Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Wirdora ~ Aksesori wanita dan lelaki ber Swarovski untuk lebih WOW!

Hello pembaca kesayangan,


Blog post kali ini Misz-ella tujukan buat mereka yang sukakan kecantikan dan mahu menyerlahkan penampilan agar tampil lebih cantik dengan aksesori terutamanya buat mereka yang berhijab. 

Subjek yang Misz-ella maksudkan di sini adalah Wirdora - pakar aksesori hijab yang menggunakan batu kristal Swarovski asli bagi menyerlahkan penampilan kita.

Bersama Puan Wirda

Kali pertama dikenalkan dengan jenama Wirdora melalui seorang teman, Misz-ella tergerak untuk mengenali produk aksesori wanita dan lelaki keluaran tempatan ini dengan lebih dekat lagi. Lalu pertemuan diatur dengan Puan Wirdalina Tauhed *juga dikenali sebagai Wirda*, di butik pameran Wirdora yang terletak di Ampang. Wahhh .. bahagia bijik mata Misz-ella sebaik sahaja melangkah kaki ke butik pameran Wirdora ini kerana disambut dengan sinaran kristal yang bergemerlapan dan berseri-seri di sana sini.


Wirdora diasaskan oleh Puan Wirda sendiri pada tahun 2017 dan merupakan Swarovski branding partner yang sah dimana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli ~ authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag & code no dimana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri.



Batu kristal Swarovski Wirdora yang cantik ini diimport dari Austria dan dipasang di Malaysia. Kualiti produk-produk keluaran Wirdora adalah setanding dengan kualiti produk-produk antarabangsa.






Antara aksessori wanita yang dikeluarkan oleh pihak Wirdora adalah Brooch ataupun kerongsang, pin tudung dan Scarf ring.


Buat kaum lelaki pula, Wirdora turut mengeluarkan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link.

Wirdora menawarkan 2 kategori pilihan aksesori iaitu Luxe series dan Standard series.


Menggayakan koleksi butterfly dari luxe series

Setiap aksessori Wirdora di dalam kategori luxe, diberi sentuhan mewah dimana batu kristal Swarovski tersebut disalut dengan rhodium (rhodium plated). Rhodium adalah logam berharga yang juga tergolong dalam keluarga platinum.  Rhodium plated digunakan untuk memberikan permukaan yang lebih halus dan tahan calar.

  
 
Scarf ring rose gold 18K

Ada juga aksessori yang diberi sentuhan mewah dengan 18K white gold dan 18K rose gold.


Manakala kesemua jarum pin tudung Wirdora menggunakan stainless steel bagi memastikan ketajamannya terjamin dan terpelihara.



Setiap barangan Wirdora adalah dijamin kualitinya dan telah diuji  :-
  • ketajamannya
  • tidak karat
  • hypo allergenic
  • anti-tarnish
Selain dari itu, setiap produk Wirdora perlu melalui proses QC yang ketat seperti ujian ketajaman, ujian anti-falls dan berbagai lagi bagi memastikan kualitinya terpelihara. Bagi produk Wirdora dalam kategori luxe, setiap pembelian turut disertai dengan jaminan produk selama setahun dan lengkap dengan after-sale service.


Misz-ella bersama Puan Wirda

Bermula dari RM18  hingga RM350, produk Wirdora boleh didapati secara online dan offline. Buat mereka yang mahu membuat pembelian secara online, ianya boleh didapati di :-

Laman web Wirdora
Laman web fashion valet
Instagram Wirdora

Manakala pembelian secara offline boleh dibuat di physical store Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya. 

Selain dari itu, produk Wirdora boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri


Cantik, kan produk Wirdora yang Misz-ella gayakan ni .. walaupun ianya simple, tapi dek kerana sentuhan mewahnya, ia buat penampillan kita lebih berseri. Produk Wirdora juga boleh didapati secara bulk sales untuk memenuhi permintaan dari pelanggan yang mahu menjadikan produk Wirdora sebagai cenderahati buat tetamu di majlis perkahwinan, corporate gifts dan pelbagai lagi. 

So you all semua, bulan puasa dah dekat lepas tu kita semua akan berhari raya. Haruslah kita bergaya, kan ..  apa kata kita gaya kan produk Wirdora di hari raya ini dan tampil lebih wow dan bergaya. 

Sebarang pertanyaan berkenaan produk Wirdora, you all boleh hubungi talian telefon 019-274 1897 (Puan Wirda).



















Nikmati 'seafood' mewah yang sedap di Ombak Kitchen, Bangsar

Hello pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang dimana you all boleh makan 'seafood' yang mewah, sedap dan berkualiti di sekitar Lembah Klang ini.



Baru-baru ini Misz-ella telah ke Ombak Kitchen, Bangsar bersama rakan-rakan bertaraf 'kesayangan' untuk menjamu selera dengan seafood. 




Ombak Kitchen, yang terkenal dengan tagline pakai tangan jer terletak di     Persiaran Ara, Bangsar, Kuala Lumpur. Ehemmmm .. pakai tangan jer katanya .. sounds cathcy and fun, kan.



Saya suka suasana dalam restoran yang sangat bersih, tenang dan dilengkapkan dengan hiasan-hiasan berciri ala-ala lautan ataupun 'marine'

Selain dari restoran di Bangsar, Ombak Kitchen turut mempunyai satu lagi cawangan iaitu di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.




Terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan seafood-seafood premium yang ditawarkan di sini - Alaskan Crab, Canadian Lobster, Rock Lobster, Giant Lobster, XL Prawn, Snow Crab, Live Crab dan bermacam lagi .. dan kami pun terus teruja apabila melihat seafood-seafood bertaraf premium ni. Tak sabar nak makan ....



Cara-cara membuat pesanan di Ombak Kitchen adalah :-
  • Pilih pakej Combo yang serba lengkap atau boleh juga kita order secara A-La-Carte
  • Pilih Sos yang dikehendaki - Di Ombak Kitchen, terdapat 6 jenis sos yang boleh dipilih sebagai pelengkap seafood anda
  • Pilih tahap kepedasan - nak pedas berapi, nak biasa-biasa aje atau nak sederhana pedas?

Jangan bimbang sekiranya ada di antara geng makan anda alah atau allergik pada seafood ... mereka masih boleh ber enjoy di sini kerana di Ombak Kitchen, juga ada menu lain seperti Home made beef ball with honey BBQ sauce, Spicy korean honey BBQ wing, dan lain-lain lagi. Nak tengok apa we all order tak?

Seafood with Signature Ombak Spicy Cajun sauce. OhMyGodddd .. belum makan dah terliur dengan aromanya ...



Dan bila dah try, seriously i love the sauce! ditambah pula dengan kesegaran seafood nya, nicely cooked, tak overcooked dan masih segar, masih manis semulajadi meskipun sudah dimasak dan apabila dimakan bersama Spicy Cajun Sauce yang merupakan sos signature Ombak Kitchen .. Ohlalala .. sangat menepati citarasa saya dan rakan-rakan.



Kami juga cuba Seafood with ButterMilk Curry Sauce. Ummmm .. yang ni pun sedap, lemak-lemak semulajadi rasa sos ni. Sesuai untuk mereka yang tidak suka pedas ataupun kanak-kanak.





Selain dari itu, kami turut cuba Canadian Lobster yang dimasak Thermidor Style. This is sooooo good .. i love the herbs aroma which compliments the cheese. Sungguh lemak berkrim .. melt! melt! .. my heart melt like how the cheese melted in my mouth .. sedap gila!




We ended our meal with Ombak Kitchen Signature Art of Dessert yang disediakan secara LIVE di meja kami. Pemanis mulut yang bertemakan hidupan laut ini adalah terdiri dari buah-buahan segar terpilih, mashmallow dan mantou yang dicicah dengan pelbagai jenis sos iaitu sos coklat, sos raspberry, sos blueberry, sos passion fruit dan disertakan dengan kekacang. Bila nak makan, kita cicah dengan sos-sos tu. So sweet and cute, kan.




Selain dari hidangan-hidangan seperti di atas, Ombak Kitchen turut menyediakan set meal individu untuk pelanggan yang datang berseorangan atau dalam kumpulan yang kecil.



Buat mereka yang ingin berkunjung ke Ombak Kitchen, Bangsar maklumatnya adalah seperti di bawah. Istimewa buat pembaca misz-ella.blogspot.com, jangan lupa mention promo code :- ELLAXOMBAKKITCHEN dan dapatkan diskaun 10% (untuk pakej combo sahaja).

So apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita bersantai sambil menikmati seafood mewah di Ombak Kitchen, Bangsar, Kuala Lumpur.

Ombak Kitchen
12, Lorong Ara Kiri 2
Bangsar
59100 Kuala Lumpur
Telefon :-  010-216 5946




Website :-
Instagram :-
Facebook :-


Umrah 2019 - Hari Terakhir dan Tips-tips menunaikan umrah

Assalamualaikum lovely readers,

Ini adalah perkongsian terakhir Misz-ella tentang perjalanan Misz-ella dan rakan-rakan sepanjang menunaikan umrah bersama AM Berkat Travel & Tours. Ya Allah .. sedihnya nak tinggalkan tempat suci ini. Sedihnya nak tinggalkan kehidupan yang Hanya ada aku dan Dia, tiada duniawi. Maksud Misz-ella di sini ialah di sini kita tak fikir hal-hal duniawi. 

Kita kosongkan minda kita dari hal-hal duniawi seperti kerja dan sebagainya dan mendambakan diri kita hanya kepadaNya. Kat sini kita tak kesah baju kita cantik atau tidak, kita mekap atau tidak, kita tak kesah langsung .. yang kita fikir hanya nak ke masjid, nak beramal sebanyak mungkin. Tu je. 

Perasaan Misz-ella pada saat-saat akhir di sini hanya lah sedih. Sedihnya nak tinggalkan hidup yang bagai dipimpin, nak solat ada imam, nak tidur niat je tak perlu kunci jam .. segala-galanya indah, tiada yang tidak indah di sini. 

Misz-ella bagitau dekat Datuk Radzi, lepas ni mesti Kak Ella akan rindu. Kata Datuk Radzi, kalau macam tu, kak Ella berdoa lah agar dijemput lagi ke sini .. dan Misz-ella berdoa .. Ya Allah Ya Tuhanku .. izinkanlah aku menjadi tetamuMu sekali lagi. Jemputlah aku ke rumahMu sekali lagi Ya Allah *sobs*

Hari terakhir di Mekah, Misz-ella memilih untuk  melakukan tawaf wida' *tawaf selamat tinggal* Kebetulan ianya jatuh pada hari Jumaat. Satu yang Misz-ella belajar sepanjang di Madinah dan Mekah ini adalah pengurusan masa sangat penting. Kita semua diberi masa yang sama maka kita perlu bijak urus masa kita sebaiknya. Maka sebaik sahaja selepas Subuh, kami melakukan enam pusingan tawaf terlebih dahulu. 

Lepas tu kami sarapan. Lepas sarapan kami bersiap dan mengemas beg kerana dah diberitahu awal-awal oleh pihak pengurusan AM Berkat Travel & Tours yang semua bagasi kami akan diuruskan oleh pihak hotel pada pukul 10 pagi. Done with our luggage! Smoothly! Bell boy datang ke bilik, ambik semua bagasi dan selepas tu kami turun ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat Jumaat. Kami pergi awal kerana dah diberitahu yang keadaan di Masjidil Haram agak sesak pada hari Jumaat. Kat Mekah dan Madinah ni je kaum wanita berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat. Kat tempat kita, tak merasa, kan. 


Ambik gambar dulu sebelum tawaf wida'. Masa ni matahari sangat tinggi .. betul-betul panas dan orang pun agak ramai.

Sebaik selesai solat Jumaat, kami sambung satu lagi pusingan Tawaf wida'. Lepas tu naik ke bilik suite, duduk diam-diam. Misz-ella selalu ingat pesan, selepas tawaf wida' dah tak boleh ambik gambar, dah tak boleh shopping. Tak lama selepas itu, kami turun berehat di lobi sambil menunggu bas yang akan membawa kami pulang ke Malaysia melalui airport Jeddah. Alhamdulillah selesai sudah urusan kami di bumi Arab ini. Perasaan hati pada waktu ini tenang setenang-tenangnya .. deep inside my heart ada rasa terharu dan bersyukur kerana doa saya agar Allah permudahkan segala urusan saya disini diperkenankan ~ ditemukan dengan orang yang baik-baik, dipermudahkan semua amal, diperkenankan semua hajat, malah yang tidak terlintas dek akal pun direzeki kan buat kami di sini .. Alhamdulillah .. nikmat Allah mana kah yang kau dustakan?


Makan malam beramai-ramai di Jeddah

Memandangkan penerbangan yang bakal membawa kami pulang ke Malaysia mengalami perubahan waktu, pihak AM Berkat Travel & Tours membawa kami bersiar-siar di bandar Jeddah terlebih dahulu. 




Restoran makanan Malaysia di Jeddah

Kami ke Red Sea Mall pada sebelah petang dan makan malam di restoran Malaysia di Jeddah. Terima Kasih AM Berkat Travel & Tours belanja semua jemaah makan malam makanan Malaysia yang sangat sedap. Alhamdulillah. Misz-ella doakan agar semoga makin murah rezeki.

Penerbangan pulang lancar meskipun sedikit terganggu oleh beberapa kesilapan komunikasi tapi selamat kami sampai di bumi Malaysia dan disambut keluarga tercinta dengan penuh rasa kesyukuran. 



TIPS MENUNAIKAN UMRAH

Madinah yang sangat dirindui
  • Kedua-dua kota suci ini punya kelebihan dan tarikan tersendiri. Madinah kota romantis yang sangat menenangkan jiwa, punya roh serta aura tersendiri *I Love Madinah* Di sini kita boleh rasa kasih sayang Rasulullah, di setiap sudut kota ini. Angin yang bertiup dan setiap jejak langkah kaki .. terasa bagai disapa oleh Baginda. Jangan lupa Selawat banyak-banyak tanda ingatan dan kasih sayang kita pada Baginda.

Bersama my roommate Kak Midah di Mekah. Alhamdullilah .. Allah pertemukan saya dengan roommate yang sangat baik dan silaturrahim masih kami jaga hingga ke hari ini.
  • Mekah is a busy city. Masing-masing sibuk mengejar pahala di sini kerana ganjaran pahalaNya sangat tinggi. People can be very selfish here. Manage your ownself, manage your own time dan banyakkan bersabar dengan karenah manusia di sini. Paling penting pasang Niat dari bumi Malaysia agar kita redha dengan setiap ujian yang bakal didatangkan kepada kita dan moga Allah permudahkan setiap urusan kita di sana. Bila kita redha, apa yang berlaku pun kita takkan merungut dan takkan terkesan dalam hati. In Sha Allah.
  • Tawaf antara rukun haji yang paling mencabar terutamanya buat mereka yang suka tawaf depan kaabah seperti Misz-ella. Ada yang pesan supaya pakai kasut ala-ala crocs semasa kerjakan tawaf tapi Misz-ella pakai stokin tebal biasa je. Masa tawaf tu, di sesetengah tempat *terutamanya di Rukun Yamani* keadaannya agak sesak dan berasak-asak. Sabar. Jaga bahu kita agar tidak terpaling ke arah lain.
  • Bayaran untuk menaiki scooter untuk tawaf dan sai'e adalah 50 Riyal seorang. Kalau you all nak buat kedua-duanya dengan ber scooter, maka jadi 100 Riyal seorang lah.
  • Di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, setiap kali selepas solat diadakan solat jenazah. Ambik peluang untuk sertai solat ini, dapat tambah pahala, kan. Kalau tak pandai, boleh mula google.
  • Di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram juga, wanita digalakkan menyertai solat Jumaat
  • Di kedua-dua masjid juga, kita boleh bersedekah Al-Quran. Tanya kepada Mutawwif atau agensi korang cara-caranya ye. Jangan simply tanya orang luar tau.
  • Ada orang kata, shopping di Madinah lebih murah berbanding di Mekah tapi Misz-ella tak berapa pasti kesahihannya kerana saya baru pertama kali ke sini dan belum pandai lagi shopping di kedua-dua bandar ini. Saya cuma banyak beli bakhoor kerana memang dah merancang nak beli dari sini. Jubah, tudung tak banyak beli pun so tak berapa pasti.
  • Banyakkan bersabar dalam beribadah nak pulak kalau nak ke raudah. Pada pendapat Misz-ella, kita tak perlu lari, berebut dan bertolak-tolakkan pun kerana cepat atau lambat, kita tetap akan sampai ke raudah tu. Tak baik kan kita menyakitkan orang, tolak-tolak orang macam tu. Sabar je. Jalan pelan-pelan pun kita akan sampai ke raudah jugak. Selawat je banyak-banyak. Niat kita baik. In Sha Allah akan diperkenankan oleh Allah SWT.
  • Sama lah juga dengan niat untuk mencium Hajar Aswad mahupun solat di Hijir Ismail. Kedua-dua amalan ini bukanlah wajib dan bukan juga merupakan salah satu dari syarat sah umrah. Terlalu ramai orang berasak-asak mahu ke dua-dua tempat ini. Fikirkan keselamatan diri dan jangan terlalu ikutkan hati.
  • Kurma dijual di mana-mana sahaja di Tanah Haram ini baik di bazaar, di pasar mahupun di dalam shopping mall. Kebanyakannya dibiarkan terdedah tidak ditutup. Pandai-pandailah you all pilih yang bersih ye.
  • Semasa aktiviti ziarah luar, kita digalakkan solat sunat di masjid-masjid yang kita ziarahi. Wuduk siap-siap dari bilik hotel, pakai pakaian dan tudung yang mesra solat supaya urusan kita lebih cepat dan mudah.
  • Jangan lupa bawa ubat-ubatan dari Malaysia seperti panadol, ubat batuk, tampak koyok, ubat selsema dan macam-macam lagi. Botol spray untuk wuduk pun jangan lupa bawa ke masjid ye sebab kalau terbatal wuduk, senang. Kita guna spray tu je.
  • Masa ke masjid, jangan lupa bawa beg galas ataupun backpack *misz-ella guna beg yang agensi bagi* untuk letak handphone, kasut, botol spray* dan letakkan di depan kita semasa solat.
  • Tukar duit Riyal dari Malaysia siap-siap tapi tak perlu bawa terlalu banyak duit kerana di sana ada banyak mesin ATM. Jangan lupa activatekan kad ATM you all, k.
  • Kat Mekah dan Madinah, ada banyak restoran-restoran berjenama antarabangsa seperti McDonalds, KFC, Starbucks, Baskin Robbins malah kedai Bakso pun ada. Kalau teringin tak da masalah. Tapi Misz-ella tak jenguk pun kedai-kedai camtu sebab makanan Arab sangat sedap. Terima Kasih Datuk Radzi dan AM Berkat Travel & Tours kerana bawak kami explore tempat makan best-best di sana. 
  • Sebaik sahaja dah berniat nak pergi Umrah, dah boleh mula buat solat taubat, solat-solat sunat dan sebagainya dari Malaysia lagi dan mula lah kuatkan minda agar kita tak terkejut dan melatah sekiranya kita diuji oleh Allah SWT di sana dan redha dengan setiap ujianNya.

Akhir sekali, Misz-ella nak kongsikan yang paling penting adalah memilih agensi yang berkaliber, yang bertanggungjawab, yang mengambilberat kebajikan jemaahnya. 

Bersama salah seorang anak autisme sebaik selesai Umrah

Masa trip Umrah saya yang lalu, AM Berkat Travel & Tours bawa 4 orang budak autisme, Alhamdulillah mereka dijaga dengan baik dan dapat mengerjakan Umrah dengan jayanya. Ada beberapa warga emas yang berkerusi roda. Ada jemaah yang jatuh sakit hingga perlukan khidmat memanggil doktor ke bilik hotel .. mereka semua ditangani dengan baik.

Pakej umrah AM Berkat Travel & Tours juga adalah istimewa dan berbeza dari pakej umrah agensi-agensi lain kerana :-

1) ianya boleh di D.I.Y. (customised) mengikut kehendak pelanggan, sebab itulah kami dapat keluar pada malam hari iaitu sebaik selesai menjalankan semua ibadah dan kami dapat lawati tempat-tempat yang agensi-agensi lain tak tawarkan dan off course harga pun berbeza antara satu sama lain, dah nama pun ikut kehendak masing-masing, kan. Kalau you all ada special request seperti mau naik GMC bagi perjalanan dari Madinah ke Mekah, mau ke tempat bersejarah Al-Ula, mau keluar jalan-jalan pada waktu malam, mau bilik menghadap Kaabah, mau hotel 5-6 bintang yang siap ada butler service, mau seorang Mutawwif khas untuk you all sahaja .. semuanya boleh diatur oleh pihak AM Berkat Travel & Tours.
2) Kumpulan jemaah adalah kecil. Biasanya lebih kurang 40 orang sahaja kerana pihak AM Berkat Travel & Tours sangat mementingkan kualiti servis. Ada personal touch.
3)  Insuran perlindungan boleh diuruskan dengan caj tambahan. Ini bukanlah insuran berkelompok tetapi satu sijil perlindungan khas akan dikeluarkan atas nama individu tersebut. Ini agak penting jugak sebab sekiranya berlaku kecemasan seperti kita sakit di negara Arab dan perlu masuk hospital, sekurang-kurangnya perlindungan insuran dah ada. Tak perlu risau tentang bill hospital yang sangat tinggi.

OK pembaca kesayangan semua. Misz-ella dah habis kongsikan pengalaman menunaikan umrah dan berkongsi tips-tips umrah dengan you all semua. Sesungguhnya pengalaman Misz-ella menjadi tetamu Allah buat pertama kali sangat indah. Syukur Alhamdulillah. 

Saya akhiri blog post ini dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat baik secara langsung atau tidak dalam menjayakan umrah saya ini ~ Datuk Radzi dari AM Berkat Travel & Tours Sdn Bhd yang menjaga kebajikan saya di sana, Roommate saya Datin Hajjah Hamidah Hak yang banyak membantu memberi tunjuk ajar dan membimbing saya seperti seorang kakak membimbing adiknya *i m so touched with your kindness, kak Midah*, Kawan baik saya Puan Sri To' Puan Datuk Dr. Shariffa Sabrina Syed Akil, Puan Sri Faridah Idris, Datuk Hajjah Fatimah, Datuk Hajjah Rozzana, Kak Laila Johari, Nora Aspadalela, Yana Halim, Kak Putri, my mom, sisters and all family members dan kawan-kawan lain yang mungkin saya lupa sebutkan nama di sini. Terima kasih banyak-banyak kerana bagi tips dan bermacam lagi support untuk saya.

Kalau you all ada sebarang pertanyaan tentang umrah, boleh hubungi AM Berkat Travel & Tours di no telefon 017-753 9106 atau ikuti Instagram AM Berkat Travel & Tours di sini. Atau kalau you all nak mintak tolong Misz-ella pun boleh .. Misz-ella kan sayang blog readers semua, kan .. contact Misz-ella di 016-6223138 ye. 

OK Blog post tentang Umrah dah habis. Lepas ni blog ni akan kembali diwarnai dengan pelbagai cerita *macam-macam sharing* ada. Terima Kasih baca ye. Bye.





Umrah 2019 - Ziarah luar Mekah, Nasi unta, Tahlil di Muzdalifah, Kedai jus buah segar, Bukit Khadama

Assalamualaikum lovely readers,


Misz-ella sambung kisah sepanjang mengerjakan umrah di Mekah. Mekah is a busy city. Di sini masing-masing sibuk mengejar ganjaran pahala. Semua mahu mengejar waktu untuk solat berjemaah di Masjidil Haram kerana ganjaran pahala solat di sini adalah 100,000 kali. Belum lagi pahala tawaf, umrah hatta melihat Kaabah. Dek kerana itu, Mekah menjadi kota yang sangat sibuk. Almaklumlah, para jemaah datang dari seluruh pelusuk dunia, mengeluarkan sejumlah wang, tenaga dan masa .. rugilah kalau tak rebut peluang beribadah sepuas-puasnya, kan.

Dalam itinerary agensi, ada satu hari para jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah. Antaranya ialah Jabal Rahmah, Mudzalifah, Arafah dan Mina.



Jabal Rahmah terletak kira-kira 22km dari Mekah. Jabal bermaksud bukit dan Rahmah bermaksud kasih sayang. Ia dinamakan Jabal Rahmah kerana disinilah Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas mereka diturunkan ke bumi. Pertemuan semula mereka adalah 400 tahun selepas diusir dari Syurga ke muka bumi. Buat mereka yang sedang menunggu jodoh yang belum tiba, tak kira apa pun umur anda, apa lah sangat penantian itu dibandingkan dengan penantian Adam dan Hawa selama 400 tahun? Sabar ye ...



Berhenti untuk selfie semasa mendaki Jabal Rahmah



Misz-ella daki bukit ni sorang-sorang. Tak terlalu tinggi dan tak susah pun mendakinya kerana ada banyak batu-batu besar. Di atas bukit ini ada sebuah tugu yang dibina sebagai tanda tempat pertemuan Adam dan Hawa. Dari atas bukit ini kita boleh nampak keseluruhan kawasan Arafah. Agak sibuk dan tak selesa keadaan di atas bukit ini. Sedari awal Ustaz Hariz dah pesan, jangan buat perkara yang bukan-bukan di atas tu seperti tulis nama atas batu, meratap menangis pada batu dan tugu. Ada orang jual barangan, ada juga yang bersolat menghadap tugu ini tapi seperti yang dipesan oleh Ustaz Haris kita tak digalakkan untuk berbuat demikian kerana dikhuatiri boleh merosakkan akidah. Jabal Rahmah dikatakan antara tempat mustajab untuk berdoa. Bukan doa untuk dapat jodoh je tau tapi doa lah apa sahaja yang baik untuk diri kita mahupun orang-orang yang kita kenali. Khabarnya pada musim haji, bukit ini juga dipenuhi oleh jutaan manusia. 

