Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bufet Ramadan 2024 - Lip Lap Lip Lap Ramadan 2024 di Hotel Tenera





Hotel Tenera kembali memeriahkan bulan Ramadan dengan membawakan buffet Ramadan 2024 dengan tema Lip Lap Lip Lap Ramadan 2024.

Bersesuaian dengan tema  tersebut, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta dipilih sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera untuk tahun 2024.

Lebih 40 gerai yang menyediakan juadan berbuka puasa sedia menanti pengunjung. 







Antara yang menarik adalah Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya.











Hidangan lain adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi. 


Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti iaitu Che Ta di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-Lap’. 


Lip Lap Lip Lap Ramadan 2024 bermula pada 14 Mac 2024 hingga 7 April 2024 pada harga RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).




Khas buat mereka-mereka yang mahu lebih jimat, jangan lepaskan peluang membeli "Early Bird voucher"pada harga RM98  sahaja daripada harga asal  RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad). 


Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/whatsapp di talian 019-3854 796.

Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur. 

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh dan membawa wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.



Kesemua menu-menu yang ada di bufet Ramadan Lip Lap Lip Lap Ramadan 2024 adalah sangat unik dan tersendiri malah lain dari yang lain. Sangat recommended! Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Instagram Hotel Tenera di https://www.instagram.com/hoteltenerabangi/

1 comments:

Azirahman said...

Nampak menarik sangat menu-menunya. Saya follow sini.