Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Nakee 2 - filem horror fantasy dari Thailand yang best!

Hello pembaca kesayangan,
Misz-ella sudah menonton filem seram dan fantasy dari Thailand berjudul Nakee 2 yang dibawakan khas oleh TGV Pictures. Filem Nakee 2 sudah mula ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 18 Julai yang lalu.
Nakee 2 mengisahkan tentang Sroy, seorang gadis yang dilahirkan dan tinggal di perdalaman perkampungan Don Mai Pah, yang terletak di utara Thailand. Dia dibesarkan dengan kepercayaan Jao Mae Nakee serta membantu neneknya menjual bunga kepada pengunjung yang menyembah Jao Mae Nakee. Dia juga turut menjaga tugu batu Jao Mae Nakee sejak dari kecil, dan disebabkan itu hubungannya dengan Jao Mae Nakee begitu kuat menyebabkan dia menyanjung tinggi Jao Mae Nakee.
Sementara itu, detektif polis, Captain Pongrab yang baru  melaporkan diri di Balai polis Don Mai Pah berhadapan dengan beberapa siri pembunuhan kejam. Mangsa mati dalam keadaan menyayat hati dan kebanyakan kes tersebut tidak dapat diselesaikan.
Penduduk kampung percaya, kes pembunuhan tersebut dilakukan oleh Jao Mae Nakee dan mengaitkan dengan kejadian pembunuhan itu dengan Sroy disebabkan ketaksuban dan keakraban Sroy dengan tugu batu tersebut. Sroy mula diburu oleh penduduk kampung.
Captain Pongprab tidak percaya kepada kejadian mistik dan hantu serta tidak percaya dengan tuduhan tidak berasas terhadap gadis tersebut. Maka dia pun mula mencari kebenaran disebalik jenayah misteri yang berlaku di perkampungan Don Mai Pah. Beberapa kejadian dan kematian penuh misteri terus berlaku dan akhirnya segala-galanya terbongkar ...
Siapakah pembunuh kejam beberapa kematian misteri tersebut? Adakah Sroy? Ok yang ni suspen sikit so you all kena tonton sendiri filem ini dari mula sampai habis untuk mendapat jawapannya dan kalau sehingga ke akhir filem masih ada tandatanya atau misteri yang tidak terjawab, ingatlah bahawa ini adalah filem horror fantasy. Selamat berfantasi you all, macam i *hehehe*
Pelakon :- Urassaya Sperbund sebagai Sroy,  Nadech Kugimiya sebagai Pongprab
Pengarah :- Pongpat Wachirabunjong 

0 comments: