Hari Raya Aidil Adha 2018 dah pun berlalu, tapi tetap nak tulis entry ni buat kenangan hari tua. Rasanya tahun ni hari raya Aidil Adha yang paling simple buat Misz-ella ..
Saya tak masak .. sebab diaorang tak bagi saya masak
Saya recycle jer baju yang ada .. Haha .. biasa la tu, kan
Saya tak balik kampung. Haha ... tu pun biasa jugak
Kita berdua je lah bergambar. Yang lain-lain tu tak sempat nak difotokan ..
Muka comot selepas seharian berpenat-penatan ke sana sini. Dapatlah Misz-ella ke 3 buah rumah masa Hari raya Aidil Adha tu ~ rumah kawan saya Puan Sri Sabrina dan Tan Sri Syed Yusuf, villa Nizam di Shah Alam dan rumah mama. Satu keping gambar pun tak ambik sebab minda kita macam-macam ada ~ sambil raya sambil bincang something serious. Kat rumah mama je dapat bersantai sikit ..
Jom kita cerita tentang pengorbanan. I m sure in your life, you did sacrifice. Kalau nak cerita tentang pengorbanan Misz-ella, hummm .. sampai esok pun tak habis .. korang confirm boring tak larat nak dengar. Korban masa, korban tenaga, korban perasaan *ohh sedih ..* dan bermacam lagi. Mungkin Allah SWT jadikan Misz-ella ni seperti lilin kot, kena korbankan diri untuk beri cahaya kepada orang lain. Banyak kali lah kena korbankan diri. Bukan senang nak pujuk hati, bukan senang nak keluar dari kesedihan tapi tak pe lah ... saya redha. Bila redha, Allah balas. Misz-ella dah rasa kasih sayang Allah SWT. Ada satu masa tu, saat dilanda dugaan ... Hanya pada Dia Misz-ella berserah. Tak da seorang manusia pun yang tahu betapa gundahnya hati *sebab saya bukan jenis yang suka cerita pada orang*, betapa sedihnya perasaan .. bayangkan kau sampai terduduk, sukar untuk bangkit dan melangkah masa tu hanya ada aku dan Dia. Tak da siapa-siapa. Hanya mampu pasrah dan berserah. Misz-ella baca surah Al-Fatihah berulang kali .. minda kosong .. fikiran melayang entah ke mana .. sampai hari ini Misz-ella taktau bagaimana ia terjadi, bagai ada tangan lain yang memimpin dan menunjuk jalan yang benar. Kuasa Allah SWT, memang tak tercapai dek akal manusia. Peristiwa itu buat Misz-ella sedar bahawa Allah itu maha adil dan sayang kita semua. Walaubagaimana buruk pun kau di mata manusia, Allah ada pita pengukur dia sendiri dan itu adalah hak mutlak Dia.
OK lah tak nak kongsi banyak sangat dengan pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Kesian korang kena baca Kisah Benar yang mungkin dongeng di mata hati sesetengah manusia. Hati dan mulut manusia ni bukan semua sama. Tapi tak pe, yang perlu kita jaga adalah hati dan mulut kita, kerana di situlah punca segala dosa. Teringat pesanan seorang kawan .. Jaga hati. Jaga mulut. Jangan sakitkan hati orang kerana kita tak tau apa yang dia adukan kepada Allah *baiklah, TQ sahabatku atas nasihat*
Ustaz dulu pernah cakap, Berdosa pada Allah lain, berdosa pada manusia lain. Ustaz kata nanti di akhirat, masa kita mintak ampun sebab dosa kita sakitkan hati orang, Allah kata pergi cari orang yang kamu sakitkan itu, minta ampun pada dia dulu. Tapi sebenarnya, buat sesiapa yang pernah menyakiti hati Misz-ella, aku dah maafkan. Aku manusia biasakan, mestilah sedih tapi aku sedih sekejap, aku muhasabah .. lepas tu aku move on .. aku disconnect benda-benda tu dari hati aku kerana tak nak simpan titik hitam dalam hati. Lepaskanlah. Let It Go. Jangan simpan sebab kita tak nak orang tu susah kerana kita dan kita pun tak nak hati kita berbintik hitam kerana sakit hati pada dia. Terus terang cakap ye .. salah satu rezeki dan nikmat Allah bagi kat kita ialah bila kita tenang dan bila kita tak rasa sakit hati pada orang. Amazing feeling .. money can't buy.
Alahai .. panjang pulak aku membebel. Sebenarnya aku banyak kerja. Ada bakal client mintak proposal, aku belum buat *hehe*. Ada email nak kena balas, aku tak buat aku pi borak pulak dengan korang kat sini *hehe* OkBye. Terima kasih datang baca perkongsian yang tak seberapa ni. Yang mana baik, terima lah. Kalau rasa tak baik, ignore je . Jangan lupa jaga hati ok .... Allah bagi hati satu je, tak da spare part. Life easy friend, dont make it complicated. ByeBye.
0 comments:
Post a Comment