Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Belajarlah REDHA. Dan REDHA lah dengan ujian



Hello pembaca kesayangan,

Assalamualaikum. Lama sungguh Misz-ella tinggalkan blog ini. Sebab utamanya adalah kerana Misz-ella memang sibuk dengan urusan-urusan duniawi .. tambahan lagi kerana Misz-ella baru pulang dari menunaikan Umrah lebih kurang seminggu yang lalu.



Terlalu banyak cerita nak dikongsikan dengan pembaca semua, terutamanya tentang perasaan, tentang pengalaman dan pengajaran yang Misz-ella dapat sepanjang hampir dua minggu di sana.

Yang pasti, ketika beramai-ramai di Tanah Suci, antara pelajaran paling berharga Misz-ella dapat, ketika melihat rakan-rakan jemaah menghadapi ujian kehidupan adalah tentang REDHA. 

Pengertian dan maksud REDHA itu sendiri adalah terlalu mendalam. Ramai menyebut "REDHA je lah ... " tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui maksud REDHA.

REDHA bermaksud menerima dengan lapang dada (ikhlas/rasa senang) dengan apa yang diberikan Allah SWT baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah SWT

Sebenarnya nak sampai ke peringkat REDHA itu bukanlah semudah menyebut perkataannya kerana natijahnya manusia itu dijadikan dengan pelbagai rasa - marah, geram, irihati, cemburu dan berprasangka. Nak capai peringkat REDHA, seseorang itu perlu melalui ujian yang sangat hebat yang bisa membuatkan beliau merasa tertekan, tetapi, jika dia faham yang ujian itu didatangkan kepada beliau kerana Allah, maka beliau akan REDHA ataupun IKHLASKAN hati beliau dengan ujian tersebut. Beliau akan yakin dan percaya yang ujian itu didatangkan kepada beliau kerana Allah tau apa yang terbaik untuk beliau. Bila kita IKHLAS, kita serah jiwa dan raga kepada Dia. Maka kita tidak lagi berbunyi, tidak mengeluh atau memilih untuk bercerita/mengadu kepada manusia kerana jiwa dan raga telah kita serahkan kepada Dia. Jika kita boleh sampai ke peringkat ini .. *antara kita dan Allah, tiada yang ketiga* In Sha Allah kita akan berada di dalam satu keadaan yang sangat indah dan tenang meskipun badai sedang melanda hidup kita.

Bermula dari REDHA, kita akan mula pasrah dan berserah pada Allah SWT. Ya Allah, nak sampai peringkat ini bukanlah mudah kerana hati kita harus ikhlas seikhlasnya .. dan yakin seyakin-yakinnya akan kasih sayang Allah SWT kepada kita. Tetapi pembaca kesayangan, percayalah yang jika kita boleh sampai ke peringkat ini, kita akan rasa bagaimana hidup kita bagai dibimbing dan dipimpin oleh Allah SWT dengan penuh kasih sayang.

Salah satu Doa Misz-ella semasa di Tanah Suci adalah ..

Ya Allah yang Maha Penyayang. Aku telah merasa kasih sayangmu. Aku telah merasa bagaimana Kau pimpin tanganku di saat kesukaranku dan aku masih mahu dikasihi oleh Mu. Teruslah pimpin tangan ku Ya Allah. Amin.

Sesungguhnya, belajarlah erti  REDHA dan REDHA lah dengan setiap ujian Allah SWT. 





1 comments:

Nur Asyiqin said...

Aamiiin.. semoga kita semua redha dan Allah redha kepada kite. Salam kenal kak ella.. follow sinj ;)