Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kawan Saya Kawin lah ..

Dalam ramai-ramai yang kawin .. terselit sorang kawan.  Alahaiii .. lawanya kau jadi Pengantin, Mala.  Sedapnya lauk kenduri sampai malam akak teringat-ingat. Nyesal tadi tak makan banyak. Haha.

Hari ini .. Misz-ella pakai Baju biru yang baru. Hari ni i 'berduet' dengan Aiman sahaja because jemputan kenduri terlalu banyak so u pegi Kenduri kawan you yang kat Subang Jaya dengan Cheras tu .. i pegi Kenduri Kawan i kat Menjalara ni je. OK la tu berbahagi-bahagi camni, kan ..


My Fren said i look 'garang' bila mekap. Laaaa .. ingatkan lawa dah..garang rupanya ye. Haha.

Pengantin Perempuan Ofismet Misz-ella. Lawa kan dia.

Lepas tu, dua orang adik manis datang meneman kitorang berdua. Manja budak berdua ni .. dah sampai Dewan terus kolling-kolling .. Kak Ella meh la kat Parking ni tengok kitorang. Alaaa .. manjanya ekau. Sib baik Kak Ella ni rajin melayan tauuu ..

Lepas tu, Jue Jue ajak ambik gambar kat Pintu Gerbang. OK. Jomlah. Misz-ella OK je mana-mana.  I suka la 'enviroment' Kenduri My Offismate ni.  Dewan luas .. suasana tak sesak .. ada muzik-muzik tapi tak bingit telinga.  Yang paling best .. makanan yang disediakan pihak Caterer memang SUPERB!! Ayam Merah, Daging Hitam, Acar mentah berbijan, Dalca, Ayam Goreng, Lemak Nenas Cili Padi + Ikan Masin, Bubur Jagung, Kueh Mueh, Air Oren dan Teh Tarik. Perghhh .. sampai malam Misz-ella teringat. BTW, Selamat Pengantin Baru Mala.  Selamat Melayari Alam Rumahtangga yang "macam-macam ada". Sabar, Tolak Ansur, Kerjasama, Memberi dan Menerima .. semuanya adalah Kunci kepada Rumahtangga Bahagia. Nanti kalau dah jadi Mak .. jangan membebel Dik. Kuat membebel nanti cepat tua. Tak percaya? Cuba la membebel kat anak dan laki tu selalu .. confirm keduts rebut-rebut nak keluar.  Ehh .. OK lah. Got to go. Tq baca Entry Kawin Kawan Misz-ella berserta dengan Tips rumahtangga ni ye. Bye.

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Esok pun ada jemputan kahwin... Tak tahulah dapat pergi atau tidak....

Ita Rossi said...

Cutenya kau Ella! Mesti orangnya kecik molek ni.

Unknown said...

mana ada garang kak..manis je akak senyum..

kurang suka bila majlis kahwin tu muziknya bingit..bukan aje mengganggu kejiranan.. tapi nak makan pun rasa sakit telinga.. lagi la sejak ada anak kecik ni kan..

Axie04 said...

musim kenduri, sampai bila la nak abis

Unknown said...

amboi...lawa mata..:P

Ratu Hatiku said...

Cantik berbaju peplum biru tu.. nmpk manis :D

Kniedaz said...

cantik la kakchik pakai baju biru tu...(hari lain pun saya pasti kakchik cantik juga... ^_^ )

azieazah said...

Tu ker fesyen yg disebut Pe-plum tu? Lawa nyaaaa