Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

MFMF lahirkan Rindu buat mereka yang cinta nya belum berbalas

Hai pembaca kesayangan,

MFMF telah menghasilkan sebuah lagi lagu yang sedang hangat bermain-main di hati peminat R&B tanahair iaitu Rindu.

MFMF yang dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Wee Zhen Yong bukanlah asing di bidang muzik tanahair kerana sebelum ini mereka telah melahirkan beberapa karya hebat buat Yuna, Hael Husaini malah lagu Peluang Kedua yang dipersembahkan oleh Nabila Razali adalah lagu karya MFMF bersama Hael Husaini.

Gambar dari IG MFMF

Rindu telah disampaikan oleh MFMF  secara trilogi iaitu dalam bahasa Korea,  Mandarin dan bahasa Melayu. Rindu yang sangat membuai perasaan adalah luahan perasaan tertekan kerana cinta yang belum berbalas. Rindu bahagian 3 dalam bahasa Melayu menggabungkan MFMF bersama Airliftz dan Alex Ungku adalah lagu taruhan pertama mereka di dalam industri muzik arus perdana.



Bertempat di Co-Labs, The Starling Mall pada 8 Disember 2021, MFMF telah megadakan majlis ramah mesra bersama media bagi berkongsi tentang keunikan Rindu.


Gambar dari IG MFMF

Bersempena dengan kelahiran Rindu, MFMF telah berkolaborasi dengan myBurgerLab bagi menghasilkan menu burger edisi khas untuk setiap variasi bahasa Rindu. 3 bahasa, 3 menu berbeza, 3 rasa berbeza! Untuk Rindu bahagian 3, myBurgerLab telah memperkenalkan burger daging citarasa Melayu iaitu 'Percik Power'. 'Percik Power' telah berada di semua cawangan myBurgerLab (kecuali cawangan My Town mulai dari 29 November 2021 yang lalu. Promosi burger edisi khas ini akan berada di cawangan myBurgerLab selama 14 hari (so you guys better check it out fast, k)


Gambar dari IG MFMF

Selain dari itu MFMF turut mempromosikan Rindu di sebuah billboard di Bangsaria, Jalan Maarof, Kuala Lumpur. So kalau you all sedang meredah traffik di sekitar Jalan Maarof dan ternampak MFMF sedang menyanyikan Rindu, enjoy .. k!

MFMF juga akan melancarkan sebuah kempen khas buat penyokong muzik MFMF tidak lama lagi. Syabas MFMF di atas segala usaha yang telah dirangka. Semoga dengan usaha yang pelbagai ini akan membawa nama MFMF sebagai komposer yang mengharumkan nama negara.

Buat Misz-ella sendiri, saya dah jumpa dengan tiga orang anak muda yang bukan sahaja berbakat besar malah menjiwai bahasa Melayu secara mendalam, maka hati pun tersentuh apabila mendengar Rindu. All the best MFMF!

0 comments: