Hai pembaca kesayangan! Kali ni Misz-ella nak kongsi pengalaman buka puasa ala balik kampung di D’Pine LogHouse, Farm In The City. Bermula dari 13 Mac 2024 hingga 7 April 2024, kita berpeluang untuk berbuka puasa di rumah kayu dengan gabungan 88 hidangan tradisi dan moden yang bakal menggamit nostalgia dan memberi pengalaman buka puasa yang berbeza.
Terletak di Lot 40187 - 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, juadah berbuka puasa di D'Pine Loghouse disediakan oleh pihak Hidayah Catering, sebuah syarikat katering Melayu yang berpengalaman selama 30 tahun. Antara juadah menarik adalah Ikan bakar, Ayam percik, Asam pedas ikan pari, Ayam berlado, Kerabu Pucuk Paku, Gulai kawah, Sotong goreng tepung, Seafood shellout, Ayam goreng Pandan dan bermacam lagi. Ada LIVE stall di bahagian luar manakala pelbagai juadah disediakan di kaunter bufet utama.
Jangan lupa akhiri buka puasa anda dengan pelbagai jenis pemanis mulut yang sedap rasanya.
Suasana persekitaran Farm In The City juga sangat selesa. D'Pine Loghouse dibina dari 100% kayu, persis rumah di kampung. Kereta diparkir di kawasan khas di depan rumah manakala halaman rumah sangat luas dan selesa. Mak ayah boleh buka puasa dengan senang hati, tak perlu risau dengan keselamatan anak di sini.
Selain dari itu, Farm In The City juga menawarkan pengalaman unik iaitu pengunjung dapat mengunjungi Petting Zoo di mana sambi buka puasa, pengunjung dapat bermain dengan haiwan comel yang sangat mesra. Menarik, kan. Pengunjung juga boleh cuba bermain dengan permainan tradisional yang turut ada di sini.
0 comments:
Post a Comment