Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Alam Flora sediakan '3R ON WHEELS' untuk mudahkan masyarakat kitar semula

 Hai pembaca kesayangan,


Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) telah menganjurkan program Recycle Fest bersama Malakat Mall pada 8 Disember 2021 lalu bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang betapa kita perlu menguruskan sisa atau bahan buangan bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Bahan buangan atau sampah kini lebih dikenali sebagai sisa pepejal. Dengan kepadatan penduduk yang saban hari semakin meningkat, begitu jugalah meningkatnya pembuangan sisa dari pelbagai sudut, baik dari kawasan perumahan dan juga industri. 




Salah satu cara yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan sisa adalah dengan cara mengitar semula bahan buangan seperti plastik, kertas dan juga minyak masak.

Salah satu inisiatif pihak Alam Flora adalah melalui program "3R ON WHEELS", kenderaan yg dibentuk khas untuk pergi ke mall-mall mahupun lokasi lain yang dikenalpasti seperti sekolah, organisasi kerajaan dan swasata serta kawasan awam yang terletak di kawasan konsesi Alam Flora iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang bagi mengutip sisa untuk dikitar semula. 

Sebanyak 121,000 kg sisa berjaya diselamatkan dari dibuang di pusat pelupusan sampah sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2019.


Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Dato' Mohd Zain Hassan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Dato' Mohd Zain Hassan kutipan barangan kitar semula melalui program '3R ON WHEELS' sememangnya diwujudkan sebagai alternatif untuk memudahkan orang ramai menghantar barangan kitar semula tanpa perlu lagi mencari pusat kitar semula. "Walaubagaimanapun keadaan agak perlahan berikutan Perintah Kawalan Keselamatan yang dikuatkuasakan pada Mac 2020 sehingga pertengahan tahun ini dan apabila sekatan itu dilonggarkan, pihak Alam Flora memulakan semula program '3R ON WHEELS' dan Malakat Mall, Cyberjaya adalah salah satu mall yang berkolaborasi dengan Alam Flora untuk menjayakan program ini. Alam Flora mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berminat untuk bekerjasama dalam program 'Recycle Fest' ini di masa akan datang.

Misz-ella nak kongsikan sedikit dengan pembaca semua tentang apakah 3R atau boleh juga dikira sebagai 5R ini, iaitu :


Refuse
beli barang yang perlu sahaja

Reduce
kurangkan pembelian

Reuse
guna semula produk tersebut

Recycle
 kitar semula produk tersebut dan gunakan di dalam rumah anda

Recover
 hantar barang anda ke pusat kitar semula Alam Flora. Dengan cara ini ia tidak menjadi bahan buangan yang akan dilupuskan dan kita dapat membantu mengurangkan impak kepada alam sekitar.


Antara aktifivi lain yang turut diadakan bagi memeriahkan program '3R ON WHEELS' di Malakat Mall adalah pertandingan mewarna dan kuiz yang berkonsepkan alam sekitar.


So, pembaca kesayangan marilah kita sama-sama mengitar semula barangan sisa di dalam rumah kita. Jangan buang walaupun ia hanya minyak masak terpakai. Kalau terjumpa kenderaan '3R ON WHEELS' di mana-mana, sila hantar barang buangan atau sisa anda ke sini. Alam Flora akan beli semula barangan tersebut dari anda bagi mengelakkan ianya dihantar ke pusat pelupusan bagi membantu mengurangkan impak ke atas alam sekitar.



Maklumat lanjut tentang jadual kutipan serta harga barangan yang boleh dihantar ke  '3R ON WHEELS' akan dimuatnaik di platform media sosial Alam Flora iaitu :

Instagram
https://www.instagram.com/alamflorasdnbhd/
Facebook
https://www.facebook.com/alamflorasdnbhd
Twitter
 https://twitter.com/alamflorasdnbhd

Jangan lupa check it out, k!

0 comments: