Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rumah Kelahiran P. Ramlee, George Town Street Art, Bukit Bendera

Hello pembaca kesayangan,

Ada yang merancang bercuti ke Penang tak sempena dengan Cuti-Cuti Malaysia hujung tahun ni? Kalau berada di Penang, jangan lupa ke lokasi-lokasi yang Misz-ella kongsikan di sini.



Kalau ke Penang, haruslah sarapan pagi dengan Roti Goyang di Jalan Transfer. Gerai biasa-biasa tepi jalan je tapi roti canai dia memang sangat sedap dan kita boleh pilih kalau mahu makan dengan Kari Ayam. Selain dari tu, boleh jugak cuba Roti Bakar Telur Goyang. Sooo yummy! Make sure you all datang awal kalau nak sarapan di sini kerana kalau lambat sikit, kena tunggu lama lah nampaknya kerana kena beratur sangat panjang.


Lepas sarapan, kami ke Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Georgetown, Pulau Pinang. Ini bukanlah kali pertama Misz-ella melawat rumah P. Ramlee ini, dah pernah pergi beberapa tahun yang dahulu tetapi kerana rumah ini adalah khazanah negara yang berharga, kalau ada masa, why not kita singgah, kan.

Rumah kayu ini asalnya dibina oleh bapa P. Ramlee dan pakciknya pada tahun 1926. Setelah melalui beberapa proses baikpulih, akhirnya rumah ini diambil alih oleh Arkib Negara. Persekitaran rumah ini dijaga rapi dan baik. Kemas dan bersih.




Disebelah dalam ada ruang rehat, bilik dan dapur. Walaupun saiz rumah ni kecil tetapi lengkap, semuanya ada.



Di dalam kawasan yang sama juga terdapat bangunan Galeri P. Ramlee dimana semua barangan, gambar dan koleksi keratan akhbar berkenaan dengan kisah hidup beliau, filem-filem serta penglibatan lain beliau di dalam industri seni tanahair negara dipamerkan untuk tatapan umum. 


Leka membaca setiap keratan akhbar. Walau dah banyak kali baca, aura beliau tetap buat Misz-ella ingin membacanya lagi dan lagi.

Sayu rasa hati berada di sini, mengenangkan bagaimana filem-filem dan lagu-lagu biduan negara yang telah pergi ini sentiasa menceriakan hidup Misz-ella dan family. P. Ramlee satu dalam sejuta, tiada tolok gantinya. Meski beliau telah lama tinggalkan kita, karya-karya beliau tetap buat kita sekeluarga gelak tawa bersama. Menitis airmata Misz-ella tatkala Lagu Engkau Laksana Bulan dimainkan. Al-Fatihah buat Arwah P. Ramlee.

Tiada bayaran masuk dikenakan dan dibuka setiap hari (kecuali Isnin, melainkan semasa Cuti Umum dan Cuti Persekolahan) dari jam 9 pagi - 5 petang. 




Depan Rumah Kelahiran P. Ramlee ada warung jual Cempedak Goreng. Nama warung ni ialah Warung Nujum Pak Belalang. Ya Allah cempedak dia gemuk-gemuk, gebu-gebu ..



Dan semestinya .. sedap! Manis macam madu. Dah sampai KL pun, kami masih bercerita tentang Cempedak Goreng sedap depan Rumah Kelahiran P. Ramlee ni.




Dah habis melawat Rumah Kelahiran P. Ramlee, kami ke Kedai Kopi Viral Starbright Aunty Evelin yang tersangatlah popular di bandar George Town. Cerita lanjut ada di sini ye. Jangan lupa baca tau.

Selepas tu, kami sempat balik hotel, bersiap, check out dan jalan-jalan di sekitar George Town Street Art. Well .. sekali lagi ini bukanlah kali pertama kami ke sini tetapi Hey .. come on this is Penang .. let's enjoy what Penang has as much as possible. 











Lebuh Armenian, Armenian Street, George Town, Penang is one of the most visited tourist spot in Penang *and it's my favourite place too!* Sudah berkali-kali ke sini tapi masih tak jemu lagi. Tahukah wahai pembaca kesayangan Misz-ella bagaimana Armenian Street ini mendapat namanya? 

Pada asalnya, kawasan ini duduki oleh orang-orang Melayu sehinggalah bangsa Armenian mula menduduki kawasan ini pada tahun 1808. Armenia adalah sebuah negara yang terletak di kawasan pergunungan Caucasus antara Asia dan Eropah dan merupakan bekas Republik Soviet.

Pedagang-pedagang dari Armenia menduduki Pulau Pinang pada awal tahun 1800. Meskipun tidak ramai, tetapi kehadiran mereka disedari dan memberi impak yang besar pada wilayah George Town ini. Pada tahun 1822, mereka mendirikan Gereja St. Gregory di George Town manakala The Sarkies Brothers (Martin, Tigran, Aviet dan Arshak) juga dari etnik Armenia yang datang dari Isfahan, Iran mengasaskan Eastern & Oriental Hotel pada tahun 1880. The Sarkies Brothers merupakan pengasas rangkaian hotel di seluruh Asia Tenggara. Hebat 4 beradik ni kan, sampai sekarang Eastern & Oriental Hotel masih wujud lagi.

Orang-orang Armenian ini mula berhijrah ke negara lain dan meninggalkan Pulau Pinang pada tahun 1937. 


Opsss! Pili Bomba you all .. nak posing macam Misz-ella pun boleh.


Atau kalau you all nak ikut gaya kartun tu pun boleh ..





Di Penang ni, benda-benda rusty macam ni pun jadi menarik dan mahu difotokan bersama, kan.




Lepas tu kami berjalan kaki memasuki lorong-lorong lain untuk mengambil gambar. Nama pun George Town Street Art, rugilah kalau tak rakamkan kenangan di sini, kan.


Ye .. saya suka Penang sebab di sini terdapat banyak bangunan warisan peninggalan sejarah yang menawan hati. Bahagia bijik mata melihat keindahannya .. 


Masjid Kapitan Keling .. lawa, kan. Dekat bangunan pink tu adalah Nasi Kandar Sila Beratoq, Kami tak pi la aih .. tak larat nak makan nasi kandar hari-hari .. takut balik nanti Misz-ella tukar identiti jadi anak Mami *LOL*



Masjid Lebuh Aceh yang dibina oleh pedagang rempah dari Aceh pada abad ke 19. Kampung sahabat baik saya, Puan Sri Shariffa Sabrina ni. Sempat Misz-ella hantar gambar ni kat dia masa Misz-ella di situ ..

Antara Street Art yang popular di Lebuh Aceh.

Cats Cafe di Lebuh Aceh. Kucing betul tak da ye .. tapi cenderamata bermotifkan kucing  ada dijual disini. Siapa suka kucing boleh lah beli buat cenderahati, kan.



Di George Town juga ada pelbagai rumah Kongsi atau bangunan/dewan mesyuarat dimana keluarga Cina dari suku yang sama akan mengadakan pertemuan di sini. Bangunan dia lawa-lawa dan kebanyakannya berusia hampir 200 tahun. Antara yang terkenal di George Town ini adalah Khoo Kongsi.



Dah puasa jalan-jalan, kami terus Check-In di Deluxcious Luxurious Heritage Hotel, George Town untuk berehat, mandi, tukar baju dan bersiap untuk jalan-jalan lagi.  Sila refresh memori anda di sini, ye.



Lepas tu, kami ke Bukit Bendera. Kunjungan kali ni lebih best sebab berjanji untuk bertemu dengan Wanda, kesayangan Misz-ella bersama dengan anaknya, Aurora.

Wanda adalah rakan blogger Misz-ella yang dah lama Misz-ella kenali, masa dia masih pelajar Universiti lagi. Alhamdulillah setelah sekian lama, ukhuwah masih kami jaga. Tiap kali ke Penang, mesti kami akan jumpa.


Bukit Bendera tetap indah, cantik dan istimewa di hati saya. Zaman dulu-dulu, tak da Love lock bridge ni, tak ada Owl Museum, tak ada Love Walk .. yang ada hanya papantanda Penang Hills maka yang dapat kami lakukan hanyalah menghayati keindahan alam tiap kali ke sini. Zaman dah berubah, kan.


The happy go lucky Aurora ... seronok dia bermain dengan Abang Aiman dan Kak Huda

I never had enough with Bukit Bendera 





Hajat hati nak makan Chick Peas yang sedap di atas Bukit Bendera ni tapi sayang gerai tu tutup so kami  makan dessert di Kak Nor Cafe. Sedap !

We spent a few hours at Bukit Bendera. I love Bukit Bendera and definitely will come back to this beautiful hill again, next year.


You all, bacalah jugak blog post lama Misz-ella tentang Penang di sini. sini, di sinisinisini dan sini. Misz-ella dah habis berkongsi kisah di George Town ni. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima kasih baca ye. Bye.

Jangan lupa bersenam, tau ..

Hello pembaca kesayangan ..


Exercise at Renaissance Hotel fitness center

Dah lama Misz-ella tak berkongsi tentang rutin senaman Misz-ella, kan. Walaupun sibuk dengan urusan duniawi, menjaga kesihatan tetap agenda paling utama dalam hidup Misz-ella. Sebolehnya saya cuba cari masa untuk bersenam .. kalau tak dapat pergi dance class, saya ke gym.



Fun dance with Marsha at Mr. Muscle Gym & Dance Studio, Sungai Buloh


Exercise alone at my condo's gym 

Misz-ella selalu pesan pada kawan-kawan, cari sihat dulu. Ramai orang selalu berdoa supaya dipanjangkan umur tetapi doa Misz-ella setiap kali selepas Solat adalah 'Berilah aku kesihatan yang baik agar aku dapat berbakti kepada keluarga ku dan beribadah kepada Mu'.


Selalunya Misz-ella sorang je Melayu 

Kadang-kadang saya main badminton but I have to admit that I am definitely not a good badminton player ..

Bila kita sihat, kita dapat keluar mencari rezeki, kita dapat jadi ibu, isteri yang baik untuk keluarga kita, kita dapat jadi anak yang baik buat ibu bapa kita dan kita dapat jadi kawan yang baik buat kawan-kawan kita dan kita dapat beribadah kepada Dia.


With my best friend Puan Sri Shariffa Sabrina at Puncak Gunung Hijau, Bukit Larut. Hiking is our hobby ..

Fun dance at Magyc Studio and Gym, Saujana Utama, Sungai Buloh. Masa mula-mula studio ni ditutup, Misz-ella lah orang yang paling sedih .. banyak kenangan manis di sini

Cross Fit training at Xclusive Fitness Gym, Shah Alam

My exercise session at Sunway Resorts and Spa ~ One of my hobby is exploring the hotel's gym during my holiday .. 

Selain dari menjaga pemakanan, bersenam adalah cara paling baik untuk menjaga kesihatan. Masa mula bersenam dulu, umur Misz-ella baru 20an .. tak da sesiapa pun yang menggerakkan atau menggalakkan Misz-ella bersenam, semuanya atas kesedaran sendiri *yahh .. I am a self-driven person* Bila tengok anak *masa tu Aiman kecik lagi* terus rasa bersemangat untuk jadi lebih sihat sebab nak jadi mak yang terbaik untuk dia. Misz-ella beli CD aerobik Denise Austin, bersenamlah saya seorang diri di rumah. Lepas tu join dance studio yang pertama di Saujana Utama. Masa tu Zumba pun tak wujud lagi *that shows how long I have been exercising* tak ada Zumba. Yang ada hanyalah aerobic or aerodance. Barulah Misz-ella faham yang mendengar dan mengikut tempo atau beat ketika bersenam itu penting. Barulah Misz-ella faham apa itu single single double, apa tu L, apa itu V, apa itu box step, macamana nak buat U step, macamana nak gerakkan badan mengikut 4 wall .. semuanya Misz-ella belajar dari Coach-coach yang terlatih. Banyak sungguh jasa diaorang mendidik Misz-ella yang taktau apa-apa pun masa tu.


Fitness drummin with Cempaka International School student ..

Gym at Damac Maison Hotel, Dubai ..

Kalau dapat berdua lagi best tapi jarang-jarang sekali dapat peluang berduaan begini ..

Bersenam mendidik diri saya menjadi lebih disiplin. Tiada lagi masalah malas bangun pagi, sengal-sengal badan dan sebagainya. Malah hingga sekarang, kalau virus M *malas* datang, Misz-ella akan segera bangun dan buat 'jumping jet' 30-50 kali. Barulah rasa lega bila sel-sel badan dah aktif dan muncullah vitamin R *rajin* 


Misz-ella juga cuba berlari .. rajin masuk Fun run dengan my exercise gang dan baru-baru ini, Misz-ella mula jatuh cinta dengan cycling. Nak terbitkan rasa cinta pada cycling tu bukan lah mudah pada awalnya sebab bersenam sendirian ni lebih boring dibandingkan dengan exercise berkumpulan tapi Misz-ella tetap didik diri Misz-ella supaya sabar dan keep on moving



Mula-mula mampu cycle 3km je .. lepas tu ahhh .. bosanlah! Tapi lepas tu Misz-ella cabar diri Misz-ella supaya jadi lebih baik dari semalam .. so next session tambah ke 5km .. lepas tu 7km dan akhirnya Misz-ella mampu cycle 20km dalam masa satu jam. Ye itu rekod terbaik saya setakat ini. In sha Allah akan cuba perbaiki diri.

Pesanan Misz-ella kepada pembaca setia blog Dari Jari-Jari Halusku ini .. Sayangi lah diri kita sendiri. Remember to love yourself first before you can love others and for me, exercise is one of my best way to express my love to myself. Allah lahirkan kita sihat dan sempurna, menjadi kewajipan kita untuk menjaganya, kan.

Ok dah habis sharing dengan you all semua .. Misz-ella nak pergi buat kerja lain and I promise I will be back with more sharing about fitness and healthy lifestyle. Terima kasih baca ye. Bye.