Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Penang Day 3

Hari ke 3, hari balik.

Lepas Solat Subuh masing-masing sambung tidur layan mata.  We had a great 2 days earlier and today we have to go back. Turun dari tingkat atas, Sarapan dah sedia atas meja. Day 1 Along dan Kak Long sediakan, day 2 Ky and husband get it done for us. Tq 4 of you.

Sebelum balik nak singgah town beli Jeruk. Misz-ella peminat jeruk no. 1 nak pulak Mangga Tanpa Kulit dan Buah Salak. For the last few years i am a fan of Jeruk Madu Pak Ali. Kak Ani my neighbour was the first who introduced this jeruk to me. Its a bit expensive tapi sedap. Tak perit kan tekak and sangat 'tummy friendly'. 

Nasir Jeruk juga khabarnya sangat popular di kalangan orang Penang. 

 Pasar Chowrasta memang tempat kami beli 'jajan' dari dulu lagi. Now under upgrading proses hope can see it new look on our next visit. Ermmmm .. tak tau la bila ..

 I love to see all heritage building are well kept in Penang.  Memang sewajarnya Georgetown diawardkan taraf Bandar Warisan Dunia oleh pihak UNESCO. Bangga melihat pembangunan pesat, bangunan tinggi tapi masih kekal dengan warisan dan tradisi. Bangga tengok Jabatan Kemajuan Agama Islam Pulau Pinang sangat gah di tengah-tengah 'town'.


Perjalanan pulang ke Seberang tidak lagi melalui Jambatan Ke 2 yang panjangnya 24km dan merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara tapi melalui Feri. Anak-anak hepi. 

My Wrap-Up about our Trip to Penang :-
Penang membangun dengan pesat dalam tempoh 10 tahun ini.
With 270 mosques all over Penang, rakyat Penang beragama Islam sepatutnya merasa bangga.
Saya suka Sistem 3 bahasa practised in Penang. I dont like racist issue.  I love my friends doesnt matter what their race and religion is. Kasih sayang tiada sempadan, kan.
Syabas Kerajaan Pulau Pinang yang telah berjaya merubah pandangan dunia terhadap negeri kecil mereka. Pulau Pinang tidak lagi sebuah negeri habuk, asap dan pencemaran  yang dihasilkan oleh kilang-kilang disini tetapi sudah semakin menarik untuk dilawati.  I love what State Government did to Penang - Be The Most, The Only, The Longest, The Best .. etc .. etc ..
Dulu orang ingat Penang pasal jeruk, pasal makan la ni Penang ada macam-macam.
Harga hartanah semakin meningkat di Penang.
Makanan di Penang sangat sedap dan ada identiti nya yang tersendiri. Rakyat Penang should be proud of this.
Penang dekat di hati Misz-ella sebab sedara mara Mertua memang dari sana. Kalau orang tak biasa mungkin beranggapan mereka kasar tapi sebenarnya tidak. Orang Penang kebanyakannya sangat riuh dan mesra. Diaorang pandai masak Gulai. Sedapnya Gulai Mak. Kalau balik rumah Mertua Misz-ella jarang jadi Tukang Masak, rugila kan, ni je masa nak rasa Airtangan Mak Mertua. Dia masak sedap ooo .. Gulai, Masak Kicap, Kurma, really taste different from here. Diaorang Add-on Rempah giling supaya rasa lebih best.
Durian Balik Pulau is the best.
There are so many attractions in Penang now compare to before. Tak rugi you all pergi sekarang ni.  Lots to see, lots to eat, lots to enjoy in Penang.



I met my Superhero, Pirates of The Carribeans and Spiderman.  Toy Museum dah pindah dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang ye korang .. jangan pergi salah tempat.

Ok Penang sudah kami tinggalkan dengan janji nanti kita datang lagi. Bye readers. Thank you baca ye.




1 comments:

Anis Athia said...

Alaa teringat nasi kandaq kat penang sedapnye! Nasi kandar kat kl x sama rasa dia dgn penang.. Hewhew.. Btw, happy new year kak ella :)