Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Nisabakri cipta kejayaan sekali lagi

Hello pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak kongsikan kisah kejayaan seorang wanita hebat yang juga merupakan teman baik Misz-ella sendiri.




Beliau ialah Puan Sri Shariffa Nisa atau lebih dikenali sebagai Puan Sri Nisa Bakri, nama yang tidak asing lagi di blog Dari Jari-Jari Halusku ini.




Bertempat di Faroz Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, Puan Sri Nisa Bakri telah mengadakan pertemuan dengan para media dan bloggers serta sahabat rapat untuk berkongsi kisah kejayaan beliau memenangi Anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 anjuran Awen (ASEAN Women Entrepreneur Network). Anugerah ini adalah anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita dari setiap Negara ASEAN yang telah mencipta kejayaan luarbiasa dalam bidang perniagaan samada dari industri perniagaan kecil, sederhana, industri perniagaan besar mahupun perniagaan mikro.


Perjalanan Puan Sri Nisa untuk mendapat anugerah ini bukanlah mudah kerana saingan yang agak sengit. 40 pencalonan diterima dari kalangan ahli perniagaan wanita Malaysia dan hanya sembilan (9) orang pemenang dipilih untuk menerima anugerah tersebut pada malam anugerah yang diadakan pada 21hb Jun 2019 di Hotel JW Marriot, Bangkok, Thailand yang lalu.

Sebenarnya Misz-ella dah banyak berkongsi dengan pembaca semua tentang kesungguhan Puan Sri Nisa Bakri dalam melakukan perkara yang disukainya iaitu memasak - bermula dari suka-suka, akhirnya menjadi kerjaya.

Beliau menulis buku I am Not A Chef sebuah buku masakan yang sangat unik berkonsepkan gaya hidup – Romance, Food and Love yang dilancarkan pada bulan November 2015.

Beliau juga adalah pemilik Serasi Catering dan mempunyai perencah masakan jenama beliau sendiri iaitu nisabakriPada tahun 2015, Puan Sri Nisa Bakri memulakan program ‘Wakaf Ramadan Food Mission’ dimana beliau menyediakan perkhidmatan membekal makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini membolehkan orang ramai mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui masakan Puan Sri Nisa Bakri sendiri. Program ini masih berlangsung sehingga ke hari ini.

Melalui perencah masakan nisabakri, Puan Sri Nisa mendidik masyarakat, wanita khususnya agar sentiasa berada di dapur menyediakan masakan buat keluarga walaupun wanita hari ini sentiasa sibuk dengan jadual harian yang padat. Beliau menjadikan aktiviti memasak di dapur lebih mudah, cepat, berkualiti dan berkhasiat dengan menggunakan perencah masakan nisabakri.

Puan Sri Nisa sendiri mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan beliau. Disebalik perwatakannya yang lemah lembut dan manja, dia belajar kick boxing, okay *you dont play-play tau .. hehehe* Dia juga akan bersenam pada waktu lapang dan sentiasa mengambil berat akan pemakanan harian beliau. Kesemua perencah masakan nisabakri tidak mengandungi MSG, bahan pengawet atau apa-apa bahan yang boleh membahayakan kesihatan dan melalui perencah masakan nisabakri, beliau mendidik orang ramai agar mengamalkan easy healthy cooking’



Sehingga ke hari ini, tujuh (7) jenis perencah masakan nisabakri boleh didapati di pasaran iaitu Pes Asam Pedas Tuanku, pes Mee Kari, pes Masala Ayam, pes Kari seafood, pes Rendang Ayam Betutu, pes gulai Sayuran dan pes Mee Kari Terangkat Leleh. Nak cuba tak? Sila  dapatkan di 18 cawangan Mydin Hypermarket seluruh Malaysia atau dengan cara hubungi nombor telefon 012-3147094. Tekan-tekan nombor tu, lepas tu perencah masakan nisabakri dah sampai depan rumah, dihantar oleh abang poslaju. Mudah, kan.



Pada tahun 2016, Puan Sri Nisa Bakri muncul di kaca tv tempatan dan antarabangsa untuk mempromosikan masakan tradisional Malaysia di kaca tv tempatan mahupun antarabangsa dengan beberapa siri rancangan masakan beliau dan memasuki pasaran Indonesia pada tahun 2017 dengan memperkenalkan Sambal Rasia dan Sambal Lemak Cili Api. Beliau turut muncul di dalam Metro TV Jakarta pada tahun 2018 dengan membawa nama nisabakri.

Puan Sri Nisa Bakri juga berpeluang menyediakan masakan tradisional Malaysia untuk 40 orang delegasi Malaysia di Spain pada tahun 2017 di sebuah Restoran Spanish di Jaen yang dimiliki oleh Chef Antonio, seorang Chef Michelin bertaraf 3 bintang.

Ingat lagi kisah nisabakri di Kota London yang pernah Misz-ella kongsikan di blog ini? Kalau you all dah lupa, sila tekan link ini ye.


Selepas pulang dari Kota London, Puan Sri Nisa Bakri sekali lagi mencipta sejarah apabila diberi pengiktirafan sebagai Top Outstanding Gourmet Ambassador di World Gourmet Award 2018 dan baru-baru ini telah dilantik sebagai Culinary Advisor oleh World Gourmet Award Association 2019.


Sebenarnya, apa yang buat Misz-ella merasa terinspirasi dengan Puan Sri Nisa  ini adalah kesungguhan beliau dalam melaksanakan perkara yang beliau sukai. Dia suka masak, dia buat sungguh-sungguh. Dia akan cipta satu resepi  baru dan akan olah resepi tu berulangkali sampai dia jumpa formula yang digemari oleh orang ramai. Kalau you all nak tau, Mee kari Puan Sri Nisa Bakri lain dari yang lain tau, Kari Kepala Ikan beliau pun lain, tak sama dengan yang dihidang di restoran kari kepala ikan yang lain. Puan Sri Nisa Bakri juga sangat kreatif dalam penyediaan makanan bila dia mencipta Kerabu Kacang Botol dengan buah delima dicampur buah oren dan bunga kantan .. best .. best .. sangat best! Macam-macam lagi idea Puan Sri Nisa Bakri ni .. dia selalu bersemangat bila bercerita tentang bab penyediaan makanan. 



Puan Sri Nisa membuktikan bahawa kita hanya perlu jadi diri sendiri dan pergi jauh dengan cara tersendiri asalkan ada kemahuan dan kesungguhan. Bermula dari sekadar hobi suka memasak untuk jamu sahabat handai, beliau telah membawa jenama nisabakri hingga ke persada antarabangsa.  Segala penat lelah, usaha gigih tanpa kenal jemu dan komitmen yang beliau berikan melayakkan beliau diberi pengiktirafan sebagai salah seorang dari penerima Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok baru-baru ini.



Akhirkata, Misz-ella akhiri blog post khas untuk sahabat baik Misz-ella ini dengan sekeping gambar kenangan kami beramai-ramai meraikan kejayaan Puan Sri Nisa kesayangan kami ini. Tahniah sekali lagi dan semoga terus bersinar membawa nama Malaysia lebih jauh lagi. In sha Allah. Amin. 


1 comments:

Kisah Tatie said...

halloooo haloooo misz ella ada? lama tak jumpa dia! bye