Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kerana Cinta Itu Ada @ Akasia di TV3

 Hello pembaca kesayangan,




Mulai 28hb Disember 2022 yang lalu, drama bersiri Kerana Cinta Itu Ada telah mula bersiaran di slot Akasia, TV3 pada jam 7 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kisah cinta pelakon Nabila Razali yang diadaptasi dari novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea ini mengisahkan Nabila Aulia atau Bella yang mengusahakan resort milik keluarganya di kampung, Villa Paksina Chalet selepas berhenti kerja di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

Bella berkenalan dengan Tengku Aisy Mateen (Aisy),  anak kepada pemilik hotel tempat beliau bekerja dahulu semasa berebut sejambak bunga lily di sebuah kedai bunga. Sejak dari peristiwa itu, mereka sering berjumpa dan menjadi semakin rapat sejak Aisy berkunjung ke Villa Paksina yang diuruskan oleh Bella.

Zhafran, Pengurus hotel di tempat Bella bekerja sebelum ini mengejar cinta Bella  meninggalkan kekasihnya Dahlia, kawan baik Bella.

Kehadiran Aisy  telah mencuri perhatian Dahlia lalu cuba memikat hati  Aisy tetapi beliau telah terlebih dahulu mencintai Bella dan telahpun melamar Bella untuk menjadi isterinya.

Dahlia yang kecewa cintanya ditolak semakin membenci Bella tetapi masih mengekalkan hubungan baik dengannya demi kepentingan peribadi. Menjelang hari perkahwinan Bella dan Aisy, Dahlia telah memfitnah Bella kononnya dia menjalin hubungan dengan Rayyan. Aisy yang pernah terluka gara-gara bekas tunangnya curang, mempercayai fitnah tersebut.

Bella yang kecewa dengan tindakan Aisy yang mempercayai Dahlia telah merayu agar perkahwinan mereka diteruskan demi menjaga nama baik keluarga. Aisy bersetuju. Sebaik sahaja perkahwinan mereka dilangsungkan, Bella mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Sekembalinya ke tanah air, Bella mendapati Aisy masih setia menanti dan mereka masih suami isteri yang sah. Walaubagaimanapun, hati Bella yang luka telah membenci Aisy. Apakah kesudahannya? Berjayakan Aish menawan hati Bella semula? Kita sama-sama tunggu dan tonton, k.

Drama terbitan Global Station Sdn. Bhd. sebanyak 28 epsod ini diarahkan oleh Azri Izhar.


Lakonan 
Nabila Razali sebagai Nabila Aulia atau Bella
Aedy Ashraf sebagai Tengku Aisy Marteen
Puteri Khareeza sebagai Dahlia
Shazuwan Hassan sebagai Zafran
Alvin Chong sebagai Rayyan
Emelda Rosmila sebagai Puan Dhia
Dian P. Ramlee sebagai Puan Arifah
Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
sebagai




0 comments: