Hello pembaca kesayangan ..
Kafe kegemaran Misz-ella di Shah Alam iaitu Tanah Aina Cafe di Shah Alam ada menu baru. Kenapa Misz-ella suka Tanah Aina Cafe?
Sebab suasana Kafe yang sangat 'warm', menenangkan dan mendamaikan hati, 'friendly service', lokasi Kafe sangat strategik iaitu di Batu Tiga, Shah Alam yang berjiran dengan Pusat Bandar Shah Alam, tak perlu bersusah payah mencari 'parking' kerana tempat 'parking' sedia ada dan percuma. Bukan itu sahaja, suasana dalam cafe sangat bersih.
Paling best, tiada caj GST dikenakan. Pelanggan hanya perlu bayar harga makanan dan minuman sahaja.
Pilihan menu di Tanah Aina Cafe juga sangat pelbagai. Dari makanan tempatan, makanan Barat, makanan 'berat' sehinggalah ke 'light bites' ..
Aneka Mee Goreng - RM19
Baru-baru ini, Tanah Aina Cafe telah memperkenalkan menu baru. Yang pertama Misz-ella nak kongsikan dengan pembaca ialah Aneka Mee Goreng. Aneka Mee Goreng yang dihidang di dalam 'Mangkuk Tingkat' dan lengkap dengan Sambal, Cili Api potong serta hirisan limau buat penambah rasa.
Pelanggan boleh menikmati 3 jenis Mee yang didatangkan di dalam mangkuk tingkat tersebut. Mee Goreng, Kuetiaw Goreng dan Bihun Goreng ~ Gaul rata ketiga-tiga mee ini dan 'enjoy' .. Jangan lupa makan ulam-ulaman yang turut dihidang sekali tu ye .. Awet muda ok ..
Gado Gado - RM18
Siapa peminat Gado Gado? Me! As usual, Misz-ella loves anything healthy. Gado Gado atau boleh juga kita panggil 'Salad Melayu' yang dikatakan berasal dari Indonesia ini ialah gabungan sayur-sayuran yang dicelur (boiled) ditambah dengan tahu dan tempe goreng dan telur rebus. Gado Gado Tanah Aina dihidang bersama hirisan tomato dan kentang rebus dan dihidang didalam kulit popiah. Pecah-pecahkan kulit popiah tu untuk dinikmati bersama Kuah Gado Gado yang tersangatlah 'yummy' .. OK next visit Misz-ella nak repeat Gado Gado ni.
Terung Goreng Tepung - RM7
Di Tanah Aina Cafe, kita berpeluang menikmati Terung dengan cara yang berbeza iaitu dicelup dengan tepung dan digoreng lepas tu makan dengan cili hiris yang didatangkan sekali dengan hirisan terung ini. Rangup dan sedap! Tak pernah terfikir terung boleh jadi 'snack' ringan, seperti pisang goreng, keledek goreng dan ubi goreng, kan. Tapi di Tanah Aina Cafe, Ada!!
So buat semua yang mencari hidangan/makanan yang lain dari yang lain, sila lah ke Tanah Aina Cafe. Harga biasa-biasa, rasa dan suasana sangat luar biasa .. paling best ialah semua makanan di Tanah Aina tidak dimasak dengan MSG.
Tanah Aina Cafe terletak di :-
No. 1 & 2 Jalan Mesra,
Taman Mesra, Batu 3,
Shah Alam, Selangor
No. tel :- 03-5524 3258
Dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 11 malam kecuali Isnin.
0 comments:
Post a Comment