Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bufet Ramadan 2024 - Selera Orang Kita di Grand Pacific Ballroom, Evolve Concept Mall

Hai pembaca kesayangan! Kali ini Misz-ella bawakan bufet Ramadan Selera Orang Kita yang diadakan di Grand Pacific Ballroom. 



Grand Pacific Ballroom yang terletak di tingkat 3, Evolve Concept Mall mempersembahkan bufet Ramadan Selera Orang Kita pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM88 (Dewasa) sahaja.

Bufet Selera Orang Kita akan bermula dari 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.









Antara menu menarik adalah lamb grill, ayam bakar, nasi kenduri dengan lauk pauk pengantin seperti Ayam masak merah, Daging masak hitam, Acar buah, Jelatah sayuran dan Dalca sayuran. Ada juga nasi putih dengan lauk pauk kampung, pasta serta aneka mee dan berbagai lagi.

Dewan makan Grand Pacific Hall yang sangat besar dan selesa, boleh memuatkan hingga 700 orang ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi kenduri. 


Pada hari Isnin hingga Khamis, majlis berbuka puasa di sini dikhususkan kepada majlis tertutup syarikat-syarikat atau individu dengan minimum kapasiti 200 orang dengan harga RM78 sahaja. Manakala dari hari Jumaat hingga Ahad, bufet ramadan Selera Kita dibuka kepada orang awam.




Promosi EARLY BIRD sedang berlangsung sehingga 11 Mac di mana harga bufet dijual hanya pada harga RM78 sahaja.

Untuk tempahan, hubungi 016-6101329 (Fazi), 016-8734032(Khairul) dan 017-3201292 (Adibah). Jangan lupa ikuti media social berikut:


1 comments:

Warisan Petani said...

Ramainya makanan sesedap