Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Happy Birthday Aiman





Happy Birthday Aiman ~ Semoga Allah SWT beri Aiman kesihatan yang baik agar dapat beribadah kepadaNya dan berbakti kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah SWT tetapkan hati dan pendirian Aiman agar sentiasa berada di landasan yang betul. Semoga Allah SWT perluaskan lorong-lorong sempit dan memberi cahaya di saat kegelapan hidup Aiman. Semoga Allah SWT beri Aiman ketenangan hati dan kelapangan masa. Semoga Allah SWT murahkan rezeki Aiman. Amin.

Birthday cake courtesy of Aizan from Renaissance Hotel. Thank you kakak yang baik hati. 



Terima Kasih Qis kerana sudi datang dan raikan harijadi Aiman bersama-sama. Ingatlah Aiman bahawa Allah SWT beri rezeki dengan berbagai cara - sahabat yang baik itu rezeki, kasih sayang yang melimpah ruah itu rezeki, kelapangan masa dan ketenangan hati itu juga adalah rezeki. Hargai orang yang menyayangi kita, yang sentiasa berada disamping kita saat susah dan senang. Sentiasa lah bersyukur dengan apa yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. 




Thank you Qis!


Masih segar di ingatan saat bertarung nyawa melahirkan Aiman 22 tahun yang lalu. Takkan Mama lupa segala susah payah yang telah kita lalui bersama. 



Makan malam bersama kawan-kawan riang ria penghibur hati. Thank you. Kawan yang baik itu rezeki. I love you all!

We started and ended Aiman's birthday with love. Everything were unplan tetapi kalau dah Allah SWT tulis dah jodoh kita bersama, maka jumpa lah kita, kan. Life is always great! Alhamdulillah.





0 comments: