Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak berborak dengan you all semua tentang persahabatan. Baru-baru ini Misz-ella berkongsi cerita dengan kawan A. Dia kata Misz-ella bertuah kerana ada kawan-kawan yang 'betul-betul kawan', bukan kawan hanya di hadapan tapi di belakang kita dia 'lawan'.
Dia kata Misz-ella bertuah kerana Misz-ella masih ada kawan yang Misz-ella kenali dari umur 7 tahun lagi. Sampai sekarang, di umur 40an, kami masih berjumpa, masih ber whatsapp, masih mesra nak pulak bila terkenangkan zaman persekolahan kami dahulu.
Well, apa yang A katakan itu betul. Saya memang bertuah kerana memiliki kawan yang betul-betul kawan. Si Lin dan Sarina ni dah hampir 30 tahun Misz-ella berkawan. Dari zaman Misz-ella bujang sampai sekarang, Aiman pun dah nak masuk pertengahan 20an. Malah kitorang dah janji akan tetap berkawan sampai tua, sampai ke cucu dan sehingga ke akhir hayat.
Apa rahsia persahabatan kekal lama?
Terima kawan kita seadanya. Setiap dari kita punya kelebihan dan kekurangan kita sendiri, disitu lah kita saling melengkapi.
Mana-mana yang emosional, yang kecoh dan kalut lebih, kawan yang 'cool' akan 'comfort' kan.
Mana-mana yang tak pandai, kawan yang lebih pandai akan ajarkan.
Mana yang lemah, yang lebih kuat akan perkuatkan.
Mana yang tiada, yang 'ada' akan 'mengadakan'.
Hormat kawan kita sebagaimana kita hormat diri kita. Jaga perasaan kawan kita sebagaimana kita sayang hati dan perasaan kita.
Kalau kawan kita sedang marah, jangan kita tambah api kerana marah itu pada akhirnya akan menyakitkan diri kawan kita sendiri. Takkan kita nak makin sakitkan hati dia, kata kawan ...
Cuba redakan hati dia yang panas, supaya hati dia sejuk dan mendapat ketenangan yang dia perlukan. Supaya dia lebih ceria dan hati dia lebih bahagia. Kalau kawan kita bahagia, kita pun tumpang bahagia jugak, kan. Itu lah yang Misz-ella maksudkan bagaimana sebagai kawan, kita sepatutnya melengkapi satu sama lain. Terus terang cakap, Misz-ella sayang kawan-kawan Misz-ella, kalau boleh nak kawan-kawan Misz-ella sentiasa happy dan bahagia. Kalau ada kawan Misz-ella yang bersedih, Misz-ella tumpang sedih. Kalau ada kawan Misz-ella yang sedang gundah dan marah-marah, Misz-ella tumpang serba salah. Jom lah kita kembali tenangkan hati bersama dan senyum kerana ketenangan hati itu adalah rezeki dari Allah yang tinggi nilainya.
Ramai orang hati tak tenang - tengok tu menyampah, tengok ni benci padahal benda or perkara tu tak da kena mengena dengan kita pun. Memang susah kita nak bersihkan hati kita dengan rasa menyampah, benci, sakit hati dan kalau tak terkawal, ia akan merebak cepat dalam hati kita seumpama sel-sel kanser. Makin lama tengok hati kita makin menyampah, makin benci. Hitam terus hati kita. Kita manusia, kita tak sempurna. Misz-ella pun kadang-kadang ada rasa macam tu tapi lesson no. 1 ~ kawal.
Misz-ella biasanya akan elakkan dari dekat dengan perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati. Kalau i tak suka orang tu, i jarakkan diri dari dia. I tak ambil tau tentang dia.
Not because I hate him or her but because I love my heart. God gave us only one heart and one life. I do not want to hurt my heart with all negative feelings - hate, hatred, anger, annoying or menyampah...
Lastly, life is a beautiful ride. We decide the path we want to walk to. Want to walk your life carrying hatred, anger, menyampah or whatsoever ... or want to walk your life with loves, smile and a clean heart? Your choice, my dear friend. Whatever your decisions are, I respect you as I truly understand that we can't change people. We have to accept the person the way they are or if we can't .. stay away .. walk away. Life is simple. Do not make it complicated.