Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Tower Walk 100 - tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur

Hello pembaca kesayangan,

Menara Kuala Lumpur yang merupakan salah sebuah mercu tanda penting di Kuala Lumpur telah mencapai usia 25 tahun pada tahun 2021. Bersempena dengan usia 25 tahun ini, Menara Kuala Lumpur telah memperkenalkan tarikan terbaru iaitu Tower Walk 100  yang telah dibuka kepada orang ramai pada 27 November 2021 yang lalu.



Majlis perasmian Tower Walk 100 telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Malaysia.




Tower Walk 100 terletak di tingkat T02 tiang menara, di mana para pengunjung berpeluang untuk berjalan pada pusingan 360 darjah mengelilingi pelantar sambil menikmati panorama bandaraya Kuala Lumpur yang menarik dari ketinggian 100 kaki.


Harga tawaran istimewa untuk warganegara Malaysia yang ingin merasai pengalaman berjalan mengelilingi pelantar ini adalah RM35 (My Kad) dan RM25 (My Kid).


Menara Kuala Lumpur juga sedang mengadakan Year End Sale dimana setiap pembelian 1 tiket dewasa akan mendapat 2 tiket untuk kanak-kanak dengan PERCUMA. Promosi ini sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 31hb Disember 2021.



YB Dato' Sri Hajah Nancy turut menyempurnakan acara memotong kek ulangtahun Menara Kuala Lumpur yang ke 25. Bersempena dengan sambutan ulang tahun Menara Kuala Lumpur yang ke 25, 250 topi Snapback edisi terhad yang dijual pada harga RM190.00 serta setem edisi khas berharga RM35.00 turut diperkenalkan.


So, pembaca-pembaca kesayangan, jangan lepaskan peluang mencabar diri berjalan mengelilingi Menara Kuala Lumpur dengan mengunjungi Tower Walk 100.




Pemandangan Kuala Lumpur sangat cantik dan mengasyikkan dari Menara Kuala Lumpur. Check it out, k.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
FB :
Instagram :
https://www.instagram.com/menarakl/

0 comments: