Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bufet Ramadan 2024 “Citarasa Klasik” di Hotel Royal

 

Hotel Royal Kuala Lumpur membawakan bufet Ramadan dengan tema “Citarasa Klasik” sempena bulan Ramadan 2024. 







 



 

Menampilkan hidangan tradisi rakyat pelbagai etnik di Malaysia, antara juadah yang menarik adalah Nasi Biryani, Kambing kuzi, Ekor Sapi Masak Asam Pedas, Masak Lemak Ayam dengan Rebung, Patin Masak Tempoyak dan Sup Sapi.


Selain dari itu, ada juga Kambing bakar yang diperap dengan bahan terpilih serta dipanggang dengan teliti. 

Ada juga kaunter Roti boom, roti canai durian dan macam-macam lagi.



Buffet Ramadan “Citarasa Klasik” berharga RM108 nett (Dewasa) dan RM58.00 nett (Warga Emas dan kanak-kanak. Ia akan diadakan di Makan-makan Restaurant yang terletak di Mezzanine floor Hotel Royal dari 13 Mac 2024 hingga 4 April 2024 dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam. Untuk tempahan secara berkumpulan iaitu 10 orang,  1 belian PERCUMA akan diberikan. (Maksimum 3 percuma sahaja).

Tetamu akan dihiburkan oleh Kelly Azman dan Ani Mayuni sambil berbuka puasa.


Promosi EARLY BIRD sedang berlangsung di mana belian bufet Citarasa Klasik Ramadan hanya lah RM88 (nett) seorang dari 1 Februari 2024 sehingga 5hb Mac 2024.

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi 03-21486888 sambungan 2855 atau 2858.

0 comments: