Tahun 2022 dah labuhkan tirainya. Dalam seribu kepayahan, dalam suka bersulam duka, sampai jugak kita ke tahun 2023, kan. Misz-ella sambut kedatangan tahun 2023 di Menara KL, menara ke 7 tertinggi di dunia.
Menara KL adalah menara telekomunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dan dalam hutan simpan Bukit Nanas. Sangat strategik! Sehingga ia bukan sahaja menjadi tarikah pelancong asing malah juga menjadi tarikan penduduk tempata.
Cantik pemandangan bandar Kuala Lumpur dari sky deck.
Bersempena dengan kedatangan tahun baru yang lalu, Menara KL telah mengadakan sambutan menjelang tahun baru bertemakan A NIGHT IN THE SKY di sky deck di mana pengunjung berpeluang melihat pemandangan cantik bandar Kuala Lumpur di malam hari yang dilimpahi cahaya dari pelbagai sudut dan arah.
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar di sky box.
Misz-ella pun tak lepas kan peluang, turut bergambar di Sky box. Cantik sungguh bandar Kuala Lumpur dari Menara KL ni. Bangga!
Ada yang menjamu selera di Sky cafe! Bayangkan, minum kopi di malam hari bersama pemandangan lampu-lampu indah dari pelbagai arah. Meriah! Hanya ada di Menara KL!
Selain dari itu, ada juga persembahan tarian dan LIVE Band untuk menghiburkan tetamu yang datang meraikan ketibaan tahun baru di Menara KL.
Selamat Tahun Baru 2023 dari Menara KL. Meriah sambutan tahun baru di Menara KL haritu bersama rakan-rakan dan tetamu yang lain. Tahun depan boleh datang lagi. Sebarang maklumat untuk Menara KL sila layari www.menarakl.com.my
1 comments:
happy new year sis!! lovely pic!!
Post a Comment