Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2023 @ Menara Kuala Lumpur - Citarasa Asli daripada Dato' Chef Ismail & Pertandingan Memasak Bubur Lambuk

Hai pembaca kesayangan,




Bagi memeriahkan bulan Ramadan tahun ini, Menara Kuala Lumpur kembali berkolaborasi dengan Dato' Chef Ismail dengan buffet Ramadan bertemakan "Citarasa Asli daripada Dato' Chef Ismail' bermula dari 25hb Mac 2023 hingga 19hb April 2023 dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.





Antara menu istimewa yang disediakan oleh Dato' Chef Ismail di Menara Kuala Lumpur adalah Kambing Bakar, Ikan Bakar Daun Pisang, Siakap 3 Rasa, Nasi Briyani, Daging Masak Hitam dan pelbagai lagi.



Keindahan panorama bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam

Pada ketinggian 288 meter, para pengunjung dapat berbuka puasa sambil melihat panorama bandaraya Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam 'sunset' dan juga pada waktu malam. Pengunjung akan turut dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu "The Sky Band" yang akan membuat persembahan setiap hari.

Harga buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur tahun ini adalah :

RM209.00 untuk dewasa dan RM159.00  untuk kanak-kanak pada hari biasa (Isnin hingga Jumaat) manakala untuk hujung minggu dan cuti umum pula, harga yang ditawarkan adalah RM229.00 untuk dewasa dan RM179.00 untuk kanak-kanak.

Istimewa tahun ini, semua para pengunjung ke Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur akan mendapat tiket lawatan ke SKY DECK secara PERCUMA (harga asal adalah RM71.00 seorang).




Bukan itu sahaja, menyedari keistimewaan bulan Ramadan, Menara Kuala Lumpur bekerjasama dengan Masjid Jamek Kampung Baru untuk mengembalikan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk pada hari Sabtu, 18hb Mac 2023 mulai jam 8:30 pagi di perkarangan Menara Kuala Lumpur.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan tahun ini iaitu Masjid/Surau, Hotel/Restoran dan Terbuka. Pertandingan ini juga terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan bilangan ahli setiap kumpulan seramai 4 orang sahaja.

Hanya 30 penyertaan terawal diterima (sila daftar selewat-lewatnya pada 15hb Mac 2023). Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM9,000.00 berserta hamper dan lapan tiket ke Sky Deck Menara Kuala Lumpur menanti pemenang!  Bubur lambuk yang telah dimasak akan diagih-agihkan ke rumah anak yatim dan asnaf sekitar Kuala Lumpur.

Untukk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur di talian 03-20205499 atau layari :



0 comments: