Assalamualaikum pembaca kesayangan,
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa zaman sekarang adalah untuk memilih sekolah yang sesuai untuk anak-anak tambahan pula di zaman yang serba mencabar ini.
Antara faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah persekitaran yang bersih dan selamat, silibus pendidikan yang diiktiraf negara dan antarabangsa serta lokasi sekolah yang strategik.
Baru-baru ini Misz-ella.blogspot.com telah berpeluang mengunjungi Al-Hamra Integrated School (Al-Hamra) yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Al-Hamra adalah sekolah agama swasta bertaraf antarabangsa yang menggunakan gabungan silibus pendidikan Cambridge Assessment International Education (CAIE), silibus pendidikan kebangsaan, Quranic Generation Development Program (QGDP), dan berkonsepkan Integrated Holistic Education System (IHES).
Misi utamaAl-Hamra ialah mahu menjadi institusi pendidikan Islam yang melahirkan pemimpin masa depan dan memberi inspirasi selain mewujudkan budaya Khairu Ummah sambil memfokuskan kecemerlangan pendidikan dalam bimbingan prinsip-prinsip Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Dalam ertikata lain, Al-Hamra bukan sahaja mahu melahirkan generasi berpendidikan dan pengetahuan, malah juga generasi yang 'kaya jiwa' di mana generasi ini dilengkapkan untuk menghadapi cabaran dunia dengan yakin dan memberikan penyelesaian yang berpandukan pandangan dunia Islam.
Al-Hamra memulakan operasi pada tahun 2019, dimiliki oleh Awqaf Holdings Berhad kini mempunyai 145 orang pelajar dari pelbagai peringkat iaitu pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Berpeluang menjejakkan kaki ke Al-Hamra merupakan satu pengalaman yang amat membuka minda tentang bagaimana institusi pendidikan berteraskan Islam boleh bergerak ke hadapan seiring dengan pendidikan moden yang diiktiraf dunia.
Sebaik melangkah masuk ke Al-Hamra, saya terpaku dengan suasana pembelajaran yang tenang, persekitaran yang bersih, pencahayaan serta warna-warna ceria yang menyegarkan perasaan.
Setiap tingkat diberi sentuhan warna berlainan bagi merangsang minda anak-anak kecil agar mereka menjadi peka dengan keadaan semasa dengan memaksimakan semua pancaindera.
Al-Hamra turut menitikberatkan aktiviti riadah dan ko-kurikullum. Di Al-Hamra, aktiviti ko-kurikulum berorientasikan sunnah seperti berenang (tahun 1-3), memanah dan seni pertahanan diri (silat) turut disediakan tanpa meminggirkan aktiviti ko-kurikullum berasaskan STEAM : Sains, teknologi, engineering, arts & mathematics seperti kelas memasak, robotik, pengaturcaraan (coding) dan pelbagai lagi.
- pelajar diberi peluang samada mahu hadir ke kelas atau belajar secara dalam talian (online)
- jumlah pelajar di setiap kelas dihadkan
- makanan dihantar ke setiap kelas bagi mengurangkan pergerakan pelajar
- bagi mengawal penularan penyakit covid 19, setiap orang murid, guru serta kakitangan di Al-Hamra dikehendaki menjalani ujian Covid 19 setiap minggu
Dengan lokasi yang strategik, silibus pendidikan yang seimbang serta diiktiraf kerajaan Malaysia serta antarabangsa, fasiliti serba moden,serta yuran pengajian yang lebih kompetitif berbanding institusi pendidikan bertaraf antarbangsa yang lain (diantara RM900 hingga RM1900 sebulan mengikut peringkat pendidikan), Al-Hamra merupakan pilihan terbaik buat ibu bapa yang sedang mencari institusi pendidikan pelbagai peringkat umur buat anak-anak.
Al-Hamra terletak di Encorp Strand Garden Office, Blok A, A-GF,No. 12 Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-26308010
IG :
https://www.instagram.com/alhamrainternational/
FB :
https://www.facebook.com/alhamrainternational
Email :
enquiries@alhamra.my
0 comments:
Post a Comment