Concorde Hotel Shah Alam membawakan bufet Ramadan 2024 dengan tema Warisan Ibunda yang menampilkan lebih dari 100 juadah tradisi yang sering dimasak oleh ibunda tercinta di rumah.
Antara juadah menarik adalah Kari Kepala Ikan Jenahak, Kambing Panggang, Sotong Masak Lemak Belimbing Buluh, Telur Ikan Merah Goreng Berempah, Paru Goreng Sambal, pelbagai jenis bubur lambuk dan bermacam lagi.
Apam balik oat, Roti John dan makanan ringan lain turut ada.
Mee kuali besar pun ada.
Pelbagai jenis pilihan pemanis mulut.
Pelbagai pilihan minuman penghilang dahaga.
Bufet Ramadan Warisan Ibunda di Concorde Hotel Shah Alam berharga :
RM149 nett (Dewasa)
RM75 nett (Kanak-Kanak 5 hingga 12 tahun)
RM115 nett (Warga Emas)
Bufet Sahur turut boleh didapati dari 12 Mac 2024 hingga 9 April 2024 dari pukul 3:30 pagi sehingga Imsak pada harga RM66 nett (Dewasa) dan RM33nett (Kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun)
Concorde Hotel Shah Alam turut mengadakan promo menginap sempena bulan Ramadan pada harga RM188nett semalam (Bilik Sahaja) atau RM228nett semalam termasuk sahur atau sarapan buat yang bukan Islam.
Bagi mereka yang mahu lebih jimat, beli EARLY BIRD baucer dari sekarang hingga 11 Mac 2024 pada harga RM125nett sahaja. Selain dari itu, pengunjung yang berbuka puasa di Concorde Hotel Shah Alam pada tiga hari pertama (12 hingga 14 Mac 2024) turut dapat menikmati harga istimewa iaitu RM125nett (Dewasa) dan RM65nett (Kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun).
Sejujurnya, Misz-ella sangat rekomen bufet buka puasa Warisan Ibunda ini kerana ianya sangat meriah dengan pilihan makanan yang banyak dan semuanya sedap-sedap belaka. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi 03-55208000 atau email shah@concorde.net
0 comments:
Post a Comment