Rakyat Malaysia sedang bersukaria meluangkan hari cuti panjang yang bersambung-sambung dengan keluarga tercinta. Selamat Hari Malaysia! Semoga Malaysia terus makmur dan gemilang di persada dunia.
Misz-ella baru-baru ini dapat curi sedikit masa dari jadual yang sentiasa sibuk tu untuk keluar dengan kawan-kawan bertaraf kesayangan.
Dataran Merdeka 14/9/2018 - Misz-ella datang sini untuk temankan Kak Yun ambik Race Kit untuk Larian Merdeka. Sayangnya Race Kit tak siap lagi maka alang-alang dah sampai, mari kita ambik gambar kat sini. Akak dah lama tak posing-posing kat Dataran Merdeka ni tau. Baik lah kakak ..
Terima Kasih kakak yang datang jemput Misz-ella di rumah. Kakak aku yang seorang ni memang happening .. ada je idea dia nak bikin hidup ku meriah. Walau kadang-kadang bingit telinga dengan bebelan dan kelam kabut dia, but Its Fun! Jangan terjadi apa-apa, dia punya kecoh tetiba tertinggi suara sampai I kena suruh dia cool down .. slow sikit kak, nanti orang ingat kita gaduh .. LOL!
Well .. The beauty in life is when we are willing to accept each and everyone of us with an open heart. Humans are not perfect. Allah jadikan manusia itu sangat unik dan berbeza. Dalam sebuah persahabatan paling penting untuk kita terima sahabat kita seadanya, hormat menghormati, bertolak ansur, jujur, sentiasa ada ketika kita diperlukan dan sentiasa sayang kawan-kawan kita. Tak ada perkara-perkara tu, kita tak boleh jadi kawan, kan.
Sweetnya Kak Yun bila pagi tu dia hantar mesej "I bought you a Latte". Well, secawan Latte Costa berharga RM11.00 that made my day.
Kak Yun ajak selfie so I layankan sahaja ..
Lepas tu Kak Yun cakap Jom kita pergi makan Ikan Bakar Istana. I layankan jugak maka kita pun lunch lah Ikan Bakar Seri Menanti di Jalan Bellamy. Lepas makan kita pun balik. Misi nak collect Race Kit tak berjaya, misi nak bagi Kak Yun posing-posing di KL dan makan Ikan Bakar Istana berjaya. Yeay!
Sampai sahaja rumah, Bibik pun dah siap buat kerja. Misz-ella hantar dia balik Sungai Buloh pastu terus ke Shah Alam untuk satu lagi sessi bersama kesayangan yang dah lama tak jumpa.
Ainot, Ellina dan Yana - sweet-sweet lah diaorang. Kalau jumpa tak pernah tak mesra. Teringat zaman celebrate birthday Misz-ella dengan Keisha anak Yana sama-sama dulu, teringat peristiwa kita pergi bercuti sama-sama dulu, balik kampung Yana sama-sama, buka puasa sama-sama. Kotak memori tak ada butang delete atau backspace .. Walau dah bertahun berlalu, kenangan kekal dalam memori kita sampai bila-bila, maka kami pun tersenyum bahagia.
Jumpa nya di AEON Mall Shah Alam .. sambil minum petang sambil merancang percutian group kita selanjutnya di negara yang tak kurang cantiknya. Harap-harap impian kita menjadi kenyataan, kan.
Lepas dah habis dengan group ni, Misz-ella ke Tanah Aina Cafe berjumpa dengan kawan-kawan di sana pulak. Makan malam adalah Scramble egg with toast. Ya Ampun sedapnya homemade toast prepared by Tanah Aina Cafe tu. Gebu, lembut roti dia.
Dah habis makan, (Tq Puan Sri Sabrina teman i makan sambil tunggu Aiman datang fetch i .. U memang forever sweet), kami bergerak menuju ke Utara Malaysia untuk satu lagi misi dan hanya pulang ke KL pukul 5 pagi esok harinya. Mission completed, walaupun ada 2, 3 perkara yang ad-hoc dan mengejut, semuanya berjalan lancar tanpa halangan. Kun Fa Ya Kun itu milik Allah, kalau Dia perkenan, tiada yang mustahil. Alhamdullilah.
0 comments:
Post a Comment