Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Vila Ghazara di Slot Akasia, TV3

Hello pembaca kesayangan,


Mulai 17 September 2018, drama bersiri berjudul Vila Ghazara akan mula mewarnai peminat-peminat drama tempatan melalui slot Akasia.



Vila Ghazara, adalah nama kepada teratak hasil gabungan nama pemiliknya, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). 

Vila Ghazara nampak gah dan indah di luarannya. Sayangnya para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.  

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Ini menyebabkan Dr. Ghaz menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya.

Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain.

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alisha yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alisha.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Arianna (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alisha di rumah. Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Vila Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Penuh konflik, Vila Ghazara adalah drama terbaharu terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd yang diarahkan oleh Feroz Kader manakala skrip oleh Zulkifli Ahmad & Norimy Omar.

Apakah kesudahan konflik keluarga ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan bertukar kepada cinta? 

Peminat-peminat drama Melayu tempatan, jangan lupa melekat di depan TV anda untuk menyaksikan Vila Ghazara yang membariskan nama-nama hebat seperti Mustapha Kamal, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Syed Aiman, Aidil Aziz, Haleeda, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Elly Mazlein, Tunku Hanis dan Zaryn Min.  

Setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, pukul 7:00 malam, hanya di TV3. Tekan 103 di remote control TV anda, OK. Jangan tekan nombor lain.

0 comments: