Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang dimana you all boleh makan 'seafood' yang mewah, sedap dan berkualiti di sekitar Lembah Klang ini.
Baru-baru ini Misz-ella telah ke Ombak Kitchen, Bangsar bersama rakan-rakan bertaraf 'kesayangan' untuk menjamu selera dengan seafood.
Ombak Kitchen, yang terkenal dengan tagline pakai tangan jer terletak di Persiaran Ara, Bangsar, Kuala Lumpur. Ehemmmm .. pakai tangan jer katanya .. sounds cathcy and fun, kan.
Saya suka suasana dalam restoran yang sangat bersih, tenang dan dilengkapkan dengan hiasan-hiasan berciri ala-ala lautan ataupun 'marine'
Selain dari restoran di Bangsar, Ombak Kitchen turut mempunyai satu lagi cawangan iaitu di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan seafood-seafood premium yang ditawarkan di sini - Alaskan Crab, Canadian Lobster, Rock Lobster, Giant Lobster, XL Prawn, Snow Crab, Live Crab dan bermacam lagi .. dan kami pun terus teruja apabila melihat seafood-seafood bertaraf premium ni. Tak sabar nak makan ....
Cara-cara membuat pesanan di Ombak Kitchen adalah :-
- Pilih pakej Combo yang serba lengkap atau boleh juga kita order secara A-La-Carte.
- Pilih Sos yang dikehendaki - Di Ombak Kitchen, terdapat 6 jenis sos yang boleh dipilih sebagai pelengkap seafood anda
- Pilih tahap kepedasan - nak pedas berapi, nak biasa-biasa aje atau nak sederhana pedas?
Jangan bimbang sekiranya ada di antara geng makan anda alah atau allergik pada seafood ... mereka masih boleh ber enjoy di sini kerana di Ombak Kitchen, juga ada menu lain seperti Home made beef ball with honey BBQ sauce, Spicy korean honey BBQ wing, dan lain-lain lagi. Nak tengok apa we all order tak?
Seafood with Signature Ombak Spicy Cajun sauce. OhMyGodddd .. belum makan dah terliur dengan aromanya ...
Dan bila dah try, seriously i love the sauce! ditambah pula dengan kesegaran seafood nya, nicely cooked, tak overcooked dan masih segar, masih manis semulajadi meskipun sudah dimasak dan apabila dimakan bersama Spicy Cajun Sauce yang merupakan sos signature Ombak Kitchen .. Ohlalala .. sangat menepati citarasa saya dan rakan-rakan.
Kami juga cuba Seafood with ButterMilk Curry Sauce. Ummmm .. yang ni pun sedap, lemak-lemak semulajadi rasa sos ni. Sesuai untuk mereka yang tidak suka pedas ataupun kanak-kanak.
Selain dari itu, kami turut cuba Canadian Lobster yang dimasak Thermidor Style. This is sooooo good .. i love the herbs aroma which compliments the cheese. Sungguh lemak berkrim .. melt! melt! .. my heart melt like how the cheese melted in my mouth .. sedap gila!
We ended our meal with Ombak Kitchen Signature Art of Dessert yang disediakan secara LIVE di meja kami. Pemanis mulut yang bertemakan hidupan laut ini adalah terdiri dari buah-buahan segar terpilih, mashmallow dan mantou yang dicicah dengan pelbagai jenis sos iaitu sos coklat, sos raspberry, sos blueberry, sos passion fruit dan disertakan dengan kekacang. Bila nak makan, kita cicah dengan sos-sos tu. So sweet and cute, kan.
Selain dari hidangan-hidangan seperti di atas, Ombak Kitchen turut menyediakan set meal individu untuk pelanggan yang datang berseorangan atau dalam kumpulan yang kecil.
Buat mereka yang ingin berkunjung ke Ombak Kitchen, Bangsar maklumatnya adalah seperti di bawah. Istimewa buat pembaca misz-ella.blogspot.com, jangan lupa mention promo code :- ELLAXOMBAKKITCHEN dan dapatkan diskaun 10% (untuk pakej combo sahaja).
So apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita bersantai sambil menikmati seafood mewah di Ombak Kitchen, Bangsar, Kuala Lumpur.
So apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita bersantai sambil menikmati seafood mewah di Ombak Kitchen, Bangsar, Kuala Lumpur.
Ombak Kitchen
12, Lorong Ara Kiri 2
Bangsar
59100 Kuala Lumpur
Telefon :- 010-216 5946
Website :-
Instagram :-
Facebook :-
1 comments:
memang viral habis menu ombak kitchen ni ^_^
Post a Comment