riang gembira dan excitednya, i officially launched my 1st misz-ella.blogspot Contest. Wa...
-
Yeah .. Ben kembali lagi dengan Segmen yang bisa menggegar hati keibuan ku ini. Haha .. Secara ringkas tentang diri saya ye? Saya ibu@mam...
-
Lauk favorite no. 1. Tak susah sebenarnya melayan selera kami sekeluarga. Kalau ada Sambal Sardin, Ayam golek sudah tidak ku pandang lagi. H...
-
Entah kenapa .. tiba-tiba mengidam macam-macam, mengalahkan Ibu mengandung Kembar 4. Dan kerana tidak mahu tidur dalam keadaan teringat-ing...
-
Sabtu petang balik dari keja, kita main masak-masak sorang-sorang. Tak da org nak teman kita main. Eleh .. dah tua pun nak main masak-masak?...
-
Dah selesai Kenduri Tahlil 3 malam buat Arwah Abah dan esok 28/11, genap 7 hari Arwah Abah meninggalkan kami. Alhamdulilah ... Segala u...
-
Life is like a piece of canvas. Kita yg mencorakkannya sendiri. Nak jadi pekerja yg sekadar Yes Sir!! .. atau pekerja yg menyumbangkan mind...
-
Ingin tau bagaimana seronoknya menjadi selebriti? Diberi layanan 5 bintang dengan bayaran 3 bintang?? Jom follow me di sini. Pagi Ahad, lepa...
-
Bila kerja yang dilakukan atas konsep berjemaah @ "Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing", kerja yang berat jadi rin...


























