Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Daun Pisang Kertas dan Handbag Gucci


Makan Nasi Berdaun Pisang Kertas berlaukkan Ikan Senangin Goreng, Sotong Goreng, Kari Kambing.
Memang sedap tapi harga boleh lah tahan *sekali sekala boleh ler*

Bertemankan handbag Gucci.
Dah beberapa bulan beli tapi memakainya baru 3 hari.
Thanks Darling for selecting this beautiful bag specially for me. Tak kecik, tak besar .. sedang-sedang sahaja. Kau memang tau 'taste' aku. When is our next date darling? Aku sudah mula rindu kamu.

*tak sabar nak bercuti minggu depan*Yeayy!!

Mengerjakan Yang Dirancang

Dalam sibuk beraya, menguruskan hal-hal domestik @ rumahtangga, bersosial dengan jiran tetangga, mengetuk keyboard di tempat kerja .. masih sempat melayan kawan-kawan di WatsApp dan Adik Beradik di "Viber". 

Its fun to join a Viber or WatsApp Grup ~ memudahkan komunikasi sesama kita .. with one click, mesej delivered to everyone. Komen dan feedback menderu masuk. Kata sepakat dicapai 'on the spot'. Mudah, kan.

Ada banyak benda dalam kepala. Long term .. Short term plan. Holiday with families, holiday with friends. Rancangan untuk "berhijrah" .. menjual .. membina .. berpisah. Oh Myyy .. banyaknya.

Itu baru "Rancangan". Cabarannya adalah "Mengerjakan apa yang dirancang". Berjayakah kita menggerakkannya? One thing i learned, jangan letak 100% target. Letak 80-90 dah ok dah. Lagi satu, dalam menggerakkan apa yang dirancang, kita kena tau how to manage .. supaya tak kelam kabut. Yesss .. planning is very important. Without planning or donno how to manage means kita adalah 'failure'.  Takmo lah jadi 'failure'. So mari kita berfikir dan mula menggerakkan apa yang dirancang. Where to start? How to start? Checklist .. Checklist. Prepare checklist. Meeting ... Meeting. Mari bincang. Keputusan yang dicapai secara berjemaah @ berbincang adalah lebih afdal. Betul tak? Betul, kannn.





  

Kuli-kuli. Harga Diri.

Cukup-cukup lah kau dikuli-kuli selama ini.
Jangan biar dia ambil kesempatan lagi.
Your kindness is your weakness. Be careful.

Bila terlalu sayang seseorang .. kita rela digunakan dia. Kita ikhlaskan segala lelah, wang ringgit, masa dan tenaga.  Tak sekali pun kita mengeluh kerana kita buat segalanya dengan rela. Tanpa disedari sikap terlalu ambil berat .. terlalu sayang .. terlalu prihatin itu mengundang rasa tidak senang di hati pihak ke 3, ke 4 dan seterusnya.  

Tapi sayang .. kebaikan yang kita curah tidak buat mereka celik mata tapi menjadikan mereka lebih 'buta'. Dibalas dengan  kata-kata hinaan, celaan yang bukan hanya melukakan satu hati .. malah ramai lagi. Terima kasih sahabat kerana sanggup berkongsi bukan hanya yang semanis madu tapi juga sanggup sama-sama menelan yang sepahit hempedu. Malah mereka yang lebih merasa kepahitan itu sebenarnya. Aku kah yang kurang rasa? Atau mereka yang terlebih peka?

I have learned my lesson. 'Jangan sampai pisang berbuah dua kali'. I forgive but not forget cos kotak memori tak ada butang 'delete' mahupun 'backspace.' Cukup lah dengan apa yang berlaku. Aku pun ada Harga Diri.

Tidak mahu hanyut dibuai emosi. 
Jom beraya malam ni. 2 rumah dah bagi 'green light' untuk diserbu. Yeayyy!!!




Kami Datang. Diaorang Datang & Emejing Res Raya

Memula kami pegi rumah orang. Pastu rumah kita lak didatangi diaorang ~ Satu kejadian di Hari Khamis Malam Jumaat dimana 2 rumah kena terjah sempena Aidilfitri ni*termasuk rumah Misz-Ella*.

Alin, kita konvoi ye. Tunggu KC kat Guardhouse pukul 8:30. Zila nanti park kat rumah KC tau. Naik kereta KC je rumah Fiza ~ Camtu la aturcara dan susunatur rancangan kitorang.

Rumah rakan FB kita iaitu Fiza yang gayanya ala-ala Mak Datin hanya 15 minit je dari rumah kita. Sampai hari ni masih teringatkan Rendang Ayam Cili Api yang Fiza masak. Lemaknya .. pedasnya .. lengkap terasa semua. Masih terbayang asyiknya bersembang sampai berulang lagi peristiwa  'tak reti-reti nak balik ke'. Hehehe. Kat meja makan sembang .. depan  pintu sembang .. luar pintu pun sembang lagi. HaiHaiHai .. mak-mak orang ni kalau dapat menyembang anak-anak dan bapak-bapak sure kalah punya. Hihihi.

