Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

50 and happy!

 

Another year has passed.  Alhamdulillah I reached 50, umur yang dinanti-nantikan oleh semua orang iaitu pertengahan usia, tak terlalu tua dan tak muda. Seperti biasa, bulan kelahiran disambut dengan penuh kesyukuran dan dengan penuh kasih sayang. 

Terima Kasih kawan-kawan who made their time for my birthday. Time is the best gift we can give others sebab berharga nya setiap masa itu sehingga it will happen and passed our life hanya sekali sahaja. We can't reverse time. Pukul 12 pada 1/8/2023 hanya akan berlaku seumur hidup kita, takkan ada kali kedua. Betapa berharga nya masa sehingga disebut di dalam Al-Quran "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian ... 

So kalau orang luangkan masa untuk kita, kita kena appreciate dan berterima kasih kepada dia. Banyak sambutan harijadi tahun ini, and I want to share this moment in this blog first (sambutan yang lain akan menyusul later-later ye)


Terima Kasih Kak Midah atau Datin Hamidah Omar for hosting my beautiful birthday lunch at the newly opened EL&L cafe, Pavillion KL. Masa birthday I, Kak Midah balik London, tengok rumah dan family dia di sana. Kak Midah is my Umrah roommate whom I have known since 2019. Since 2020, Kak Midah tak pernah lupa celebrate birthday Ella.

 Teringat masa buat Umrah dulu, 14 hari di bumi Arab menjadi tetamu Allah kemana-mana kita bersama. Dari bangun pagi, bersiap, ke masjid, sarapan, beramal ibadat, ziarah ke sini sana, tidur malam semuanya sama-sama. Kak Midah jaga Ella, ajar Ella cara-cara pakai tudung (Itu adalah kali pertama dalam hidup I, I pakai tudung selama 14 hari non-stop). Masa tu, I nak cucuk jarum peniti kat tudung pun kekok. Kak Midah yang ajar Ella. Sebenarnya deep inside my heart I was so worried, "aku tak pernah pakai tudung. Jangan la aku sakit kepala masa Umrah nanti" dan hati mula pasang niat "Teringinnya nak pakai tudung (that was the only thing I have not done for myself during that time) dan mula pasang niat "Kalau dalam tempoh 14 hari ni aku tak sakit kepala, balik ni aku nak terus bertudung". Niat yang baik itu Allah makbulkan, maka saya terus dan kekal bertudung sehingga sekarang. Walaupun belum betul-betul sempurna tapi Alhamdulillah, istiqomah.



Kak Midah dah arrange awal-awal untuk aja Azy, Rayme dan Asyraf supaya join lunch tu sekali. Terima Kasih kak Midah jemput wajah-wajah kesayangan saya untuk bersama raikan saya. Sahabat yang baik macam ni la, tak selalu jumpa tapi kita simpan dia dalam hati, tempat paling selamat di dunia ini kerana rahsia hati, Allah saja yang tau.



.

Coffee and cakes are the perfect combination that enlivens our day. Tak lengkap hari kita tanpa kopi, kan.


Thank you again kak Midah for always remember me. Semoga Allah rahmati akak, sayangi akak atas segala kebaikan akak. Thank you Azy kerana selalu buat kita ketawa, such a jovial person. Semoga Allah happy kan Azy jugak kerana buat kita happy. Thank you Rayme sebab selalu buat kak Ella rasa "saya kakak yang ada adik yang baik serta sangat berhemah". Rayme kalau nak tanya apa-apa "Akak ok ke dengar cerita saya ni? Akak free ke untuk kopi-kopi dengan saya?" Anak sapa la yang sangat sopan tu, kan. Thank you Asyraf for coming. I had a good time spending quality time with you all.










1 comments:

Mama Zharfan said...

happy belated bday!! sis maintain gojesss jer tuuu tak nmpk mcm 50 pun :)