Selepas itu kami melawat Arafah, Muzdalifah dan Mina tapi drive thru sahaja. Di sini, mutawif kami yang baik hati iaitu Ustaz Hariz menerangkan tentang betapa tempat ini dibanjiri oleh jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia pada musim haji kerana di bumi suci Arafah inilah para jemaah haji akan berwukuf. Ibadah haji bermula di sini iaitu wukuf di Arafah. Wukuf merupakan rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji sia-sia kerana Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah). 

Arafah antara hari yang dimuliakan oleh Allah SWT kerana ketika hari itu semua jemaah berkumpul dalam keadaan khusyuk, mengabdikan diri kepada Allah SWT .. menadah tangan berdoa agar dosa diampunkan dan segala amalan baik mereka diterima Allah SWT. Bergenang airmata Misz-ella mendengar perkongsian Ustaz Hariz ini. Dalam hati berdoa *moga aku dapat menunaikan Haji satu hari nanti*

Selepas Arafah kami melawat kawasan Muzdalifah - satu daerah terbuka diantara Mekah dan Mina dimana di sini para jemaah Haji akan singgah dan bermalam. Ini merupakan salah satu dari jejak baginda Rasulullah di mana baginda juga bermalam di sini hingga lah ke Subuh. Para jemaah haji akan  mabit (bermalam) di Muzdalifah dan akan berangkat menuju ke Mina selepas solat Subuh. Di Muzdalifah juga, para jemaah akan mengutip batu kerikil untuk melontar di jamrah.



Imej oleh google


Selepas itu kami meninjau kawasan Mina. Kat Mina ni ada banyak khemah putih yang merupakan tempat tinggal jemaah haji sepanjang tempoh melontar. Bila semua ibadah melontar telah disempurnakan, barulah para jemaah akan meninggalkan Mina menuju kota Mekah untuk menyempurnakan ibadah haji seterusnya iaitu Tawaf dan saie. Ya Allah bila berada di sini, mendengar perkongsian oleh Ustaz Hariz dan Datuk Radzi, berkobar-kobar  dan bersemangat rasa nak menunaikan Haji. Terus berdoa agar satu hari nanti saya dijemput untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima ini. Amin.

Semua aktiviti ziarah luar di Mekah bermula pada awal pagi (selepas sarapan) dan berakhir sebelum Zohor. 

Selepas berakhir aktiviti ziarah kami singgah ke Masjid Ja'ranah untuk miqat bagi menunaikan umrah yang ke dua. Jemaah umrah lelaki bawa kain ihram siap-siap manakala dan bersiap di Masjid Ja'ranah. Misz-ella turut ambil peluang ini untuk bermiqat di sini.



MAKAN NASI UNTA DI AZZIZIYAH





Kalau berada di Mekah, jangan lupa cuba Nasi unta *off course you have to try the local food, kan* Salah satu kedai Nasi unta yang terkenal di sini ialah Kabsa Haashi atau dalam bahasa Melayunya adalah Nasi daging anak unta yang terletak di Aziziyah. Pihak AM Berkat Travel & Tours jemput semua jemaah untuk lunch nasi unta dekat Whatsapp group Siapa yang nak makan nasi unta berkumpul di lobi ..



Tak ramai yang nak cuba .. mungkin dia orang tak free, mungkin dia orang tak berani nak cuba .. so 7 orang sahaja lah yang ber nasi unta pada hari itu *AM Berkat Travel & Tours belanja* Konsep makan di sini adalah bersila dan makan secara berjemaah. 


Misz-ella dan Kak Nani posing dulu sebelum makan nasi unta


Nasinya sedap, ada sambal dan yang warna kuning tu adalah sup. Lepas tu kita boleh mintak cili hijau rangup, makan dengan nasi tu. Daging unta sangat lembut .. Sedapnya! Tiba-tiba rindu semua yang indah di bumi suci Mekah ini ..

MAJLIS TAHLIL DI MUZDALIFAH


Satu lagi aktiviti menarik kami adalah majlis tahlil dan tazkirah yang diadakan di padang Muzdalifah anjuran pihak AM Berkat Travel & Tours. 

Kami semua berkumpul di majlis ilmu ini .. dipimpin oleh Imam Sharif yang merupakan imam salah sebuah masjid di Tanah Haram Mekah. Imam Sharif boleh berbahasa Melayu, agak petah, peramah dan fasih jugak bahasa Melayu dia.

Masjlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, solat Maghrib berjemaah dan kuliah khas dari Imam Sharif.

Seronok beramai-ramaian di padang Muzdalifah ni - dari langit cerah hinggalah langit bertukar gelap.


Kami solat Maghrib, mendengar tazkirah, bertahlil, solat Ishak dan majlis ilmu ini diakhiri dengan jamuan makan malam - semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan AM Berkat Travel & Tours. Tiada bayaran khusus dikenakan kepada jemaah untuk aktiviti ini. Segalanya sudah diuruskan oleh pihak AM Berkat Travel & Tours ~ bas, ustaz (Imam Sharif), katering untuk makan dan minum .. ada juga para jemaah yang menyumbang .. seikhlas hati.

KEDAI JUS BUAH SEGAR DI MEKAH


Selepas berakhirnya masjlis tazkirah dan tahlil tersebut, kami bersiar-siar di kota suci Mekah, menghayati keindahan malam di sini. Di Mekah ni ada satu kedai menjual jus segar. Teruja gila bila masuk ke kedai ini sebab decoration nya dibuat oleh buah-buahan segar bukan buah plastik ye.




Tengok tu .. Disebabkan teruja, kami pun bergambar. Tengok lah gambar ni .. pipi Misz-ella dah semakin gebu. Barakahnya bumi suci Mekah dan Madinah ini, selera makan sentiasa ada, hati sentiasa tenang dan bahagia sehinggakan pulang ke Malaysia, berat badan saya naik berkilo-kilo *saya redha*

Menunggu jus buah ..

Tadaaaaa .. jus buah delima dan mangga dah siap

Aidil dan isterinya, Zainab (paling kiri). Kedua-dua mereka fasih berbahasa Arab 

Selepas itu, Aidil (sahabat Datuk Radzi) yang menetap di Mekah bawak kami ke pasar borong buah, Mekah. Pasar Borong di Mekah agak sistematik .. ada lot-lot bangunan untuk ikan sahaja, sayur sahaja dan barangan kering sahaja. 



Harga buah-buahan di sini adalah sangat murah dan pelbagai jenis buah ada. Keadaan pasar borong buah juga adalah sangat tenang dan bersih. Kalau buah kurma di pasar, di bazaar dan di ladang kurma dibiarkan terdedah tidak ditutup, di sini kurma ditutup rapi. Harga kurma di sini pun tak mahal kerana dijual harga borong. Hummmm .. lain kali Misz-ella nak beli kurma di sini je lah. Lebih bersih, lebih murah dan lebih banyak pilihan plus you all boleh rasa semua buah-buahan di sini sebelum buat pembelian. Kalau you all suka buah delima, boleh beli di sini juga. Manis sangat delima kat sini.


MALAM DI BUKIT KHADAMAH, MEKAH

Selepas itu, kami ke Bukit Khadamah. Dari Malaysia lagi, Misz-ella dah tau tentang kewujudan bukit ini dah keindahan bandar Mekah pada waktu malam yang boleh dilihat dari puncak bukit ini. Subhanallah .. cantiknya Mekah the city of lights .. bandar suci yang telah menerangi hati dan hidup kami selama 5 hari di sini, yang telah memberi ketenangan tiada tandingan walau dimana kita berada di muka bumi ini *sobs*



Di sini kami berdoa ... Moga kami dijemput ke sini lagi. In Sha Allah. Amin.

Sesujurnya, pengalaman kami semasa menunaikan umrah sangat indah, dapat buat umrah berkali-kali, dapat buat tawaf sunat, bertazkirah dan tahlil di Muzdalifah, kami juga berpeluang melihat cara hidup rakyat tempatan dan explore tempat-tempat yang jarang dilawati oleh orang lain. Kami juga menginap di suite mewah di Raffles Makkah Palace Hotel, dijamu makanan yang sedap-sedap .. *sampai Misz-ella naik berat badan .. hehe* Buat Misz-ella sendiri, saya percaya yang ini semua sudah tertuliskan direzekikan buat kami semua kerana Kun Fa Ya Kun itu milik Allah .. Kalau Dia sudah berkehendak, maka Jadilah. Terima kasih Datuk Radzi dan AM Berkat Travel & Tours kerana pengalaman ini. 

OK Misz-ella dah habis berkongsi tapi ini bukanlah blog post terakhir Misz-ella kerana akan ada satu lagi blog post khas untuk trip Umrah 2019 ini. You all tunggu, k .. Misz-ella akan upload secepat mungkin. Terima Kasih baca perkongsian saya. Bye.