Mekaseh Fiza. Makanan sedap .. layanan "very warm" sampai tak nak balik kami rasa. Sembang kat dalam .. sembang kat luar .. sib baik tak kidnap Fiza bawak balik rumah KC untuk sambung borak lagi. Hahaha.

Pastu Zila dan Alin datang rumah kita. Fiza tak join sebab dia dah datang masa Rombongan GHMB ke rumah kita petang Ahad tu. Kita tak masak apa-apa hanya hidang Sate Ayam, Nasi Impit dan Kueh Raya apa yang ada. Malam ni diaorang berdua tak jadi Cinderella .. sebab diaorang hanya pulang selepas jam 12 malam. Elehhh .. rumah korang seminit dua je dari rumah KC .. lambat sikit pun tak da hal, kannnn. Best. Seronok .. bila kita berbual .. bergurau .. bergelak ketawa bagaikan tiada sempadan antara kita. Seronok kan bila berkepala gila-gila. Hehehe.

Kueh raya apa yang ada. Ni je yang tinggal. Tahun ni bagus. Misz-Ella tak banyak membazir on cookies. Kalau tahun-tahun yang lalu dekat RM500 Misz-Ella belanja untuk kueh raya .. tahun ni hanya dalam Seratus Dua. Alhamdulillah. Iman dapat mengatasi nafsu *tang tu je .. hihi*. Paling best tahun ni Mak Mertua Angah siapkan Kueh Makmur Tradisional untuk kita. Sedap sangat kueh Makmur Makcik Siti .. dibuat secara tradisional menggunakan kain menemukan bucu ke bucu. Tradisi sungguh cara-cara membuatnya, kan. Pastu my SIL Kak Ngah buat Oat Cookies ~ signature cookies dia. Full of oats tanpa tepung .. kurang manis khas untuk adik Iparnya Misz-Ella. Tambah manis bila tahun ni Misz-Ella tempah cookies dari Zaffran, Chef Muda  berumur 19 tahun yang mula sibuk buat cookies 2 minggu sebelum raya. Tahun depan Misz-Ella nak cari Supplier lain lak. Macam biasa .. tiap 2, 3 tahun sekali mesti Misz-Ella tukar supplier. Saja suka-suka tukar selera.

Sepanjang meraikan tetamu di Aidilfitri tahun ni, Misz-Ella nak ucap Terima Kasih banyak-banyak kat Aiman. Tolong basuh pinggan, tolong buat air. Sampai tetamu Mama puji ~ Aiman tengah basuh pinggan tu KC, rajinnya Aiman. Dah dididik dari kecik lagi. Bila besar camni tak perlu suruh .. nampak je orang datang .. nampak je pinggan kotor .. dia dah tau apa nak buat. Mekaseh Aiman. Mama love you so much. Muahhhh. 

Walau sudah 17 Syawal, kemeriahan AidilFitri masih diteruskan di kejiranan Misz-Ella. Memandangkan Raya dah tak banyak bakinya .. maka malam semalam kami putuskan untuk Ber Emejing Res Raya dengan Misi Satu Malam Dua Rumah. Malam ni rumah Maz dan Kak CT. Malam esok rumah Nor dan Kak Ani dan seterusnya .. seterusnya dan seterusnya lagi. Almaklumlah .. raya dah nak habis .. rumah jiran sebelah menyebelah depan belakang banyak lagi tak pergi. Hai diet .. Hai exercise .. ke laut lah kau sepanjang Syawal ni. Akak nak enjoy membelai tummy dengan itu ini. Raya kan setahun sekali. Yeayyy!!!

*Masih berbaju S* Hehehe.





Satu Malam Dua Rumah

Kakchik .. Jom minggu depan kita gi raya rumah Alin.
Boleh. Rumah Alin tu seminit je dari rumah Kakchik. Nanti Kakchik tengok bila free ye.

Esoknya :~ 
CT ... Kita gi rumah Alin hari malam Rabu nak. Pastu kita gi rumah Zila. Boleh Kakchik. OK. Tunggu kat rumah KC pukul 8:30 ye. But i was late ... gara-gara KTM Komuter yang membawa Aiman dan bestfriend nya Razman stopped berminit-minit dipertengahan jalan. Alahaiiiii .. bila KTM Komuter nak improve ye? Dari dulu sampai sekarang .. 'unreliable' ~ camtu je la diaorang*gerammmmmmm*

Memandangkan kita lambat, kita suruh CT jalan dulu .. no need to wait for me. Dari jalan rumah KC gi terus pastu ambik kanan .. terus je lagi nanti nampak Apartment tu sebelah kiri. OK KC ~ Camtu la jawapan rakan blogger ku CT. Makanya kami berjumpa di sana di malam Rabu yang lalu dan Zila pun ada sama. Ini rumah Alin. Sweet, comel dan sungguh selesa Apartment dia. 10 tahun duduk SU baru pertama kali menjejak kaki di rumah bertaraf Apartment di kejiranan ini. Hmmmm .. not bad. Cantek.

Dah beraya di rumah Alin, kami sambung beraya di rumah Zila yang lokasinya di SU1. Selesa rupanya Apartment-apartment di SU ni. Setakat famili beranak 2, 3 tak da hal. Memang selesa sangat-sangat.

Home made Pizza by Zila. Creamy n crunchy. Sedaps.

Tq Zila dan Alin .. kerana sudi menerima CT dan KC sebagai tetamu di Aidilfitri ini. Bagaikan Cinderella .. bergegas kami pulang sebelum jam berdetik 12 malam. Hamboii kauuu .. dapat bersembang lupa nak tengok jam. Sib baik Asben-asben sume sporting!! Hahaha .. OK lah. Sekian sahaja Entry Misi Satu Malam Beraya di Dua Rumah sempena Bulan Syawal yang mulia ini. Terima Kasih baca ye. Bye.

Ahad 15 Syawal

Wahhh .. banyak sungguh kejadian dan peristiwa sepanjang cuti 3 Hari. Gi sana sini .. jumpa org tu org ni .. makan itu ini. Terlalu banyak sampai tak tau mana nak mula dulu. Tu baru Jumaat Sabtu dan Ahad. Yang Rabu malam? Yang Khamis malam Jumaat? WaWaWa .. Meriahnyaaa hidupku di AidilFitri. Dan seperti biasalah .. yang merananya badan. Kembang tak dan nak kempis 'tummy' ku kerana asyik diisi. Ahahahaha .. ada sapa-sapa 'tummy' tak terlebih muatan raya-raya ni? Ada? Melainkan kau tolak semua jemputan atau memilih Aidilfitri tak diraikan then your tummy can rest completely. Unlike us .. we have plenty of invitations .. we have many places to go sampaikan i have to pick and choose .. Maaf lah kalau dijemput tapi Misz-Ella tak datang. Bukan sengaja tapi terpaksa.  OK lah. Kita mulakan dengan kejadian hari Ahad dulu. Hari Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu kita hold dulu. Jap-jap eh. Later-later i stori u. Hihihi.

Tengahari pergi ke Majlis Renjis-renjis Dipilis dengan Girlfriend ku Ismayanti Si Bedak Sejuk. Pas kenduri sempat 'lepaking' di Subang Parade which is our OTW back. Ada sesuatu kami cari. Petangnya bergegas-gegas ke rumah another Girlfriend my lovely Kak Zana for another round of makan-makan. Sedaplah kuah lodeh Kak Zana. *nanti nak gi skodeng resepi* Hihi.

Malamnya raya berjemaah dengan Geng Aero Meru 3 


Sate, Mee Kari dan Pecal.Misz-Ella hanya mampu makan Pecal dan 4 cucuk Sate sahaja. 


It's our Girlfriend Alin's birthday. Hepi Birthday Alin .. Moga kau sentiasa ceria dan hepi selalu. Lawak dan latah kau menceriakan hari-hari kami. Opocotttt!!! Hahaha ... *ketawa sampai nangis*

Tuan rumah Aidilfitri adalah Cikgu Tini ~ Teacher Cantek bersuara Soprano yang selalu jerit 5, 6, 7, 8 kat kita. Teacher kita banyak ilmu .. duduk atas kerusi .. pegang kerusi .. pakai kayu .. guna tali .. mcm-mcm teknik dia tau  *bila class nak start ni cikgu*

Tq Teacher for the lovely dinner. Makanan sedap .. suasana meriah dan mesra dengan senda gurau dan gelak ketawa. Hahaha .. Wawawa kami semua.


Raya. Raya. Raya.

Sudah separuh perjalanan Syawal. Warga kota masih galak berhari raya dgn Open House di sini sana. Tak cukup dengan tu, ada jugak yang ambil peluang untuk berkenduri kendara. Hai la Syawal ... Meriah betul Syawal ye.

Buat Misz-ella, hanya buat setakat terdaya. Terima kasih buat yang sudi datang. Berseri rumah Misz-ella dgn senda gurau gelak ketawa kawan-kawan semua. Buat yang mengundang tapi Misz-ella tak datang, maafkan saya. Kalau boleh nak pergi semua tapi nak buat camna ... badan Misz-ella tak boleh dipotong dua atau tiga.  Maaf ... maaf ... dan maaf sekali lagi.

By the way, how is your long weekend? Misz-ella penuh dan padat dengan aktiviti. Dengan famili, dengan adik beradik, dgn kwn-kwn baik ... Misz-ella cuba 'balance' kan semua. Whatever you do, i really hope you enjoy it, friends.