Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bufet Ramadan 2024 - Citarasa Bonda di THE FACE Style

 

Bufet Ramadan 2024 kali ini ke THE FACE Style yang mempersembahkan bufet Ramadan berkonsep Citarasa Bonda khas buat warga “Golden triangle” kerana lokasinya di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.



Bermula dari 15 Mac 2024 hingga 7 April 2024 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam, pelbagai jenis hidangan tradisional Melayu untuk berbuka puasa disediakan buat pengunjung.








Antara yang menarik adalah Ikan Cencaru Sambal Tauchu Viral, Daging Masak Hitam, Kambing Bakar,  Ayam Bakar Tebu, Siput Sedut Masak Lemak Cilipadi Berkeju, Laksa Kuala Kangsar dan bermacam lagi.




Sambil berbuka puasa, pengunjung bakal dihiburkan dengan alunan-alunan melodi indah dari kumpulan ghazal. Kemudahan surau turut disediakan di tingkat 51A bagi memudahkan pengunjung beribadah.

Harga bufet Ramadan Citarasa Bonda adalah :
RM188 nett (Dewasa)
RM75 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun & Warga emas)

Promosi PEMBELIAN AWAL akan berlangsung dari 1 Mac 2024 hingga 15 Mac 2024 dimana harga bufet adalah :
RM150 nett (Dewasa)
RM75 (Kanak-kanak)

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi nombor telefon +60127516992 dan 03-21681770 atau whatsapp +60176147424.

0 comments: