Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Buka Puasa 2017 - Tanah Aina Cafe (RM55/Adult/Pax) Only

Hello readers ..

Kalau you all sedang mencari lokasi untuk Berbuka puasa bersama teman dan keluarga di kawasan Shah Alam pada harga yang sangatlah berpatutan, Misz-ella nak cadangkan you all ke Tanah Aina Cafe.


Terletak di No. 1 & 2, Jalan Mesra 1, Taman Mesra, Batu 3, Hicom Glenmarie, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.



Misz-ella baru-baru ini telah ke Tanah Aina Cafe sekali lagi. Kali ini untuk berbuka puasa bersama teman dan keluarga.


Suasana di dalam Tanah Aina Cafe ~ bersih, tenang serta mendamaikan. Deco moden, elegant dan mewah. Yang penting sejuk mata memandang.



Kali pertama berbuka puasa di sini, teruja Misz-ella melihatkan juadah yang disusun kemas, rapi dan cantik. Aroma juadah sangat membuka selera. Tak sabar rasanya menunggu masa untuk berkumandang azan Maghrib.



Dan sebaik kedengaran laungan Azan Maghrib .. 



Nasi Beriyani di Tanah Aina Cafe sangat sedap. Semua tetamu puji malahan ramai yang cakap 'banyak saya ambik nasi beriyani tu tadi sebab sedap sangat .... '


Rendang Daging .. rasa sangat asli persis dimasak oleh ibu kita di rumah sendiri.


Kambing Beriyani ~ The lamb is so soft and juicy


Kuey Tiaw goreng ~ Misz-ella tambah dua kali sebab sedap yang teramat sangat *tehehehe* Selain dari itu, ada juga Mee Kari dan Aglio Olio Spagetthi



Garlic Bread - Untuk dimakan dengan Mushroom soup yang sangat sedap.



Pizza and Lasagna for buka puasa .. OhMy .. my Aiman melompat dalam hati keriangan. Pizza dan lasagna memang favourite dia ..


Cucur Udang ~ This is one of my favourite in Tanah Aina Cafe .. suka order Cucur Udang ni tiap kali ke sini.





Buah-buahan dan kuih muih Melayu buat pelengkap buka puasa kita hari itu ~ Kuih Nona Manis, kuih lapis, karipap, pelbagai kuih talam, kek lapis, popia basah, Sagu Gula Melaka, Kuih Cara Berlauk dan banyak lagi ..


Misz-ella nak jugak kongsi kan dengan you all yang kek Butter Marble ini sangat sedap. I memang peminat kek-kek old school ni .. this cake is moist and yummy!


Muka happy selepas Berbuka puasa di Tanah Aina Cafe. Tak sia-sia kita datang jauh-jauh, kan sebab makanan kat sini sangat sedap dan made our tummy happy 


So you all .. Misz-ella dah kongsikan pengalaman berbuka puasa di Tanah Aina Cafe. Buffetberbuka puasa di sini hanya berharga RM55/Dewasa sahaja dan RM40/Kanak-Kanak. The price is very pocket friendly, kan

Sila tempah tempat duduk anda dengan menghubungi no. telefon 03-5524 3258 dan jangan lupa LIKE Facebook Tanah Aina Cafe di sini. Ok Bye. Jumpa lagi di lain Entry. Terima kasih baca ye.




1 comments:

Chekgu Azrine said...

menarik sgt juadahnya ni kakcik..suka sngt yg western2 tuh...hahahaha