Hello pembaca kesayangan,
Bila kita jadi emak, kita mesti nak bagi yang terbaik untuk anak-anak kita, kan. Anak kita menjadi keutamaan dalam hidup kita, apa-apa hal anak kita dulu lepas tu baru kita akan fikir diri kita. Betul tak?
Antara perkara yang paling kita titikberatkan adalah kesihatan yang baik. Merangsang tumbesaran anak-anak haruslah dari peringkat awal lagi iaitu sebaik sahaja anak-anak kita mencecah usia boleh mengambil makanan tambahan ataupun suplemen.
Masalahnya? Bagaimana memilih makanan tambahan atau suplemen yang sesuai untuk anak-anak kita? Buat ibu-ibu di luar sana, blog post ini khusus untuk anda semua ..
Baru-baru ini Misz-ella.blogspot.com telah menghadiri majlis pelancaran produk IQ Super keluaran syarikat Datin Rabecca Nur Al Islam iaitu Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd yang disertai dengan majlis menandatangani perjanjian pelantikan duta produk kepada anak-anak Datin Sri Zizie Ezette.
IQ Super merupakan produk ke 6 Datin Rabecca selepas mengeluarkan tudung pada tahun 2014, produk Body Love dan VBecca pada tahun 2018, produk jamu dan produk penjagaan muka BF Shine pada tahun 2019.
Datin Rabecca memilih IQ Super sebagai produknya yang ke 6 kerana beliau sendiri mempunyai anak yang ramai dan menyedari betapa pentingnya kesihatan anak-anak. Bila anak-anak saya sihat, cergas dan ceria, sayalah ibu yang paling bahagia kata beliau.
IQ Super mengandungi bahan-bahan berkualiti dan terbukti khasiatnya seperti susu kambing, kurma, kismis, walnut dan madu. Menggunakan formula yang dikongsi oleh ibunya sendiri, produk IQ Super yang dikeluarkan oleh Datin Rabecca menjalani proses R&D selama berbulan-bulan sebelum ianya dilancarkan secara rasmi dan dipasarkan kepada orang ramai.
Kelebihan IQ Super :-
Meningkatkan kecerdasan minda
Meningkatkan selera makan
Menguatkan sistem imunisasi
Menjadikan tubuh lebih sihat dan segar
Membantu membina tulang yang kuat
Bertindak sebagai penggalak metabolisme
Membantu meningkatkan imuniti
Meningkatkan kesihatan otak
Mengurangkan sembelit
Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
Membantu membina sistem saraf yang sihat dan responsif
Membantu melindungi mata dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
Membantu perkembangan dan kelakuan aktiviti otak
Datin Rabecca telah melantik Datin Sri Zizie Ezette dan anak-anak beliau sebagai duta IG Super. Menurut Datin Rabecca, pilihan keluarga ini adalah sangat tepat kerana peranan Datin Sri Zizie sebagai ibu kepada 5 orang anak dalam memastikan kesihatan anak berada di tahap optimum tidak dapat dinafikan. Berbanding dengan ayah, ibu memainkan peranan yang lebih dalam memastikan anak-anak mendapat zat makanan yang secukupnya, kata Datin Rabecca. Bab ini Misz-ella memang setuju. Peranan ibu ibarat Menteri Kesihatan dalam sebuah organisasi keluarga, kan.
Datin Sri Zizie turut berkongsi tentang tahap kemajuan anak-anak beliau sejak mengambil IQ Super. Sebelum terima tawaran untuk jadi duta produk, anak-anak saya cuba dulu produk ini. Anak-anak saya sentiasa lincah, sentiasa cergas, sentiasa tidak duduk diam, petah berbicara dan boleh mengenal warna di usia se awal setahun. Rasa IQ Super sedap dan anak-anak saya berebut-rebut mahu kannya. Waktu makan IQ Super biasanya adalah waktu yang sangat Fun! Kalau dulu mereka sering sakit, sekarang tahap kesihatan semakin meningkat kata Datin Sri Zizie.
Misz-ella dah cuba IQ Super ni tau *walaupun i bukan anak-anak* Mula-mula ingatkan tablet ni berperisa coklat tapi rupa-rupanya tidak. Letak sebiji dalam mulut, kemam-kemam sampai habis. Rasanya sangat sedap. Ehemmm .. IQ Super dibuat dari susu kambing, kurma, walnut, kismis dan madu .. patut lah sedap. Harga sebotol IQ Super yang mengandungi 60 tablets ini adalah RM119.
Instagram BeccaHq
Instagram rebeccanurislamahmad
Email anggun.anggerikoffice@gmail.com
Atau hubungi Kak Ros di 012-6015308
0 comments:
Post a Comment