Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cameron Highland Kami Datang

Hari Sabtu hujung minggu, i ada dua jemputan kenduri. Dua-duanya saudara.  Sayangnya dua-dua hanya mampu ku pandang sahaja kerana komitmen kerja. Bosan kerja hari Sabtu, kan. Sampai rumah pun dah pukul 2:30 nak berkenduri kendara ke bendanya? Satu kenduri kat Seri Iskandar, satu lagi kat Putrajaya. Eh korang yang seronok berkenduri kendara itu .. sila la kirim gambar buat tatapan mataku. Udah lah tak dapat pegi.

Lepas kenduri di Seri Iskandar, my family members decided to overnight at Cameron Highland. Baiklah kekanda-adinda-bonda-ayahanda.  Anakanda Misz-ella mengikut sahaja tapi korang gerak la dulu ye. I akan jadi orang terakhir jejak kaki ke sana sebab sebelum tu kena kerja. Sobsss *sedih*

Dalam perjalanan ke Cameron Highland.  First Abah Aiman not sure whether he is in the plan also because of the work commitment. Last minute dia cakap OK I pegi. WaWaWa .. tak tercapai hasrat hati nak cuba drive sendiri memanjat Gunung yang tinggi.

One thing surprised me about CH kali ini *i dah 5 kali gi CH* is the traffic jem yang teruk lagi menggeramkan. Dari Kea Farm ke Brinchang took us almost 2 hours. Jem tak bergerak till my asben hilang sabar dan ambik lane bertentangan. Sekali bertembung kereta lain, haa .. ambik kau .. kecut perut den. Hahaha .. what an experienced.

Lepas solat Maghrib dan makan Nasi Kenduri *dah tak kempunan dah. Haha* kami ramai-ramai jalan kaki ke Pasar Malam Brinchang.

We are Cousins. Comelnya Anak-anakku. Meh nak cium sorang-sorang meh. Muahhh. *Hugs and kisses*

Siap sedia untuk membeli belah. Chewahhhhh .. macam shopping kat London!! Hahaha. Suka tak Sweater cum Shawl Misz-ella tu? Cantekkan? Siap ada bola berbulu. Misz-ella beli kat Jakarta dulu-dulu.  Kat Malaysia ada tapi mahal. By the way, cuaca di CH tersangatlah sejuk di waktu malam. Udah 4 lapis baju masih kedinginan kitorang. 

Cokodok Labu dan Keledek adalah wajib dicari oleh Misz-ella kalau ke CH. Sedap korang. Sedap sangat-sangat-sangat. Berketul-ketul Misz-ella ngap. Hmmmm .. sedaplah. *tetiba rasa nak lagi*


Brocolli Tempura, Bean Tempura, Cendawan Bola Tempura dan Enoki Tempura.
Pasar Malam Brinchang memang Food Heaven lah!!

Malam ni kita Ratu Sayur. Misz-ella borong Sawi Jepun feveret 3 ikat. KY ajak share ... I said dont want .. not enuff for me. Bukanlah greedy tapi i memang Ratu Sayur berwarna Hijau ini. Rebus gitu je dan masukkan seketul your feveret Kiub. Hmmmm .. sedap. Manis oooo .. Sawi Jepung tu.


Feveret spot. Tapi memandangkan memang dah bawak dari rumah .. hanya jeling-jeling sahaja nampaknya.  Ada yang Misz-ella mau tapi tu sume nafsu.  So kita pandang-pandang jeling-jeling la sahaja ye.

Alalalala .. lupa nak beli coklat Kiwi, Apple dan Green Tea ni. 
Darlingsssss .. Jom pegi lagi. 

We bought Honey Comb from Abe Kelate nih. Kelakar gila Abe ni. Dok senyum dan gelak dengan lawak jenaka dia. Dia kata ... Habis Madu Sepah Dibuang. Kenapa? Tak boleh makan ke sepah tu? Pe salahnya makan kan? Boleh makan tapi tak sedaplah ~ Dia jawab. Owh OK. Makanya Misz-ella kunyah-kunyah dan habis madu .. sepahnya ku buang. Memang tak sedap. Tak da rasa you.

Lagi feveret Misz-ella but since i have a few almost the same design which i bought at Jakarta and Bandung, maka Misz-ella buat-buat tak heran *dalam hati sebenarnya Nakkkk* Apa pun, Misz-ella berjaya control nafsu. Yeayyy!!


Yang ni Rabbit suka kot sebab dia makan dengan dedaunan nya sekali. Hihi.

Misz-ella peminat keledek. Yang cenonit dalam plastik tu i beli 2 packs = RM5. Asso tu cakap .. u stim sama itu kulit.  Itu kulit pun boleh makan la Amoi. Yeayyyy!!! Senang kojo!!

Dah penat membeli belah kita minum Hot Chocolate ramai-ramai.
Perghhhhh .. tak dan nak tiup dah sejuk Hot Chocolate kitorang. 

With Aliff Hakeem my anak buah. He just scored 5A's in his UPSR. Tahniah Hakeem. I love Hakeem cute and cheeky's character. Muka kitorang sama, kan. Comel kan kita? Ada macam Adik-Akak tak? KahKahKah .. tak habis-habis perasan!!

Budak-budak beli Sarung tangan tengkorak. Yg mak budak ni pun teringinnn jugak. Pinjam Hakeem .. nak cuba pakai. *tak sedo dah 40an* Hihihi.

Lepas makan, kita jalan kaki panjat bukit balik rumah.  Diaorang jalan-jalan .. Misz-ella lari-lari anak exercise. Tak berpeluh pun lari dalam kabus sejuk tu ella oiii. Hihihi. I love the area we stayed ~ Crown Imperial Court Apartment @ Brinchang. 3 rooms apartment with 2 bathrooms fully furnished siap dengan cooking gas and microwave. Cukup selesa untuk kami 14 orang. Tapi kannn .. ada la benda yang Misz-ella tak berapa suka iaitu cleanliness and lack of parking. Sekadar 2H/1M .. ok la. Kalau lama-lama .. harus stress gue. Hihi. OK lah. Nanti kita sambung cerita lagi ye. Bye korang. Mekaseh baca.

19 comments:

Kakcik Seroja said...

Tengok gambo, macam kat negeri sejuk je... :)

Btw... Dah tahu tak nak buat SP tu? :)

Kakcik Seroja said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

bestnye.. sana sejuk ke skg ? mgu depan cikdaz 1 fmly nk kesana ..tido 1 mlm . tak sabar nk tggu mggu depan .. terliur tgk labu tuuu ...

Puan Eka said...

teringin nak makan tempura sayur2 yang banyak2 tu..arghhhh

kakngah said...

KC, kakngahkalo nik cameron mmg cari brokoli gorem tepung itu. sedap dowh! kali terakhir naik cameron tahun 2008. lama giler...

Anonymous said...

tgk gambar kc, cantiknya kulit kc skrg, jelesnya lah, mesti kalau tgk real lg lawa kan

tina dah 2x pergi ch tapi tak penah tau pun ada jual cekodok tu, ingat nanti nak pergi nak cariklah, cuma tulah yg tak tahan ch ni jam terukkkkk lah sangat

yg tak jam time ktorg pergi time cuti raya tahun lepas, sebab semua pun tgh raya kan, jadi takde lah teruk sangat jam nya

aDisH.sHidA said...

KC shida kempunan nak makan asparagus tempura...pegi aritu xde..sabar je la..beria2 nak makan..beli yg fresh nak balik buat sendiri last2 x buat pun...buang mcm tu je..sabo je la kan

masa tengok gmbar KC kat Fb ingatkan g oversea..hehehe..upa2nya CH je

el said...

comelnyer cokodok labu ngan keledek tu xnah lg mkn bila smpi CH..nti nak try lah huhuhu

Kniedaz said...

lama tak ke CH..selalu sangat kalau dengar kawan2 g CH sekarang memanjang jam..huhuhu...kalau bawa anak2 kecil macam saya harus tension dalam kereta

Azian Elias said...

ni pun another place yg akak teringin nak bawak my parents. my mommi tu teringin nak pegi..INSYALLAH...best gak apartment tu ekk..

♥MAMASYAZA♥ said...

sronoknye dpt beli byk sayo kat sanakan. best

AJ said...

Baru balik dari Cameron Highlands weekend lepas..gilerr jemm...

Hanis Azla said...

wah.. bestnya bila bercuti ramai2.. dah lama tak ke CH.. baca entry KC ni terus rasa teringin sgt..

Sukma said...

tak pernah pergi CH lagi...bila nak pergi tak tau ler...
tentu bestkan dear.....hu hu hu...tengok gambar jer ....

JunAina said...

Bila le nak sampai asik2 tengok org je pergi udah lupa bila kali terakhir gi sana yg pasti masa masih anak dara, sekarng dah jadi mak dara you...

Suria Amanda said...

40an????x nampak lor....

Anonymous said...

wah bstnyer kak cik

Ztee_Azwanis said...

mmg syok lah g CH musim2 gni.. tejokkkkk... cute je kan carrot utk rabbit tu.. hihi trus tbayang bugs bunny :))

Anonymous said...

sekali sekali gi ok..taklah teringin nak gi selalu kak chik..tak tahan dengan kesesakan kat situ